Program Pengumpulan Bahan Bacaan Ilmiah dan Al-Quran Usang | Anjuran MAINS di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan

Pada 19 Okt 2011, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menganjurkan "Program Pengumpulan Bahan Bacaan Ilmiah dan Al-Quran Usang" bertempat di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan.


PUSAT DAKWAH ISLAM PAROI, NEGERI SEMBILAN


Ribuan Terima Kasih kepada MAINS kerana menganjurkan Program Pengumpulan Bahan Bacaan Ilmiah dan Al-Quran Usang sebagai pendedahan berguna kepada masyarakat tentang kaedah dan tertib untuk melupuskan ayat-ayat suci al-Quran serta bahan ilmiah yang berkaitan. Program Pengumpulan Bahan Bacaan Ilmiah dan Al-Quran Usang turut dijayakan oleh Kementerian Dalam Negeri Cawangan Melaka dan Negeri Sembilan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, dan JKR. Hampir 50 orang tenaga kerja dari badan-badan terlibat turut serta menjayakan majlis Program Pengumpulan Bahan Bacaan Ilmiah dan Al-Quran Usang.


Untuk maklumat lanjut disini disertakan alamat dan no telefon.

Pusat Dakwah Islamiah N.Sembilan
70400 Paroi, Seremban,
N.Sembilan Darul Khusus.
Telifon : 06 6751609,06 6751603.

Abu Al-Quran | Laut bergelora berubah tenang | Program Khas Bersama Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria | Pembuangan Abu Al-Quran


Ribuan terima kasih kepada Tan Sri Hurassani Zakaria, Mufti Perak kerana menganjurkan "Program Khas Bersama Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria | Pembuangan Abu Al-Quran" bersama Percetakan Saufi untuk membuang abu al-Quran di kawasan perairan negeri Perak serta turut dijayakan bersama oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Maritim Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Mufti Negeri Perak, Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Majlis Dareah Manjung dan para wartawan Berita Harian, Harian Metro, TV Al-Hijrah.


Lihat laporan akhbar dibawah.






TERTIB...kakitangan Jabatan Mufti  Perak melupuskan abu pembakaran Al-Quran. Gambar kecil, Pengurus Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan menunjukkan bongkah abu untuk dilupuskan.





Laut bergelora berubah tenang | Harian Metro


"Program Khas Bersama Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria | Pembuangan Abu Al-Quran"


LUMUT: Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.


Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di kawasan laut dalam.

Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan.

Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.


Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM.

Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu.


Harusssani yang memberi taklimat ringkas berhubung tugas itu kemudian menjatuhkan bongkah abu berkenaan satu persatu ke laut.

Tugas menjatuhkan bongkah abu Al-Quran itu kemudian dilakukan beramai-ramai dalam masa 10 minit.


Harussani yang juga Pengerusi Lembaga Teks dan Pelesenan al-Quran, berkata ulama sebelum ini bersependapat membuang abu al-Quran ke dalam laut adalah kaedah terbaik walaupun cara menanam di dalam tanah juga dibenarkan.

“Bagaimanapun kaedah menanam abu al-Quran di dalam tanah dibimbangi boleh tercemar jika ada aktiviti dilakukan di atas tanah berkenaan. Oleh itu, kaedah membuang abu al-Quran ke laut paling selamat dan akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, yang turut mengikuti proses membuang abu al-Quran itu memberitahu berkata, proses pembakaran dan mengumpul abu dimulakan sejak tiga bulan lalu.

**********************************************************************************************************************************
"Program Khas Bersama Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria | Pembuangan Abu Al-Quran"

PERINGATAN

Kerja-kerja dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri dan Mufti Malaysia.

Sila hubungi 03-26933049,26915184 @ 019-3376159 (Rahmat Mahdan) untuk mengetahui kadar caj perkhidmatan terkini.

Firman Allah s.w.t
“Syaitan menjanjikan kemiskinan kepada kamu
(bersedekah amal jariah) dan menyuruh kamu berbuat kejahatan, dan
Allah menjanjikan kepadamu ampunan dan kurnia-Nya.
Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui”
Al-Baqarah : 268

Kerjasama anda kami hargai.

Bersamalah kita menjaga kesucian AL-QURAN.

Buku Pelawat


ShoutMix chat widget