Memaparkan catatan dengan label ISLAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISLAM. Papar semua catatan

FATWA : Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Hukum Syarak



Pemakaian inai seringkali digunakan kepada mereka yang ingin menuju ke alam rumahtangga. Ada dikalangannya membuat pelbagai jenis corak dan ukiran di tangan dan di kaki.

Mari kita renungkan bersama hadis ini...

Dari Ibnu Umar ra katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu"..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim). 

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz : " inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari". Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya.. wallahu'alam... * Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur.




Adakah ia hanya semata-mata fesyen @ mengikut adat resam...?

Apa Hukumnya...mengikut fatwa?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1.  Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2.  Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3.  Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum
     membencinya.

4.  Orang lelaki yang melarikan diri.

5.  Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6.  Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7.  Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8.  Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9.  Orang-orang yang suka makan riba'.

10.  Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan
        yang keji dan mungkar."


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

TASAUF DAN SYARIAH....Ape yang anda tahu...?

DALAM kesempatan yang lepas kita telah menjelaskan kesilapan sesetengah golongan yang cenderung menuduh bidaah terhadap sesama Islam sedangkan tidak semua yang baharu dalam agama itu adalah bidaah secara hakiki. Seringkali yang dikatakanbidaah hasanah itu sebenarnya bukanlah bidaah melainkan dari sudut bahasa sahaja.

Aliran yang paling banyak dituduh dengan amalan bidaah adalah aliran tasauf sehingga ia teraniaya, ditohmah dan dipandang serong. Hanya segelintir manusia yang memandangnya dengan betul dan benar. Sebahagian besar ahli masyarakat melabelkan tasauf dan sufi dengan sifat-sifat yang tercela dan keji sehingga menjatuhkan hak penyaksian dan keadilan seseorang ahli tasauf. Mereka sampai berkata: "Si fulan tidak boleh dipercayai dan tidak boleh diterima khabarnya. Kenapa? Kerana dia adalah seorang Sufi!"

Namun demikian, apa yang menghairankan, orang-orang yang begitu lancang mencaci tasauf dan menentang ahli sufi ini pula, kerap mengutip kata-kata dan perbuatan ahli sufi untuk dijadikan bahan teks ucapan dan pengajaran mereka di atas mimbar-mimbar Jumaat dan kerusi-kerusi pengajian.

Mereka seolah-olah tidak berasa malu dan segan meminjam kata-kata imam-imam sufi ini untuk digunapakai dalam khutbah-khutbah dan majlis-majlis pengajian mereka. Kita seringkali mendengar mereka mengucapkan: Telah berkata al Fudhail ibn 'Iyadh r.a, telah berkata Junaid al Baghdadi r.a, telah berkata Hasan al Basri r.a, telah berkata Sahl al Tasturi r.a, telah berkata al Muhasibi r.a, telah berkata Bisyr al Hafi r.a dan sebagainya.

Adakah mereka tidak kenal siapakah insan yang meniti di bibir-bibir mereka itu? Nama-nama ulama yang mereka sebut merupakan pemuka-pemuka tasauf yang tidak asing lagi. Malah ulama inilah yang telah menyusun kaedah-kaedah ilmu tasauf dan telah mencapai kedudukan sebagai wali qutub (pangkat kewalian tertinggi). Kitab-kitab tasauf juga dipenuhi dengan kata-kata mereka, khabar-khabar dan biografi mereka. Tidak dapat dipastikan, sama ada orang yang mentohmah ahli tasauf ini benar-benar orang yang jahil ataupun buat-buat jahil? Atau mereka ini buta atau buat-buat buta?

Kita suka menaqalkan kalam imam-imam agama yang mereka ini adalah penyangga dan rijal tasauf. Apa yang kita kehendaki di sini adalah menaqalkan kalam mereka mengenai syariat Islam supaya kita mengetahui mawqif (pendirian) mereka yang sebenar. Kita wajib mengenali seseorang itu melalui dirinya sendiri. Dalam mengenali seseorang, dirinya sendirilah yang terbaik untuk menceritakan mengenai pendapatnya sendiri dan lebih dipercayai apabila dia menzahirkan apa yang ada di dalam hatinya.

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

KOLEKSI GAMBAR PERUBAHAN KOTA MEKAH

TAHUKAH ANDA, PERUBAHAN KOTA MEKAH TELAH DI RANCANG SEJAK
50 TAHUN DAHULU...?


PENGIKTIRAFAN RASULULLAH DI MADINAH

TAHUKAH anda, apakah

perlembagaan (negara) yang

terawal ditulis di muka bumi

ini? 

Jangan sekali-kali jawapan anda itu dikaitkan dengan kehebatan empayar atau kerajaan, baik Rom mahupun Parsi yang terlebih dahulu wujud sebelum terbentuknya kerajaan Islam di Madinah.

PERINGATAN TERAKHIR SEBELUM RASULULLAH S.A.W WAFAT

TAHUKAH ANDA DIMANA KUTBAH TERAKHIR
BAGINDA SAMPAIKAN?
9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah

BERPERANG POLITIK DI MASJID....? INSAFLAH...

Masjid dan surau adalah tempat yang paling suci untuk kita beribadah dan menuntut ilmu yang berguna. Bukan untuk dijadikan medan perang untuk berpolitik. Segelintir masyarakat di Malaysia, menggunakan tempat yang suci ini untuk mencerita segala keburukan orang lain. Bukan dengan memenuhi dengan aktiviti sihat. 


Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) merupakan pusat kegiatan Jamaah Muslimin. 



Ia bukan setakat tempat beribadat dan sembahyang bahkan sebagai tempat beribadat, markaz ilmu, kelab sastera, parlimen, tempat perkenalan, tempat berkumpulnya rombongan-rombongan yang datang dari seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab, tempat Rasulullah (s.a.w.) membuat pertemuan dengan mereka dan tempat Rasulullah (s.a.w.) menyampaikan khutbah dan tunjuk ajarnya tentang seluruh kehidupan sama ada urusan keagamaan, kemasyarakatn dan pentadbiran.

Membaca Al-Quran perlu mengikut Qiraat yang tepat dan betul

PENGGUNAAN teknologi pada hari ini dalam semua aspek kehidupan turut memberi kesan kepada penghasilan mushaf al-Quran. Jika dahulu al-Quran hanya ditulis dengan tangan sahaja, tetapi hari ini kitab suci itu dicetak dengan pelbagai bentuk dan hiasan yang menarik.

Al-Quran juga boleh didapati dalam bentuk cekera padat, rakaman suara, capaian dalam Internet, dimuat dalam telefon bimbit dan sebagainya. Namun pencapaian yang mengagumkan pada hari ini tidak akan dikecapi jika ulama terdahulu tidak mengambil berat tentang penulisan al-Quran, hafalan, pengajaran dan penyebarannya.

3 Tan Al-Quran dan Bahan Bacaan Agama Dihantar Oleh Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) Untuk Dilupuskan

20 Oktober 2010 Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP), telah menghantar Al-Quran serta bahan bacaan agama dan buku teks seberat lebih kurang 3 tan pada jam 4.15 petang. Bahan-bahan yang dihantar, telah dipungut setiap daerah Pahang melalui Pejabat Agama Islam Daerah. 3 orang pekerja telah menghantar ke Pusat Pengumpulan serta Pelupusan Al-Quran di Batu 10 Cheras.



BAGINDA RASULULLAH BERI PERINGATAN KEPADA KITA

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI  UTUSAN MALAYSIA : 15 0KTOBER 2010

SHEIKH al-Maraghi berkata: "Setelah Allah SWT menerangkan ancaman kepada orang yang menyeleweng fikirannya daripada dalil yang menunjukkan kewujudan dan keEsaan Allah SWT, perutusan para rasul Allah, hari kebangkitan dan penghisaban amal, lalu disuruh memberi janji kepada orang yang membersihkan jiwanya daripada kotoran syirik dan taklid yang diwarisi daripada nenek moyangnya.

Al-Quran dan Islam dihina oleh orang Kristian dan Yahudi

SAAT paderi tua, Terry Jones mengumumkan untuk membakar beratus-ratus kitab suci al-Quran di Dove Otreach Center, Florida Amerika Syarikat (AS) sebagai memperingati tahun kesembilan kejadian serangan 11 Sept 2001, umat Islam tidak boleh sekadar berdiam diri membiarkan ia berlaku.


Ekoran tindakan Jones itu, umat Islam telah tampil menemui paderi tersebut dengan tawaran untuk membeli kitab-kitab al-Quran tersebut bagi mengelakkannya dibakar.

IBADAH WAKAF






ALLAH mencipta Manusia dengan sebaik ciptaan. Manusia diberi akal dan fikiran untuk merancang kehidupan seharian. Kelebihan ini dianugerahkan oleh Allah tanpa mengira agama dan bangsa. Dengan kelebihan itu manusia diberti tugas untuk mentadbirkan dan memakmurkan dunia. Hanya dengan ilmu, akal yang diasaskan kepada iman menentukan bentuk amalan yang dilakukan oleh manusia. Justeru ilmu telah meningkatkan darjat dan martabat manusia lebih tinggi dari malaikat. Peristiwa Nabi Adam dengan malaikat seperti yang termaktub dalam al-Quran membuktikan demikian. Marilah kita mensyukuri dan menginsafi akan kelebihan yang telah Tuhan kurniakan ini dengan menambah dan meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah yang mencipta alam seluruhnya. Dialah yang memberi rezeki, memberi kesihatan tubuh badan, melanjutkan usia umur, mengurniakan kekayaan, kenikmatan hidup dunia dan sebagainya. Tanpa rahmat yang dilimpahkan, kehidupan manusia di dunia tidak akan sempurna.

PERINGATAN

Kerja-kerja dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri dan Mufti Malaysia.

Sila hubungi 03-26933049,26915184 @ 019-3376159 (Rahmat Mahdan) untuk mengetahui kadar caj perkhidmatan terkini.

Firman Allah s.w.t
“Syaitan menjanjikan kemiskinan kepada kamu
(bersedekah amal jariah) dan menyuruh kamu berbuat kejahatan, dan
Allah menjanjikan kepadamu ampunan dan kurnia-Nya.
Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui”
Al-Baqarah : 268

Kerjasama anda kami hargai.

Bersamalah kita menjaga kesucian AL-QURAN.

Buku Pelawat


ShoutMix chat widget