

Taklimat diberikan oleh Tn. Hj. Rahmat Mahdan, mendapat perhatian oleh pegawai-pegawai tersebut. Daripada proses pengumpulan, proses pengasingan, proses racik, proses pembakaran, dan proses pengebumian.
Mereka semua teruja melihat mesin pencarik yang begitu senyap tanpa bunyi bising. Dengan ketahan dan kekuatan mesin tersebut, salah seorang pegawai, ingin melihat dan mencuba. Mesin pencarik buatan anak tempatan yang menggunakan teknologi dari jerman mempunyai kapisiti untuk meleraikan kertas setebal 20 keping helaian kertas. Lebih kurang 30 saat meracik kertas sebanyak 10kg. Ini bermakna ketahan mesin tersebut tidak dapat dinafikan lagi.
Proses membakar pula, mereka semua dapat lihat mesin insinerator dengan lebih dekat lagi. Mereka tertarik dengan keunikan mesin tersebut. Satu kebanggaan buat mereka apabila mendapat tahu orang islam anak tempatan bumiputera dapat memiliki mesin tersebut. Mereka cuba bertanyakan kepada Tn. Hj. Rahmat Mahdan "berapa harga mesin ni...?" kata salah seorang pegawai tersebut. "Harganya saya tidak boleh beri tahu. Cuma saya ingin usaha ini, mendapat sambutan daripada orang ramai bagi memelihara kesucian kalam Allah" Tn. Hj. Rahmat Mahdan berkata. "Mesin Insinerator ini direka khas untuk melupuskan bahan yang bercetak kalimah Allah sahaja" Katanya lagi.

Terjawablah sudah segala persoalan yang difikirkan oleh mereka semua berkenaan proses pelupusan dan pembakaran ayat-ayat suci. Mereka semua mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat melihat cara pemprosesan terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan