MENIPU AL-QURAN....? Hanya nak melindungi seorang wanita indon, sanggup menggunakan "TAPAK PELUPUSAN AL-QURAN"

Pihak PERCETAKAN SAUFI terkejut dengan berita akhbar pada 13 OKTOBER 2010, HARIAN METRO bertajuk "KENAL SEJAM BAWA PADAH" seseorang yang bernama Bidin, telah menjual nama "TAPAK PELUPUSAN AL-QURAN" bagi tujuan menyelamatkan seorang wanita warga asing indonesia yang tanpa permit perjalanan yang sah. Beliau berkata kepada pihak polis, ingin membawa wanita tersebut ke "Tapak Pelupusan Al-Quran" untuk mendapatkan kerja di tempat berkenaan. Pihak kami berasa kesal dengan perbuatan lelaki berkenaan yang sanggup mempergunakan tempat pelupusan al-Quran kami, bagi tujuan melindungi seorang wanita baru dikenali, yang melanggar undang-undang negara. Disini pihak Percetakan Saufi ingin membuat kenyataan, bahawa pihak kami tiada kaitan dan hubungan dengan lelaki berkenaan. Diharap pihak media dan masyarakat tidak terpedaya dengan kenyataan lelaki yang bernama "BIDIN" ini. Pihak kami cuba mencari lelaki terbabit bagi mendapat penjelasan berhubung perkara berkaitan. Entri ini tulis semata-mata untuk menjaga nama baik dan reputasi Percetakan Saufi dan Tapak Pelupusan Al-Quran.



HARIAN METRO : 13 OKTOBER 2010


KENAL SEJAM BAWA PADAH


KUALA LUMPUR: “Saya baru mengenalinya kurang daripada sejam dan saya cuma ingin menolong dia mendapatkan pekerjaan,” kata seorang lelaki berusia 37 tahun yang ditahan dalam satu operasi sekatan jalan raya selepas didapati bersama seorang wanita yang juga pendatang haram warga Indonesia.


Dalam kejadian pada jam 9 pagi semalam, lelaki tempatan terbabit diberkas bersama seorang wanita Indonesia berusia 27 tahun dalam operasi polis trafik berhampiran Plaza Tol Grand Saga, Lebuh raya Cheras-Kajang di sini.
Bagaimanapun kata-kata menagih simpati itu hanyalah sekadar alasan bagi mengelakkan dirinya ditahan sepasukan anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang menahan motosikal ditunggang suspek bersama wanita berkenaan.


Pegawai Penguat Kuasa Trafik Selangor, Asisten Superintendan Hambazi Abdul Rahman berkata, ketika disiasat, wanita Indonesia terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah memasuki negara ini selain memberikan alasan permitnya berada pada majikan lama.


“Lelaki tempatan dikenali sebagai Bidin itu mendakwa mengenali wanita terbabit di Seremban apabila wanita itu memberitahunya mahu mencari pekerjaan baru sebelum dibawanya ke sebuah kilang di Batu 10, Cheras untuk mendapatkan kerja sebagai pekerja kilang pelupusan al-Quran.


“Siasatan turut mendapati lelaki terbabit sudah tamat tempoh lesen menunggang motosikal dan tidak mempunyai cukai jalan yang sah,” katanya.


Katanya, wanita terbabit yang disoal siasat mendakwa dia bertindak melarikan diri daripada majikan lamanya dengan memberikan alasan mahu mencari pekerjaan baru dengan pendapatan yang lebih lumayan.


“Kami (trafik) terpaksa menahan wanita itu sebelum membebaskannya apabila majikan lamanya yang dihubungi datang membawa permit kerja sebagai bukti,” katanya.



klik artikel penuh HARIAN METRO 13.10.2010

Tiada ulasan:

PERINGATAN

Kerja-kerja dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri dan Mufti Malaysia.

Sila hubungi 03-26933049,26915184 @ 019-3376159 (Rahmat Mahdan) untuk mengetahui kadar caj perkhidmatan terkini.

Firman Allah s.w.t
“Syaitan menjanjikan kemiskinan kepada kamu
(bersedekah amal jariah) dan menyuruh kamu berbuat kejahatan, dan
Allah menjanjikan kepadamu ampunan dan kurnia-Nya.
Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui”
Al-Baqarah : 268

Kerjasama anda kami hargai.

Bersamalah kita menjaga kesucian AL-QURAN.

Buku Pelawat


ShoutMix chat widget