Pengerusinya, Azhari Othman, berkata "jika dibimbing dan dilatih dengan bersungguh-sungguh, tidak mustahil peserta tilawah terdiri daripada saudara baru itu layak menjadi wakil untuk menyertai majlis tilawah peringkat kebangsaan. Keberanian beberapa peserta membaca secara bertaranum membuktikan mereka sudah berjinak-jinak dengan ilmu pembacaan al-Quran secara berlagu dan hanya perlu diasah oleh guru berpengalaman".
Kehebatan saudara baru Islam diuji "Majlis Tilawah Al-Quran Saudara Muslim kali ke-4"
KOLEKSI GAMBAR PERUBAHAN KOTA MEKAH
TAHUKAH ANDA, PERUBAHAN KOTA MEKAH TELAH DI RANCANG SEJAK
50 TAHUN DAHULU...?

PENGIKTIRAFAN RASULULLAH DI MADINAH
perlembagaan (negara) yang
terawal ditulis di muka bumi
ini?
Jangan sekali-kali jawapan anda itu dikaitkan dengan kehebatan empayar atau kerajaan, baik Rom mahupun Parsi yang terlebih dahulu wujud sebelum terbentuknya kerajaan Islam di Madinah.
PERINGATAN TERAKHIR SEBELUM RASULULLAH S.A.W WAFAT
BERPERANG POLITIK DI MASJID....? INSAFLAH...
Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) merupakan pusat kegiatan Jamaah Muslimin.
Ia bukan setakat tempat beribadat dan sembahyang bahkan sebagai tempat beribadat, markaz ilmu, kelab sastera, parlimen, tempat perkenalan, tempat berkumpulnya rombongan-rombongan yang datang dari seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab, tempat Rasulullah (s.a.w.) membuat pertemuan dengan mereka dan tempat Rasulullah (s.a.w.) menyampaikan khutbah dan tunjuk ajarnya tentang seluruh kehidupan sama ada urusan keagamaan, kemasyarakatn dan pentadbiran.
Membaca Al-Quran perlu mengikut Qiraat yang tepat dan betul
Al-Quran juga boleh didapati dalam bentuk cekera padat, rakaman suara, capaian dalam Internet, dimuat dalam telefon bimbit dan sebagainya. Namun pencapaian yang mengagumkan pada hari ini tidak akan dikecapi jika ulama terdahulu tidak mengambil berat tentang penulisan al-Quran, hafalan, pengajaran dan penyebarannya.
SEJARAH AL-QURAN

- Ia membawa maksud ‘bacaan’, berasal dari perkataan qara’a.
- Kata al-Quran berbentuk masdar dengan erti isim maf’ul yakni maqru’ (dibaca).
- Tujuan utama al-Quran diturunkan adalah untuk dibaca, dihafal, dihayati, diimani dan diamalkan.
Firman Allah SWT bermaksud: Sesungguhnya mengumpulkan al-Quran (di dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan Kami. (Kerana itu), jika Kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikutinya. (al-Qiyaamah: 17-18).
3 Tan Al-Quran dan Bahan Bacaan Agama Dihantar Oleh Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) Untuk Dilupuskan

PUSAT PELUPUSAN DI KUNJUNGI LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

RM60,120.00 BERJAYA DIKUTIP OLEH KOPERASI MASJID NEGERI PERAK
Pada 13 Okotober 2010, Pihak PERCETAKAN SAUFI telah menghantar Al-Quran yang telah diwakafkan di IPOH,PERAK. Sebanyak RM60,120.00 berjaya dikutip melalui sumbangan orang ramai di negeri ini. Program Wakaf Al-Quran ini, anjuran bersama Percetakan Saufi dengan badan KOPERASI MASJID NEGERI PERAK. Jumlah naskah yang telah dihantar sebanyak 2004 naskah. Jutaan Terima Kasih kepada para penyumbang. Diharap, ianya akan mendapat sambutan yang lagi di negeri PERAK. Bersama-sama kita jayakannya.
Rencana Akhbar KOSMO! : 'Diracik, dimandi dan dikebumi'

KOSMO! ONLINE
JOM...! ZIARAH MADINAH

Ingatlah....kepada mereka yang belum pergi kesana, jangan sia-siakan hidup anda kerana tidak dapat menziarahi RASULULLAH. Ziarahilah Baginda jika anda telah cukup duit.
Saya dengan keluarga telah pergi beberapa kali menunaikan umrah dan haji. Tempat-tempat ziarah di Madinah memang banyak yang perlu dilawat. Kalau duduk di Madinah 2 minggu, baru puas ziarah. Disini saya ingin kongsi menceritakan diantara tempat-tempat yang paling penting kita ziarahi.
Jom...! kita lawat Madinah..
BAGINDA RASULULLAH BERI PERINGATAN KEPADA KITA
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI UTUSAN MALAYSIA : 15 0KTOBER 2010
SHEIKH al-Maraghi berkata: "Setelah Allah SWT menerangkan ancaman kepada orang yang menyeleweng fikirannya daripada dalil yang menunjukkan kewujudan dan keEsaan Allah SWT, perutusan para rasul Allah, hari kebangkitan dan penghisaban amal, lalu disuruh memberi janji kepada orang yang membersihkan jiwanya daripada kotoran syirik dan taklid yang diwarisi daripada nenek moyangnya.
LAPORAN BAJET 2011 : PERNIAGAAN
PEMBENTANGAN BAJET 2011 OLEH PERDANA MENTERI
2010/10/15
KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, hari ini:
MENIPU AL-QURAN....? Hanya nak melindungi seorang wanita indon, sanggup menggunakan "TAPAK PELUPUSAN AL-QURAN"
Pihak PERCETAKAN SAUFI terkejut dengan berita akhbar pada 13 OKTOBER 2010, HARIAN METRO bertajuk "KENAL SEJAM BAWA PADAH" seseorang yang bernama Bidin, telah menjual nama "TAPAK PELUPUSAN AL-QURAN" bagi tujuan menyelamatkan seorang wanita warga asing indonesia yang tanpa permit perjalanan yang sah. Beliau berkata kepada pihak polis, ingin membawa wanita tersebut ke "Tapak Pelupusan Al-Quran" untuk mendapatkan kerja di tempat berkenaan. Pihak kami berasa kesal dengan perbuatan lelaki berkenaan yang sanggup mempergunakan tempat pelupusan al-Quran kami, bagi tujuan melindungi seorang wanita baru dikenali, yang melanggar undang-undang negara. Disini pihak Percetakan Saufi ingin membuat kenyataan, bahawa pihak kami tiada kaitan dan hubungan dengan lelaki berkenaan. Diharap pihak media dan masyarakat tidak terpedaya dengan kenyataan lelaki yang bernama "BIDIN" ini. Pihak kami cuba mencari lelaki terbabit bagi mendapat penjelasan berhubung perkara berkaitan. Entri ini tulis semata-mata untuk menjaga nama baik dan reputasi Percetakan Saufi dan Tapak Pelupusan Al-Quran.
Al-Quran dan Islam dihina oleh orang Kristian dan Yahudi

Ekoran tindakan Jones itu, umat Islam telah tampil menemui paderi tersebut dengan tawaran untuk membeli kitab-kitab al-Quran tersebut bagi mengelakkannya dibakar.
Surah Al-A'la dan Surah Ghasiyah, Rasulullah Cintai
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
Syed Qutub berkata, dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dari al-Imam Ali Karamallahu Wajhahu, bahawa Rasulullah SAW kasihkan surah al-A'la.
Tersebut di dalam Sahih Muslim bahawa baginda membaca surah al-A'la dan al-Ghasiyah dalam solat dua hari raya dan hari Jumaat.
Baginda juga membaca kedua-dua surah itu untuk sembahyang hari raya dan sembahyang Jumaat yang jatuh pada hari Jumaat.
Syed Qutub berkata, dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dari al-Imam Ali Karamallahu Wajhahu, bahawa Rasulullah SAW kasihkan surah al-A'la.
Tersebut di dalam Sahih Muslim bahawa baginda membaca surah al-A'la dan al-Ghasiyah dalam solat dua hari raya dan hari Jumaat.
Baginda juga membaca kedua-dua surah itu untuk sembahyang hari raya dan sembahyang Jumaat yang jatuh pada hari Jumaat.
KITAB SUCI AL-QURAN DILUMURKAN DENGAN NAJIS....? SUBAHANALLAH...

حسبنا الله ونعم الوكيل
ساحر يعمل العقد في 50 مصحفاً ويمتهنها بالنجاسات
«الجزيرة» – وهيب الوهيبي
تمكنت هيئة الفاروق والفيصلية من تطهير أكثر من خمسين مصحفا من النجاسات بعد أن قام أحد السحرة بامتهانها
بالنجاسات ووضع بعض العقد السحرية على كل مصحف، وشرع رئيس الهيئة عادل بن طاهر المقبل وأعضااء الهيئة
في تطهير المصاحف وتطييبها بأجود أنواع الطيب.
في هذا الصدد رحبت هيئة الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر بالتعاون مع رجال الهيئة وإبلاغهم عن السحرة والمشعوذين
حماية للمجتمع من شرورهم وسلوكياتهم.
Kitab Al-Quran ini digunakan untuk menunaikan perjanjian syaitan diantara ahli sihir dan mereka yang datang bertemu dengan tukang sihir dengan tujuan untuk mendapatkan rawatan.
RAHSIA SURAH AL-FATIHAH
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ diwaktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.
SEJARAH PENGUMPULAN DAN PEMBUKUAN AL-QURAN
Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy.Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman Abdillah bin Habibi Sulami daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Sabith dan Ubai bin Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin Abdullah(Nabi SAW).
AL-QURAN yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw melalui beberapa cara iaitu:
- Jibril memasukkan ke dalam hati Baginda dalam keadaan Baginda tidak melihat apa-apa, hanya Baginda berasa bahawa wahyu itu berada dalam hatinya.
- Malaikat memperlihatkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan mengucapkan ayat kepada Baginda sehingga Baginda benar-benar dapat menghafaz ayat yang diturunkan itu.
- Wahyu datang kepadanya berserta bunyi loceng. Ini adalah cara yang paling berat dihadapi oleh Baginda sehingga keadaan baginda sangat panas walaupun ketika itu cuaca sangat sejuk.
- Jibril memperlihatkan dirinya yang sebenar sepertimana yang dialami oleh Baginda sewaktu turunnya ayat surah al-Muzammil.
- Allah menurunkan al-Quran ke Luh Mahfuz secara sekali gus bukannya secara beransur-ansur. Firman Allah dalam surah al-Buruj ayat 21 - 22 yang bermaksud: “Bahkan apa yang didustakan mereka itu ialah al-Quran yang mulia, yang tersimpan dalam Luh Mahfuz.”
- Dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia juga diturunkan sekali gus. Firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan ayat 3 maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran di malam yang penuh keberkatan.” Firman-Nya lagi dalam surah al-Qadar ayat 1 yang bermaksud:“ Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr.” Firman-Nya lagi dalam surah al-Baqarah ayat 185 maksudnya:“Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran.”
- Turun dari langit dunia kepada Nabi saw melalui perantaraan Jibril bermula tanggal 17 Ramadan .
Firman Allah dalam surah as-Syura ayat 192-195 maksudnya:
“Dan sesungguhnya al-Quran itu benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dibawa turun oleh Ar-Ruhul Amin (Jibril) ke dalam hatimu (Muhammad saw) supaya kamu menjadi salah seorang di antara orang yang memberi peringatan dengan bahasa Arab yang jelas.”
Setiap ayat yang dibawa oleh Jibril dihafaz oleh Nabi SAW kemudian baru dibacakan kepada sahabat. Nabi saw menghafaznya betul-betul bimbang jika tertinggal perkataan tertentu atau huruf tertentu.Baginda mengulangi bacaan ketika Qiamullail(bangun malam) dan solat. Setiap tahun sekali Nabi SAW ditasmi (mendengar dan membetulkan) bacaannya oleh Jibril(Angel Gabriel) dalam bulan Ramadan secara bertadarus. Pada akhir hayat Baginda, Jibril mentasminya sebanyak dua kali.Sahabat berusaha dan bersungguh-sungguh menghafaz dan mempelajari serta memahaminya dengan menjauhi kenikmatan tidur dan rehat. Sebagaimana Rasulullah saw, sahabat turut memanfaatkan masa malam mereka untuk memantapkan hafalan mereka. Di antara huffaz(penghafaz/ penghafal Al-Quran) terkenal daripada sahabat iaitu empat orang Khulafa Ar-Rasyidin (Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali bin Abi Talib), Talhah, Ibnu Mas’ud, Huzaifah, Abu Hurairah, Ibnu Omar, Ibnu Abbas, (Ai’syah dan Hafsah){isteri Rasullullah). Termasuk daripada orang-orang Ansar(penduduk asal Kota Madinah) seperti Ubai bin Ka’ab, Muaz bin Jabal, Zaid bin Thabit, Abu Darda’ dan Anas bin Malik. Pada masa sama, Nabi SAW melantik beberapa sahabat sebagai penulis wahyu.Mereka menulisnya sebagai salah satu teori pembelajaran berkesan setiap kali wahyu turun sebagai tambahan dalam hafalan supaya tidak hilang begitu saja.
Di antara penulis itu ialah empat Khulafa’ Ar-Rasyidin, Muawiyah bin Abu Sufian, Khalid bin al-Walid, Ubai bin Kaab dan Zaid bin Thabit. Penulisan pada waktu itu hanya dibuat diatas kulit kayu,batuan,kulit haiwan dan kain-kain sahaja berikutan kertas belum diketemukan.
Pada masa itu iaitu sewaktu Rasulullah SAW masih hidup, ayat al-Quran tidak dihimpunkan dalam satu mashaf(teks lengkap yang berbuku).
Ini disebabkan kepada beberapa faktor iaitu:
- Tidak ada faktor yang membolehkan untuk dikumpul satu mashaf daripada kemudahan penulisan, sedangkan sewaktu itu ada ramai huffaz(penghafal Al-Quran) dan qurra’(pembaca Al-Quran).
- Ada di antara ayat yang diturunkan itu nasikh dan mansukh(hukum atau ayat yang bertukar disebabkan perkara tertentu) .
- Ayat al-Quran tidak diturunkan sekali gus, tetapi beransur-ansur.
- Setiap ayat yang turun adalah atas satu-satu faktor, sebab dan peristiwa.
Pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah ramai huffaz mati dalam peperangan Yamamah iaitu hampir 70 orang. Lalu Saidina Umar mencadangkan kepada Saidina Abu Bakar supaya dihimpunkan helaian ayat-ayat Al-Quran yang ditulis berasingan sebelumnya kerana bimbang akan kehilangannya dengan sebab kematian huffaz dan qurra’.
Pada mulanya beliau ragu-ragu kerana Nabi SAW tidak pernah melakukannya dan takut seandainya berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat al-Quran. Selepas dibincang dengan teliti, atas alasan maslahah dan menyedari bahawa ia adalah satu wasilah yang paling agung untuk memudahkan menghafaznya serta mengelakkan daripada hilang dan luput, maka Saidina Abu Bakar bersetuju untuk dikumpulkan ayat al-Quran itu. Maka dipanggil beberapa huffaz dan penulis wahyu zaman Nabi saw yang masih hidup antaranya Zaid bin Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran. Al-Quran kemudian ditulis oleh Zaid hasil pengumpulan daripada lembaran yang ada dan akhirnya diikat kemas, tersusun turutan ayatnya sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulallah SAW.
Mashaf ini diserahkan kemudiannya kepada Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatannya, diserahkan pula kepada Saidina Umar al-Khattab. Selepas beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah, isteri Rasulullah SAW yang juga anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan dan penyusunan Al-Quran pada zaman Khalifah Uthman.
Apabila berlaku pertentangan dari sudut bacaan ayat Al-Quran (disebabkan kemunculan ilmu Qiraat yang telah diizinkan Nabi Muhammad sebelumnya), ia akhirnya memaksa kepada tindakan Khalifah Uthman untuk membukukan Al-Quran. Maka dibentuk satu jawatankuasa penyelaras dalam usaha membukukannya.
Pada peringkat awal,jawatan kuasa penyelaras Al-Quran itu telah membukukan sebanyak 6 buah naskah Al-Quran iaitu untuk dipegang oleh Khalifah Uthman bin Affan sendiri,naskah dihantar ke Kota Basrah,naskah kepada kota Kufah dan kota Syam serta sebuah naskah ke kota Madinah Al-Munawwarah dan sebuah lagi ke kota Makkah Al-Mukarramah. Manakala,kemudiannya diciptakan 2 buah naskah khas yang disalin terus dari naskhah Khalifah Saidina Uthman bin Affan untuk pegangan Sheikh Umar Dany dan Sheikh Abu Daud Sulaiman bin Najah.Dua salinan baharu itu hanya digunakan tatkala timbulnya perselisihan berkenaan teks salinan sebenar Kitab suci Al-Quran, serta membetuli akan keraguan dalam mashaf Al-Quran enam buah seperti yang dinyatakan diatas, akibat timbul dari perbezaan sebutan dan periwayatan imam-imam Qiraat.
Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy.Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman Abdillah bin Habibi Sulami daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Sabith dan Ubai bin Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin Abdullah(Nabi SAW).
Manakala cara membarisnya pula adalah diambil daripada apa yang telah diakui kesahihannya oleh para Ulama seperti yang dibandingkan dalam Kitab “At-Tarazu Ala Dhabtil Kharazi” karangan Imam At-Tanassi dengan mengambil tanda-tanda Al-Khalil bin Ahmad dan Para pengikut daripada kalangan(Masyariqah) Masyarakat Al-Quran,gantian daripada tanda-tanda yang disepakati oleh orang Andalusia(di Spanyol) dan orang-orang Maghribi.
Akhirnya terhasillah apa yang dinamakan Mashaf Uthmani hasil penggemblengan tenaga oleh Zaid bin Thabit sebagai ketua, Abdullah bin Zubair, Said bin Ash dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam.
Akhirnya mashaf Uthmani itu bertebaran ke seluruh dunia yang menjadi panduan umat Islam yang paling utama hingga hari ini.
Nota: Walaupun Al-Quran yang telah distandardkan mengikut resam mashaf Uthmani sekarang,namun masih ada lagi saki baki kitab-kitab Suci Al-Quran mengikut resam yang berlainan seperti Al-Quran Muhammad(Quranul Majid),Mashaf Madinah dan lain-lain.Hal ini disebabkan Al-Quran tersebut diselaraskan dengan bacaan sesuatu pegangan imam Qiraat(Imam-imam Syatibi) yang khusus,tidak mengikut standart bacaan Arab Quraisy yang dipersetujui bersama.Namun begitu ayat-ayat Al-Quran dalam Teks resam yang lain dari mashaf Uthmani tidak mengubah akan ayat-ayat dan maksud Al-Quran itu,Cuma mungkin berlainan dari segi tanda baris akibat dari sebutan yang diriwayatkan oleh imam-imam Qiraat yang berlainan.Namun diharapkan Al-Quran versi bukan mashaf Uthmani diminta untuk tidak dibuat bacaan ataupun hafalan bagi mengelakkan kekeliruan.
Sila Layari : http://lupusquran.blogspot.com/
IBADAH WAKAF

Langgan:
Catatan (Atom)
PERINGATAN
Kerja-kerja dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri dan Mufti Malaysia.
Sila hubungi 03-26933049,26915184 @ 019-3376159 (Rahmat Mahdan) untuk mengetahui kadar caj perkhidmatan terkini.
Firman Allah s.w.t
“Syaitan menjanjikan kemiskinan kepada kamu
(bersedekah amal jariah) dan menyuruh kamu berbuat kejahatan, dan
Allah menjanjikan kepadamu ampunan dan kurnia-Nya.
Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui”
Al-Baqarah : 268
Kerjasama anda kami hargai.
Bersamalah kita menjaga kesucian AL-QURAN.