Apa yang anda faham tentang "ZAKAT"...?






SUDAHKAH ANDA MEMBAYAR ZAKAT PADA TAHUN INI....?




APA ITU ZAKAT....?



ZAKAT bererti bersih , subur dan berkembang.


Dari segi SYARAK, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.



Contoh jenis-jenis zakat :
  • ZAKAT PENDAPATAN
  • ZAKAT PERNIAGAAN
  • ZAKAT WANG SIMPANAN
  • ZAKAT SAHAM
  • ZAKAT EMAS
  • ZAKAT PERAK
  • ZAKAT TERNAKAN
  • ZAKAT TANAMAN
  • ZAKAT FITRAH
ZAKAT SIMPANAN
ZAKAT PERNIAGAAN
ZAKAT EMAS
ZAKAT PENDAPATAN
percetakan saufi, bahan bacaan, buku, pelajar, sekolah, universiti, kolej, maktab, kementerian, jabatan, program wakaf al quran, wakaf alquran, wakaf, waqaf, pelupusan, pemuliharaan, pulihara, lupus, ikut, syariah, kelulusan, sokongan, perkhidmatan awam, sumbangan, rm30, naskah, senaskah, rasm uthmani, maybank online, kampung baru, kuala lumpur, malaysia, tertib, mashaf Uthmani, muhammad, jibril, allah, sahabat, hadis, ayat, surah, pengertian, zakat, pendapatan, simpanan, emas, perniagaan, perak, ternakan, tanaman, dalil, riwayat, buletin utama, tv3, utusan malaysia, berita harian, kosmo, harakahdaily, online, islam, agama agama, agama islam, bahasa, abu, wahyu, elak, cebisan, dipijak, dilangkah, dosa, pahasa, wajib, harus, fitrah, harta, kebajikan, saham, sedekah, mudah, miskin, kaya, facebook, yahoo!, google, image, pengguna, dunia, akhirat, indahya, terkejut, sedih, melihat, muzakarah jawatankuasa fatwa kebangsaan ke-30, dalam, negeri, lajnah, tashih, mukjizat, kehebatan, kelebihan, mesin, tanam, pengebumian, jenazah, adab, martabat, kuasa, benar, salah, wanita, perempuan, lelaki, muda, tua, insinerator, abu bakar, bakar alquran, ramadan 2010, rukun islam, masjid surau, jamek, selawat, nabi, rasul, sahabat, sejarah, selamat, suci, kesucian, the perfume, rahmat allah, abu dhabi, youtube hot videos, muslim names, muslim 2010, games, bank holiday 2010, sumbangan islam, tamadun, the world, asia, asian, facebook blog, blogspot, google blog, 3d tv, haiti news, bbc, tsunami 2010, hawaii, chile, media player, justin bieber, camera digital, camera, hot n fun, lagu lagu, apple event 2010, the event, kanak-kanak, dewasa, remaja, pencen, ibadah,

DALIL WAJIB MENGELUARKAN ZAKAT




Ibadah Zakat adalah alah satu daripada Rukun Islam yang ke lima. Dalil wajib ini antaranya berdasarkan firman Allah S.W.T. bermaksud :
"Dan dirikanlah olehmu solat dan tunaikanlah zakat dan ruku'lah (iaitu berjemaah) bersama-sama orang yang ruku".
Surah An-Nur : Ayat 56


Zakat merupakan suatu proses untuk menyucikan harta seseorang. Firman Allah bermaksud :
"Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat @ amal jariah) supaya dengan iti engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan (mereka dari yang buruk)"
Surah At-Taubah : Ayat 103



Pengertian "MENYUCIKAN"


Bermaksud membuang sifar kikir, tamak haloba serta bakhil dalam diri seseorang, manakala jika dilihat dari perspektif si miskin pula ia dapat menyucikan diri dari hati, dengki sertamenaruh perasaan dendam terhadap orang yang kaya.


Membersihkan diri pula bermakna, mengembalikan hak-hak orang miskin yang telah ditentukan dalam harta ataupun pendapatan seseorang. Ini diperjelaskan lagi dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud :


"Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yag memintdan orang miskin yang menahan diri dari meminta"
Surah Adz-Zaariat : Ayat 19


"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakan sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi.."
Surah Al-Baqarah : Ayat 267


percetakan saufi, bahan bacaan, buku, pelajar, sekolah, universiti, kolej, maktab, kementerian, jabatan, program wakaf al quran, wakaf alquran, wakaf, waqaf, pelupusan, pemuliharaan, pulihara, lupus, ikut, syariah, kelulusan, sokongan, perkhidmatan awam, sumbangan, rm30, naskah, senaskah, rasm uthmani, maybank online, kampung baru, kuala lumpur, malaysia, tertib, mashaf Uthmani, muhammad, jibril, allah, sahabat, hadis, ayat, surah, pengertian, zakat, pendapatan, simpanan, emas, perniagaan, perak, ternakan, tanaman, dalil, riwayat, buletin utama, tv3, utusan malaysia, berita harian, kosmo, harakahdaily, online, islam, agama agama, agama islam, bahasa, abu, wahyu, elak, cebisan, dipijak, dilangkah, dosa, pahasa, wajib, harus, fitrah, harta, kebajikan, saham, sedekah, mudah, miskin, kaya, facebook, yahoo!, google, image, pengguna, dunia, akhirat, indahya, terkejut, sedih, melihat, muzakarah jawatankuasa fatwa kebangsaan ke-30, dalam, negeri, lajnah, tashih, mukjizat, kehebatan, kelebihan, mesin, tanam, pengebumian, jenazah, adab, martabat, kuasa, benar, salah, wanita, perempuan, lelaki, muda, tua, insinerator, abu bakar, bakar alquran, ramadan 2010, rukun islam, masjid surau, jamek, selawat, nabi, rasul, sahabat, sejarah, selamat, suci, kesucian, the perfume, rahmat allah, abu dhabi, youtube hot videos, muslim names, muslim 2010, games, bank holiday 2010, sumbangan islam, tamadun, the world, asia, asian, facebook blog, blogspot, google blog, 3d tv, haiti news, bbc, tsunami 2010, hawaii, chile, media player, justin bieber, camera digital, camera, hot n fun, lagu lagu, apple event 2010, the event, kanak-kanak, dewasa, remaja, pencen, ibadah,

PENULISAN AL-QURAN

Penulisan al-quran sebagaimana yang terdapat dalam mushaf hari ini memudahkan kita membaca ayat-ayat suci tersebut.
Oleh KHAIRUL ANUAR MOHAMAD | BERITA HARIAN : 23.09.2010

Setiap kali wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad, baginda mengarah para sahabatnya menulis wahyu tersebut. Perkara ini telah bermula ketika Nabi Muhammad berada di Mekah lagi.

RAMAI di kalangan umat Islam pada hari ini kurang mengkaji berkaitan penulisan al-Quran. Alasan mudah ialah mengapa perlu dilakukan kajian terhadap penulisan di zaman dahulu sedangkan pada era ini al-Quran telah dicetak dengan lengkap dalam pelbagai bentuk yang menarik dan hiasan yang memukau.

Lebih daripada itu al-Quran pada ketika ini boleh di dapati dalam bentuk digital sama ada berbentuk cekera padat, pengisian komputer mahupun dimuat turun melalui telefon bimbit.
Namun perlu diingat hasil yang canggih pada hari ini bermula dengan usaha yang bersungguh dan berterusan generasi sebelum ini.






Jika mereka tidak memulakan penulisan al-Quran pada ketika itu sudah tentu generasi pada hari ini tidak akan melihat mushaf al-Quran dengan begitu baik dan tak mampu mereka cipta bentuknya yang canggih.

Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah SWT yang terakhir. Baginda tidak boleh membaca dan menulis (ummi). Meskipun begitu ia bukanlah merupakan kekurangan kepada Rasulullah saw bahkan menjadi bukti kukuh kepada kebenaran ajaran yang dibawanya.

Sifat ummi pada Rasulullah adalah bukti yang amat jelas bahawa al-Quran bukan hasil penulisannya tetapi ia datang daripada Allah SWT.

Jika Nabi Muhammad boleh membaca dan menulis sudah tentu golongan musyrikin ketika itu akan membuat tuduhan bahawa al-Quran ini adalah tulisan tangan Rasulullah hasil daripada pembacaannya.

Semua orang perlu berfikir betapa baginda yang tidak tahu membaca dan menulis tetapi menyampaikan kalam yang suci yang tidak boleh ditandingi seluruh intelektual manusia meskipun mereka berkumpul untuk menandinginya.

Maka benarlah al-Quran itu adalah wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Setiap kali wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad, baginda mengarah para sahabatnya menulis wahyu tersebut. Perkara ini telah bermula ketika Nabi Muhammad berada di Mekah lagi.

Peristiwa keislaman Umar Ibn Khattab ketika beliau hendak memegang helaian al-Quran yang tertulis padanya surah Taha menunjukkan bahawa al-Quran telah ditulis semasa Rasulullah di Mekah meskipun ketika itu umat Islam begitu lemah dan bilangannya tidak begitu ramai.

Setelah baginda berhijrah ke Madinah, penulisan al-Quran terus berkembang seiring dengan pertambahan orang yang memeluk agama Islam. Lebih menarik tentang perkembangan penulisan al-Quran ini apabila Rasulullah SAW telah menerima pandangan Abu Bakar al-Siddiq berhubung dengan tawanan perang Badar.

Antara pandangan tersebut adalah tawanan yang tidak mempunyai harta untuk menebus diri tetapi pandai menulis dikehendaki mengajar 10 kanak-kanak Islam.

Langkah yang diambil itu telah menjadikan ilmu penulisan berkembang di kalangan sahabat dan mereka dapat menyalin wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Menurut Sheikh Ali Dabba', penulis wahyu di kalangan sahabat ialah seramai 43 atau 44 orang. Antara mereka ialah Abu Bakr Siddiq, Umar Ibn al-Khattab, Uthman Ibn Affan, Ali Ibn Abi Talib, Zaid Ibn Thabit, Khalid Ibn al-Walid, Muawiyyah Ibn Abi Sufiyan dan lain-lain.
Mereka bergilir-gilir datang kepada Rasulullah dan menulis wahyu di hadapan Rasulullah sejurus selesai penurunannya.

Menulis al-Quran di hadapan Rasulullah SAW dan membaca kembali tulisan tersebut adalah Taqrir atau pengakuan Rasulullah SAW yang sama dengan ucapan dan perbuatannya.

Ia merupakan hujah syarak bahawa penulisan al-Quran adalah tauqifi. Tauqifi bermaksud ia datang daripada Rasulullah SAW.

Lebih menguatkan lagi hujah tersebut terdapat panduan yang dikemukakan oleh Rasulullah kepada Muawiyyah cara menulis basmalah dengan sabdanya: "Letakkan dakwat dengan elok, tajamkan pensil, tegakkan huruf ba, ceraikan huruf sin, jangan julingkan huruf mim, cantikkan tulisan Allah, panjangkan tulisan rahman, perelokkan tulisan rahim." 

Ulama sepakat bahawa semua ayat al-Quran ditulis semasa hayat Rasulullah. Namun begitu ia tidak terkumpul pada satu tempat dan tidak tersusun surah dan ayatnya sebagaimana mushaf al-Quran pada hari ini.

Hikmahnya adalah kerana terdapat ayat-ayat yang dimansukhkan bacaannya yang diturunkan semasa hayat baginda.

Justeru Rasulullah SAW tidak mengarahkan para sahabatnya membukukan al-Quran.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm

percetakan saufi, bahan bacaan, buku, pelajar, sekolah, universiti, kolej, maktab, kementerian, jabatan, program wakaf al quran, wakaf alquran, wakaf, waqaf, pelupusan, pemuliharaan, pulihara, lupus, ikut, syariah, kelulusan, sokongan, perkhidmatan awam, sumbangan, rm30, naskah, senaskah, rasm uthmani, maybank online, kampung baru, kuala lumpur, malaysia, tertib, mashaf Uthmani, muhammad, jibril, allah, sahabat, hadis, ayat, surah, pengertian, zakat, pendapatan, simpanan, emas, perniagaan, perak, ternakan, tanaman, dalil, riwayat, buletin utama, tv3, utusan malaysia, berita harian, kosmo, harakahdaily, online, islam, agama agama, agama islam, bahasa, abu, wahyu, elak, cebisan, dipijak, dilangkah, dosa, pahasa, wajib, harus, fitrah, harta, kebajikan, saham, sedekah, mudah, miskin, kaya, facebook, yahoo!, google, image, pengguna, dunia, akhirat, indahya, terkejut, sedih, melihat, muzakarah jawatankuasa fatwa kebangsaan ke-30, dalam, negeri, lajnah, tashih, mukjizat, kehebatan, kelebihan, mesin, tanam, pengebumian, jenazah, adab, martabat, kuasa, benar, salah, wanita, perempuan, lelaki, muda, tua, insinerator, abu bakar, bakar alquran, ramadan 2010, rukun islam, masjid surau, jamek, selawat, nabi, rasul, sahabat, sejarah, selamat, suci, kesucian, the perfume, rahmat allah, abu dhabi, youtube hot videos, muslim names, muslim 2010, games, bank holiday 2010, sumbangan islam, tamadun, the world, asia, asian, facebook blog, blogspot, google blog, 3d tv, haiti news, bbc, tsunami 2010, hawaii, chile, media player, justin bieber, camera digital, camera, hot n fun, lagu lagu, apple event 2010, the event, kanak-kanak, dewasa, remaja, pencen, ibadah,

Berita Harian | "ELAK CEBISAN, ABU AL-QURAN DIPIJAK DAN DILANGKAH" - LUPUS IKUT SYARIAH

BAGAIMANA CARA BETUL UNTUK MELUPUSKAN AL-QURAN DENGAN CARA YANG BETUL....?


BAGAIMANA PROSESNYA....?


ABU AL-QURAN ITU DITANAM DIMANA...?












Proses pembakaran dimulakan dengan meracik al-Quran menjadi helaian kecil sebelum dimasukkan ke dalam raga dan dibawa ke mesin insinerator untuk dibakar. Mesin perlu dipanaskan menggunakan gas industri selama empat jam untuk mendapat suhu 600 darjah celsius.

PELUPUSAN ayat suci al-Quran perlu dilakukan dengan tertib dan setiap aspek diberi perhatian teliti termasuk memastikan abu daripada bahan bakar mengandungi kalimah Allah itu tidak berterbangan, bersepah, dipijak atau dilangkah.

Insinerator Green Gas Tecnology
Pengerusi Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, berkata proses pembakaran ayat suci al-Quran menggunakan mesin insinerator khas turut melalui peringkat percubaan dan penambahbaikan. Menurutnya, proses pembakaran al-Quran pada awalnya tidak berjaya kerana keadaan naskah al-Quran yang agak tebal.

Selepas itu katanya, timbul idea untuk mencarik al-Quran termasuk kulitnya yang tebal menggunakan mesin pencarik menjadi helaian kecil yang lebih ringan serta terurai supaya lebih mudah dibakar dan menjadi abu halus.
“Pada mula kami bakar naskah al-Quran terus tetapi memakan masa yang lama dan ada kalanya apabila selesai, ada yang masih tidak terbakar. Kemudian datang ilham untuk mengoyakkan helaian al-Quran terlebih dulu. Bagi memudahkan kerja, saya menghasilkan mesin pencarik yang boleh mengoyakkan kulit al-Quran serta kertas tebal menjadi helaian kecil. Kertas yang kecil lebih ringan, senang dibakar dan lebih mudah menjadi abu,” katanya.
Mesin pencarik kertas itu dihasilkan daripada ideanya sendiri kerana yang ada di pasaran tidak sesuai untuk mencarik kulit al-Quran yang tebal. Awalnya beliau membina mesin itu di Indonesia tetapi hasilnya tidak memuaskan dan yang digunakan kini dibina anak tempatan.

Proses pembakaran dimulakan dengan meracik al-Quran menjadi helaian kecil sebelum dimasukkan ke dalam raga dan dibawa ke mesin insinerator untuk dibakar. Mesin perlu dipanaskan menggunakan gas industri selama empat jam untuk mendapat suhu 600 darjah celsius.
Proses Pembakaran
Kertas seberat 300 kilogram dimasukkan pada satu-satu masa ke dalam insinerator melalui dua pintu iaitu pintu utama (berbentuk bulat) jika mesin masih belum panas dan pintu kedua (berbentuk empat segi tepat di bahagian sisi mesin) apabila haba semakin panas.

Kepanasan ruang bakar membolehkan 100 kilogram kertas dibakar dalam masa 10 minit dan kemudian abu dibiarkan selama 4 jam untuk sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas menyimpan abu.

Abu yang berterbangan semasa proses pembakaran akan ditangkap oleh mesin aliran air. Abu akan dimasukkan ke dalam plastik atau guni sebelum dihanyutkan ke laut. Pada waktu kecemasan seperti hujan lebat, abu akan dicampurkan dengan air supaya mudah larut sebelum dikebumikan menggunakan corong dalam telaga yang digali di kawasan pelupusan.

Mesin insinerator boleh membakar satu setengah tan kertas pada satu masa dan proses itu memakan masa antara empat hingga lima jam. Keseluruhan proses pembakaran memakan masa lapan hingga sembilan jam termasuk untuk menyejukkan abu.


Rahmat berkata, walaupun nampak mudah, proses pelupusan al-Quran melalui pembakaran itu perlu dilakukan dengan berhati hati kerana tidak ada sehelai kertas tercetak ayat al-Quran atau abu boleh dibiarkan bersepah.
Katanya, pihaknya turut mengupah pekerja untuk mengasingkan kulit tebal dan kertas yang memakan masa serta tenaga kerja, begitu juga untuk mengendalikan mesin meracik bagi memudahkan pembakaran.


Proses pembakaran dilakukan 2 kali seminggu atau mengikut keperluan terutama apabila kertas yang sudah diracik semakin banyak. Go to link Berita Harian - Lupus Ikut Syariah



LUPUS IKUT SYARIAH - Cara Pemulihan Kitab Suci | BERITA HARIAN








"Terkejut dan sedih apabila melihat al-Quran dibiarkan bersepah di pusat kitar semula dan ini menyedarkan saya mungkin ramai tidak tahu bagaimana hendak melupuskan al-Quran. Orang dulu akan bakar tetapi timbul juga persoalan selepas dibakar nak buat macam mana pula?"

DIRIWAYATKAN, seorang sahabat menjumpai al-Quran, menyapukan wangian padanya dan menyimpan di tempat tinggi. Bagi sahabat itu, Allah janjikan syurga. Begitu juga Saidina Umar yang terjumpa keratan al-Quran lalu diambil dan diciumnya, Allah memberikan pahala. Inilah kebesaran untuk mereka yang menjaga serta mengagungkan kalimah Allah yang diwahyukan kepada rasul-Nya, Muhammad SAW, menjadi petunjuk kepada umat sekalian alam, tidak kira bagaimana cara dilakukan.

Malangnya, tidak ramai yang tahu cara tepat untuk melupuskan kita suci ini. Kejahilan ramai inilah yang turut mendorong sebuah syarikat tempatan iaitu penerbitan Al-Quran Mushaf Uthmani, Percetakan Saufi menawarkan khidmat pelupusan al-Quran menerusi
Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor.

Malah, pengalaman Pengerusi Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, menyaksikan sendiri naskhah al-Quran dilonggokkan bersama buku lain di pusat pengumpulan barangan kitar semula miliki bukan Islam, menjadi antara titik tolak kewujudan syarikat itu pada 2008.
 
“Terkejut dan sedih apabila melihat al-Quran dibiarkan bersepah di pusat kitar semula dan ini menyedarkan saya mungkin ramai tidak tahu bagaimana hendak melupuskan al-Quran. Orang dulu akan bakar tetapi timbul juga persoalan selepas dibakar nak buat macam mana pula?

“Jika ditanam, perlu dipastikan tempat itu tidak di langkah atau abu hendaklah ditaburkan ke laut. Itu yang terlintas di hati saya untuk membantu mereka yang ingin melupuskan al-Quran terutama yang sudah lama dan koyak.


 
“Selain itu, saya ingin pastikan keagungan ayat Allah dipelihara dan cara saya ialah menyediakan kemudahan mengumpul dan membakar al-Quran supaya umat Islam tidak lagi membiarkan ayat al-Quran begitu saja,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurut Rahmat, pihaknya sentiasa mengalu-alukan bantuan orang ramai untuk memastikan al-Quran yang sudah buruk, tidak berkulit dan terkoyak tidak diaibkan dengan dibiarkan begitu saja.

Sebagai usaha menyelamatkan serta memelihara kesucian kalimah Allah, beliau dan keluarga memulakan usaha mengumpul al-Quran, buku teks, Yasin, risalah, akhbar mengandungi surah dan cebisan al-Quran. Hatta, kad jemputan kahwin yang ada kalimah Allah turut dikumpulkan.

Katanya, bahan terkumpul itu kini dibakar secara berkala menggunakan mesin insinerator dan abunya sama ada ditanam dalam telaga khas yang digali di kawasan pengumpulan dan pelupusan atau dihanyutkan di laut di Negeri Sembilan.

Mesin pembakar khas untuk tujuan melupuskan barangan bercetak ayat Al-Quran mengikut prosedur dan syariat Islam iaitu secara pembakaran selaras keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992. 



Rahmat berkata, Percetakan Saufi adalah syarikat percetakan yang telah diberi lesen oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekal, mengganti dan mengambil Al-Quran lama bukan Mushaf Uthmani bagi tujuan pelupusan.

Syarikatnya juga mendapat kebenaran Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran untuk membekal dan memulihara ayat suci di sekolah kebangsaan dan sekolah agama di seluruh negara. Syarikat itu turut mengumpul dan melupuskan Al-Quran lama yang disalah cetak dan tidak mendapat kelulusan Lajnah Tashih Al-Quran KDN terutama yang dicetak sebelum 1990, mengandungi perkataan salah dan jika dibaca membawa maksud salah serta mendatangkan dosa.

Rahmat berkata, selepas usaha Percetakan Saufi itu disiarkan Berita Harian pada Mac lalu, sambutan orang ramai untuk menghantar pelbagai barangan bercetak ayat al-Quran semakin hebat dan menggalakkan.

Melalui kesungguhan itu katanya, tempat pengumpulan al-Quran di Batu 10 Jalan Cheras, Kajang, semakin hari dipenuhi al-Quran dalam pelbagai rupa, buku teks, kertas kerja, malah plet mencetak juga turut dihantar untuk dilupuskan menggunakan bahan kimia.

“Kami bersedia menerima jumlah yang lebih banyak dan saya berbangga jika ada yang ingin mengikut jejak langkah Percetakan Saufi memberi khidmat sukarela ini. Ini usaha memelihara ayat suci al-Quran dan saya hanya memulakan dulu.

“Jika ada pihak lain ingin membantu, itu lebih baik kerana permintaan untuk perkhidmatan ini semakin meluas. Sudah ada permintaan supaya diadakan di wilayah selatan serta utara,” katanya yang sedang membangunkan mesin insinerator kedua bagi tujuan itu dan dijangka siap Disember ini.


Selain pengumpulan dan pelupusan al-Quran, Percetakan Saufi menganjurkan Program Al-Quran Wakaf Malaysia bagi menggalakkan umat Islam bersedekah melalui amalan wakaf untuk diedarkan kepada pihak memerlukan. Melalui skim wakaf itu, individu atau syarikat boleh menyumbangkan RM30 untuk naskah Al-Quran Mushaf Uthmani yang kemudian diedarkan ke masjid, surau, rumah anak yatim, rumah kebajikan, sekolah dan maahad tahfiz. Mereka yang ingin menyertai Skim Al-Quran Wakaf Malaysia boleh menghubungi syarikat itu di nombor
03-26933049/03-26915184.

Usaha syarikat itu turut menarik minat tenaga pengajar di Masjidil Haram di Makkah, Dr Syeikh Md Idrees Al Mashrafe, yang menyifatkan ia harus disokong semua pihak terutama umat Islam negara ini.







Pusat Pelupusan Percetakan Saufi kendali usaha musnah
al-Quran,buku teks, surah Yassin dan risalah mengandungi
petikan ayat suci

Katanya, menjadi tanggungjawab umat Islam memastikan kesucian serta kesejahteraan al-Quran yang mengandungi kalam Allah itu sentiasa terpelihara dan jika sudah rosak, hendaklah dilupuskan mengikut tertib.

“Inisiatif Percetakan Saufi menghasilkan mesin insinerator khas untuk membakar al-Quran yang sudah tidak boleh digunakan atau tersalah cetak sewajarnya mendapat sokongan kerana usaha ini bukan mudah, apatah lagi ia dilakukan secara sukarela.






“Saya berharap kerajaan dan orang kaya membantu usaha ini kerana tanggungjawab umat Islam memelihara kesucian mukjizat Nabi Muhammad,” katanya yang mengunjungi pusat pelupusan berkenaan.


Link to Website : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LupusikutSyariah/Article/index 


percetakan saufi, bahan bacaan, buku, pelajar, sekolah, universiti, kolej, maktab, kementerian, jabatan, program wakaf al quran, wakaf alquran, wakaf, waqaf, pelupusan, pemuliharaan, pulihara, lupus, ikut, syariah, kelulusan, sokongan, perkhidmatan awam, sumbangan, rm30, naskah, senaskah, rasm uthmani, maybank online, kampung baru, kuala lumpur, malaysia, tertib, mashaf Uthmani, muhammad, jibril, allah, sahabat, hadis, ayat, surah, pengertian, zakat, pendapatan, simpanan, emas, perniagaan, perak, ternakan, tanaman, dalil, riwayat, buletin utama, tv3, utusan malaysia, berita harian, kosmo, harakahdaily, online, islam, agama agama, agama islam, bahasa, abu, wahyu, elak, cebisan, dipijak, dilangkah, dosa, pahasa, wajib, harus, fitrah, harta, kebajikan, saham, sedekah, mudah, miskin, kaya, facebook, yahoo!, google, image, pengguna, dunia, akhirat, indahya, terkejut, sedih, melihat, muzakarah jawatankuasa fatwa kebangsaan ke-30, dalam, negeri, lajnah, tashih, mukjizat, kehebatan, kelebihan, mesin, tanam, pengebumian, jenazah, adab, martabat, kuasa, benar, salah, wanita, perempuan, lelaki, muda, tua, insinerator, abu bakar, bakar alquran, ramadan 2010, rukun islam, masjid surau, jamek, selawat, nabi, rasul, sahabat, sejarah, selamat, suci, kesucian, the perfume, rahmat allah, abu dhabi, youtube hot videos, muslim names, muslim 2010, games, bank holiday 2010, sumbangan islam, tamadun, the world, asia, asian, facebook blog, blogspot, google blog, 3d tv, haiti news, bbc, tsunami 2010, hawaii, chile, media player, justin bieber, camera digital, camera, hot n fun, lagu lagu, apple event 2010, the event, kanak-kanak, dewasa, remaja, pencen, ibadah,

INDAHNYA ZAKAT







Oleh HAMIZUL ABDUL HAMID
AYAH nak ke mana ni?" Satu suara halus bertanya. "Ke surau nak." "Ayah, adik nak ikut…" sambil memakai songkok dan berbaju Melayu labuh, terkedek-kedek si anak berlari mendapatkan si ayah yang sudah sedia memegang basikal tua. Dengan cepat si anak naik dan duduk di galang basikal lalu mereka menuju ke surau. Di surau, kelihatan si ayah membawa seuncang beras. Seorang Pak Haji sedang menunggu dengan tersenyum. Lalu si anak bertanya lagi… "Beras ni nak buat apa ayah?" "Ini untuk zakat kita tahun ini nak…"

Demikianlah sedikit sedutan iklan di televisyen yang pernah disiarkan menjelang Hari Raya Aidilfitri beberapa tahun lalu. Keharmonian amat terasa, dengan berlatar belakangkan sebuah desa, sawah padi menghijau, berbasikal tua meniti di batas-batas bendang dan Pak Aji yang senyum manis menanti di surau, lalu zakat dijadikan tema iklan raya tersebut. Intipatinya hanya satu, menjadikan hari raya medan berkongsi kegembiraan antara si kaya dan miskin yang kelaparan.

Zakat adalah rukun Islam ketiga. Kedudukannya di tempat ketiga ini dan sering digandingkan oleh Allah SWT dengan arahan mendirikan solat, telah dengan sendirinya menggambarkan status hukum dan kepentingan zakat.

Di samping itu, zakat mula difardukan kepada umat Islam pada tahun kedua selepas hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Ia termasuk dalam ayat-ayat atau surah Madaniyah, iaitu wahyu Allah SWT yang banyak menekan aspek hukum dan syariat Islam berbanding aspek akidah. Banyak dalil naqli (dalil al-Quran dan al-hadis) yang menyatakan kewajipan zakat, di antaranya firman Allah di dalam surah An-Nur, ayat 56: Dan dirikan oleh kamu akan solat serta berikanlah zakat.

Nabi Muhammad SAW juga pernah menyatakan kepada Muaz bin Jabal yang diutus ke Yaman sebagai gabenor akan kepentingan zakat, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain: Engkau hendaklah menerangkan kepada mereka bahawa Allah SWT mewajibkan sedekah (zakat), yang dikenakan terhadap kekayaan orang kaya di kalangan mereka.

Falsafah zakat

Falsafahnya mudah, zakat adalah satu perkongsian. Mengambil harta dari kalangan kaya dan berada untuk diberikan kepada yang miskin, melarat dan melata dan mereka yang memerlukan. Falsafah zakat juga menggambarkan keseimbangan sosial di dalam Islam. Semakin kaya sesebuah masyarakat, semakin meningkat kutipan zakat. Semakin meningkat kutipan zakat menjadikan semakin terbela asnaf-asnaf zakat.

Inilah cantiknya hukum dan syariat zakat ini, sehinggakan di dalam lipatan sejarah ia amat berkesan semasa perlaksanaannya pada zaman Rasulullah. Apatah lagi, zakat adalah amalan baik yang berkesinambungan daripada apa yang telah diamalkan sebelum turunnya Islam. Sifat-sifat mulia seperti belas ihsan, prihatin dan suka bersedekah telah difardukan akhirnya.

Maka, oleh kerana ia sememangnya satu amalan mulia yang tidak bercanggah langsung dengan fitrah manusia, tidak pernah terdengar sedikitpun suara yang membantah dan mengingkari kewajipannya setelah ia diangkat oleh Allah SWT sebagai amalan wajib. Bahkan pada zaman itu, zakat telah menjadi item utama sumber pendapatan negara Madinah Al-Munawwarah demi menjana pembangunan ummah.

Pembahagian zakat

Bagi memudahkan umat Islam, ulama fikah telah membahagikan zakat itu kepada dua, iaitu zakat fitrah (zakat badan) dan zakat mal (zakat harta). Zakat fitrah adalah seperti apa yang telah digambarkan di dalam iklan raya di atas. Ia diwajibkan di dalam bulan Ramadan dan wajib ditunaikan sebelum solat Hari Raya Aidilfitri. Hukumnya wajib kepada setiap individu Muslim walaupun dia seorang hamba, dengan syarat mereka hidup pada bulan Ramadan hingga masuk 1 Syawal.

Kewajipan mengeluarkannya adalah terletak kepada diri sendiri, wali atau ketua keluarga berkenaan. Ia dikeluarkan untuk setiap individu berdasarkan kepada 1 gantang Baghdad yang bersamaan 2.70 kg makanan ruji sesebuah tempat.

Daripada Ibnu Abbas r.a., berkata: "Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah itu sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan perkataan yang kotor dan sebagai makanan bagi orang miskin. Kerana itu, sesiapa mengeluarkannya selepas solat (Aidilfitri), maka ia merupakan salah satu sedekah daripada sedekah-sedekah biasa." (riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).

Manakala zakat mal, ia adalah tertakluk kepada harta-harta tertentu. Zakat mal ini pula tidak diwajibkan kepada hamba, seperti mana zakat fitrah. Dari aspek kekayaan, zakat mal atau harta inilah yang mewakili status kekayaan umat Islam, kerana ia digambarkan kepada ketinggian kutipan zakat di sesuatu tempat.

Seperti dinyatakan, semakin tinggi kutipan zakat, bermakna semakin tinggilah taraf sosio-ekonomi rakyat dan semakin melebarlah manfaat zakat kepada lapan asnaf yang memerlukan. Semua ini menjadi indikator kepada keseimbangan sosio-ekonomi, kestabilan politik dan seterusnya kemakmuran negara umat Islam.

Pada tahap awal perbincangan ini, diharapkan para pembaca telah mendapat kefahaman awal tentang zakat. Dalil kewajipannya, status zakat dalam rukun Islam, falsafah zakat, definisi zakat dan pembahagiannya.

Semua ini akan memudahkan masyarakat untuk memamahi, seterusnya kenapakah zakat perlu diangkat kembali menjadi agenda penting ummah. Ini termasuklah isu-isu kontemporari zakat seperti penglibatan sektor kewangan lain dalam institusi zakat, penguatkuasaan undang-undang zakat dan sebagainya lagi.

Insya-Allah, dengan kefahaman yang jelas ini akan memudahkan kita mempelajari zakat, satu rukun Islam yang manfaatnya bukan untuk diri sendiri tetapi untuk semua orang Islam di dunia ini.

percetakan saufi, bahan bacaan, buku, pelajar, sekolah, universiti, kolej, maktab, kementerian, jabatan, program wakaf al quran, wakaf alquran, wakaf, waqaf, pelupusan, pemuliharaan, pulihara, lupus, ikut, syariah, kelulusan, sokongan, perkhidmatan awam, sumbangan, rm30, naskah, senaskah, rasm uthmani, maybank online, kampung baru, kuala lumpur, malaysia, tertib, mashaf Uthmani, muhammad, jibril, allah, sahabat, hadis, ayat, surah, pengertian, zakat, pendapatan, simpanan, emas, perniagaan, perak, ternakan, tanaman, dalil, riwayat, buletin utama, tv3, utusan malaysia, berita harian, kosmo, harakahdaily, online, islam, agama agama, agama islam, bahasa, abu, wahyu, elak, cebisan, dipijak, dilangkah, dosa, pahasa, wajib, harus, fitrah, harta, kebajikan, saham, sedekah, mudah, miskin, kaya, facebook, yahoo!, google, image, pengguna, dunia, akhirat, indahya, terkejut, sedih, melihat, muzakarah jawatankuasa fatwa kebangsaan ke-30, dalam, negeri, lajnah, tashih, mukjizat, kehebatan, kelebihan, mesin, tanam, pengebumian, jenazah, adab, martabat, kuasa, benar, salah, wanita, perempuan, lelaki, muda, tua, insinerator, abu bakar, bakar alquran, ramadan 2010, rukun islam, masjid surau, jamek, selawat, nabi, rasul, sahabat, sejarah, selamat, suci, kesucian, the perfume, rahmat allah, abu dhabi, youtube hot videos, muslim names, muslim 2010, games, bank holiday 2010, sumbangan islam, tamadun, the world, asia, asian, facebook blog, blogspot, google blog, 3d tv, haiti news, bbc, tsunami 2010, hawaii, chile, media player, justin bieber, camera digital, camera, hot n fun, lagu lagu, apple event 2010, the event, kanak-kanak, dewasa, remaja, pencen, ibadah,

PERINGATAN

Kerja-kerja dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri dan Mufti Malaysia.

Sila hubungi 03-26933049,26915184 @ 019-3376159 (Rahmat Mahdan) untuk mengetahui kadar caj perkhidmatan terkini.

Firman Allah s.w.t
“Syaitan menjanjikan kemiskinan kepada kamu
(bersedekah amal jariah) dan menyuruh kamu berbuat kejahatan, dan
Allah menjanjikan kepadamu ampunan dan kurnia-Nya.
Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui”
Al-Baqarah : 268

Kerjasama anda kami hargai.

Bersamalah kita menjaga kesucian AL-QURAN.

Buku Pelawat


ShoutMix chat widget