Selawat Tafrijiyah : Mencapai Keinginan


"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".

Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.

Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.

Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.

Solat Dhuha adalah Emas : Menarik Rezeki

Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW. 

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : 
Allah telah berfirman: 

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad) 
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari. 



Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : 

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : 

” Barangsiapa yangmenunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ). 






Fadhilat Dhuha 

Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat katanya: 

1. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 

2. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.” 

3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : 
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi). 

4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi) 

Kaifiyat Dhuha 

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud: 

”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah) 
Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas. 
 

Niat Solat Dhuha:-



Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali :

Di antara doa yang baik dibaca selepas solat Dhuha ialah :

“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalahkeagungan-Mu, kebaikan adalah kebaikan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, sekiranya rezki kami di atas langit, turunkanlah, sekiranya dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dhuha, keagungan, kebaikan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh-soleh.” 

Solat, doa mesti dijiwai, difahami sepenuh hati supaya diterima

KOMUNIKASI membolehkan penyampaian maklumat antara manusia berada di kutub utara dengan kutub selatan berlaku dalam beberapa saat walaupun dipisahkan jarak beribu kilometer. Interaksi tanpa sempadan ini memudahkan urusan harian manusia yang semakin bijak dan rancak mengurus kehidupan.Bagaimanapun, manusia sering lupa kepada Yang Maha Pencipta kepada komunikasi dan interaksi. Sesungguhnya alam ini diurus dan ditadbir oleh Sang Pencipta Yang Maha Hebat tetapi manusia lupa untuk berkomunikasi dengan Pencipta.
Jika kita kehilangan telefon bimbit dan tidak dapat mengakses internet pasti hidup rasa kekurangan kerana tidak lagi dapat berhubung dengan ahli keluarga dan rakan yang jauh. Apatah lagi jika kita adalah ahli perniagaan atau pengurus kepada sesebuah organisasi.Tidak kurang juga ada sebahagian manusia bagai ‘cacing kepanasan’ apabila tidak dapat berkomunikasi di laman sosial dunia internet atau tidak dapat menghantar pesanan ringkas (SMS). Era globalisasi tidak dapat memisahkan manusia dengan peralatan komunikasi.Namun, manusia yang tidak pernah cuba mengenali kepentingan komunikasi dengan Tuhan Pencipta Sekalian Alam akan berasa ‘tidak apa’ apabila lewat atau terus meninggalkan komunikasi dengan Allah Taala yakni melalui doa dan solat.




Berapa ramai antara kita merasakan kepuasan selepas mengadu dan berkomunikasi dengan Allah Taala? Paling malang apabila solat dan doa dibuat sebagai kelaziman fizikal saja tetapi tidak terkesan oleh rohani. 

Maka tidak hairan jika orang yang bersolat tapi masih berbuat kejahatan dan kemaksiatan. Bacaan dalam solat tidak difahami maknanya dan doa pula jika dibuat secara berjemaah hanya diaminkan mengikut imam. Doa bahasa Arab dan ramai yang memang tidak faham langsung. Alangkah baik berdoa dalam bahasa Melayu dengan penuh penghayatan dan pengharapan kerana ia lebih berpotensi dimakbulkan Allah.Maka, muncullah rungutan sudah penat berdoa tapi Allah tidak memakbulkan, walhal bagaimana doa mahu diperkenankan sedangkan hati dalam keadaan tidak bersungguh-sungguh dan lalai.

Allah berfirman bermaksud: “Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.” (Surah al-Mu’min, ayat 60)

Apabila seseorang hamba berkomunikasi dengan Allah tetapi tidak difahami dirinya mengenai apa yang diperkatakan itu, ia ibarat meminta tolong dengan orang di depan tetapi kita tidak menyebut namanya.

Apakah orang itu akan menolong? Namun Allah tidaklah bersifat seperti sifat manusia kerana Allah Maha Mengetahui perihal setiap hambanya melebihi apa yang diketahui hamba itu sendiri. Cuma, Allah ingin melihat usaha hamba-Nya walau Dia tahu keperluan hamba-Nya.

Oleh itu, jika kita pernah kegelisahan apabila kehilangan telefon dan tidak dapat berhubung dengan rakan, periksa diri semula pernahkah atau selalukah kita merasai kegelisahan apabila kurang berdoa kepada Allah atau apabila terlewat menunaikan solat? 

Jadikan pengaduan segala permasalahan kita walau sekecil-kecil masalah terlebih dulu kepada Allah sebelum kita mengadu kepada manusia kerana sesungguhnya Dia telah menciptakan jalan penyelesaian dan kesembuhan. 

Kita juga sering lupa melihat Dia mendatangkan pertolongan dan jalan keluar melalui sebab manusia lain lalu menyebabkan kita terus lupa kerana menyangka manusia jugalah yang membantu bukan meletakkan segala sesuatu atas keizinan Allah.

Daripada Abu Musa al-Asy’ari, beliau menjelaskan: “Ketika kami bersama Rasulullah SAW dalam satu peperangan, tidaklah kami mendaki tanah tinggi, menaiki bukit dan menuruni lembah, melainkan kami meninggikan suara ketika bertakbir. 



Kemudian Baginda mendekati kami dan bersabda: “Wahai sekalian manusia, tahanlah diri kamu, sesungguhnya kamu tidak berdoa (menyeru) kepada Tuhan yang tuli (pekak) dan jauh, akan tetapi kamu berdoa kepada Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat. Sesungguhnya Tuhan yang kamu seru itu lebih dekat kepada seseorang di antara kamu melebihi dekatnya seseorang dari kamu dengan leher binatang tunggangannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) 

Daripada Anas, bahawasanya Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Allah berfirman, Aku menuruti persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku akan sentiasa bersamanya jika ia berdoa kepada-Ku.” (Hadis Riwayat Ahmad).




Oleh Azizah Jabar

PERINGATAN

Kerja-kerja dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri dan Mufti Malaysia.

Sila hubungi 03-26933049,26915184 @ 019-3376159 (Rahmat Mahdan) untuk mengetahui kadar caj perkhidmatan terkini.

Firman Allah s.w.t
“Syaitan menjanjikan kemiskinan kepada kamu
(bersedekah amal jariah) dan menyuruh kamu berbuat kejahatan, dan
Allah menjanjikan kepadamu ampunan dan kurnia-Nya.
Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui”
Al-Baqarah : 268

Kerjasama anda kami hargai.

Bersamalah kita menjaga kesucian AL-QURAN.

Buku Pelawat


ShoutMix chat widget