Fardhu Kifayah | Wakaf Al-Quran Dan Pelupusan Al-Quran Lama | Sumbangan Ikhlas Amal Jariah

Fardhu Kifayah | Wakaf Al-Quran Dan Pelupusan Al-Quran Lama bagi membantu serta menggantikan Al-Quran lama kepada pelajar-pelajar sekolah rendahmenengah, maahad tahfiz, masjid, surau, dan pondok yang dianjurkan oleh Percetakan Saufi.

Program Fardhu Kifayah | Wakaf Al-Quran Dan Pelupusan Al-Quran Lama ini bertujuan bagi membantu kepada mereka yang memerlukan Al-Quran yang baru. Khususnya pelajar sekolah pondok, dan pusat tahfiz. Disebabkan bilangan pelajar semakin hari bertambah. Adakalanya diantara pelajar tersebut menggunakan Al-Quran yang lama dan usang. Dengan cara ini, kita dapat membantu serta meringankan beban mereka yang tidak berkemampuan untuk membeli naskah Al-Quran yang baru untuk dibaca.



Program Fardhu Kifayah | Wakaf Al-Quran Dan Pelupusan Al-Quran Lama ini  juga dilakukan bagi memartabatkan kalamullah. Ianya dilakukan hanya di MALAYSIA sahaja.



Jika anda ingin membuat sumbangan bagi individu, badan-badan korporat, badan-badan kerajaan dan syarikat untuk program ini, kami alu-alu. Kami mengharap agar kita sama-sama dapat mengerjakan amal jariah yang mulia ini. 


AL-QURAN ini terbitkan mengikut penulisan MUSHAF RASM UTHMANI yang diiktiraf serta diluluskan oleh BAHAGIAN KAWALAN PENERBITAN & TEKS AL-QURAN, KEMENTERIAN DALAM NEGERI MALAYSIA dan telah mendapat kelulusan serta sokongan bagi menjayakan program ini.(lihat disini)


Firman Allah ;
“Syaitan menjanjikan kemiskinan kepada kamu
(bersedekah) dan menyuruh kamu berbuat kejahatan, dan
Allah menjanjikan kepadamu ampunan dan kurnia-Nya.
Allah Maha Luas dan Maha Mengethui”
Al-Baqarah : 268

SETIAP SUMBANGAN TIADA HAD.
SUMBANGAN MINIMUM : RM10.00.
HARGA BAGI SE-NASKAH AL-QURAN ADALAH: RM30.00

(termasuk penghantaran)


Setiap naskah yang telah diwakafkan akan dilabel penama didalam AL-QURAN dan dicop "WAKAF". Ini bererti AL-QURAN yang telah diwakafkan tidak boleh dijual beli bagi mengelak individu lain mengambil kesempatan untuk menjual semula.

SPESIFIKASI AL-QURAN RASM UTHMANI

Cetakan : Dicetak khas dari SYIRIA,LUBNAN
Kulit : warna (hitam,biru,hijau,merah) hotstamping gold + emboss (timbul)
Teks : Kertas berkualiti (cetakan 2 warna : hitam dan biru)

Saiz : 220mm x 150mm

Sumbangan boleh diterima melalui secara tunai,cek,bankdraf,wang pos,dan internet banking masukkan terus ke dalam akaun:


MAYBANK : 5640-9820-6424  (PERCETAKAN SAUFI)

Alamat Pejabat Urusan.

PERCETAKAN SAUFI
55, LORONG HJ. HUSSEIN SATU,
OFF JALAN RAJA MUDA
KAMPUNG BARU, 50300 KUALA LUMPUR.
03-2693 3049 begin_of_the_skype_highlighting            03-2693 3049      end_of_the_skype_highlighting (office) 03-2693 3051 (fax) 
RAHMAT MAHDAN : 019-3376159 begin_of_the_skype_highlighting            019-3376159      end_of_the_skype_highlighting 

Mohon kepada orang ramai dapat membantu serta memberi sumbangan ikhlas bagi mencukupkan Al-Quran kepada sekolah tahfiz,pondok,sekolah-sekolah.

"BERSAMA-SAMA KITA MENJAGA HARTA ALLAH"

Fardhu Kifayah | Wakaf Al-Quran Dan Pelupusan Al-Quran Lama










14 ulasan:

Pojie berkata...

Syabas diatas usaha yang pihak anda jalankan.Hanya Allah saja mampu membalas kebaikan hati pihak anda menjaga kesucian al-Quran

Tanpa Nama berkata...

asalamualaikum.saya nak tanya saya ini dari Sarawak.kalau saya nak memberi sedikit sumbangan untuk menolong percetakan al Quran untuk diwakafkan,cara apa yang harus saya buat.?Ada tak cara kalau kita sumbangkan melalui sms..?saya mengucap berbanyak terima kasih kerana telah melindungi ayat al Quran di muka bumi ini.Semoga Allah melancarkan segala yang kamu buat.Pasal soal tadi saya harap dibalas...

PERCETAKAN SAUFI berkata...

Admin: Jika tuan/puan ingin menghulurkan sumbangan, boleh salurkan terus ke dalam akaun MAYBANK yang tertera diatas. Sumbangan tiada had. Pihak kami tidak ada membuat sumbangan melalui sms (sistem pesanan ringkas). Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi saya pada nombor yang tertera.

Fuziani JSR berkata...

Alhamdulilah.... pihak anda telah memberi ruang kepada kami untuk bersedekah. InsyALLAH, saya akan memberi sedikit sumbangan. Semoga usaha pihak anda mendapat ganjaran dari ALLAH...

:: hayati :: berkata...

jemput singgh kt sini,
http://babygown.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

sy nak bertanya...sekiranya sy nak mewakafkan alquran lama,bleh ke kami mghantar alquran2 tersebut pada pihak tuan?

PERCETAKAN SAUFI berkata...

sekiranya pihak tuan/puan ade Al-Quran lama yang masih boleh dipakai, eloklah ia diberikan kepada Maahad Tahfiz @ Sekolah Pondok @ Rumah Anak Yatim. Pihak pengurusan, hanya menerima bahan cetakan yang tidak boleh digunakan sahaja yang tertera kalimah Allah. Bagi mereka yang ingin menyalurkan sumbangan ikhlas utk tujuan Wakaf Al-Quran, dialu-alukan. Al-Quran yang telah diwakafkan akan diedar mengikut peringkat.

BANIHASYIM-QURAISY MQTK berkata...

MOU MQTK DENGAN TUAN HAJI RAHMAT MAHDAN (PERCETAKAN SAUFI)
http://bobspek.blogspot.com/2011/03/mou-mqtk-dengan-tuan-haji-rahmat-mahdan.html?showComment=1300953408727#c5145023434811299727

Cik SHiNJU berkata...

As salam...

Ade acc cimb x?
Jika ade tlg emel ke shinju_lala@yahoo.com

TQ

Pelulupusan Al-Quran Lama berkata...

Sila Layari :

Perkhidmatan Pengurusan Pelupusan Ayat-Ayat Suci Al-Quran

Tanpa Nama berkata...

Tahniah semoga Allah memberkati

Tanpa Nama berkata...

salam tuan, boleh ka penderma mewakafkan kitab tersebut kepada penerima pilihan kita sendiri i.e.masjid kawasan tempat tinggal, rumah anak yatim?

Tanpa Nama berkata...

Assalam.masih aktif lagi kh program fardhu kifayah dan akaun Maybank anjuran Percetakan Saudi ni

Percetakan Saufi berkata...

Program Wakaf Al-Quran masih berjalan seperti biasa. Sumbangan anda amat diperlukan. Terima Kasih

PERINGATAN

Kerja-kerja dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri dan Mufti Malaysia.

Sila hubungi 03-26933049,26915184 @ 019-3376159 (Rahmat Mahdan) untuk mengetahui kadar caj perkhidmatan terkini.

Firman Allah s.w.t
“Syaitan menjanjikan kemiskinan kepada kamu
(bersedekah amal jariah) dan menyuruh kamu berbuat kejahatan, dan
Allah menjanjikan kepadamu ampunan dan kurnia-Nya.
Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui”
Al-Baqarah : 268

Kerjasama anda kami hargai.

Bersamalah kita menjaga kesucian AL-QURAN.

Buku Pelawat


ShoutMix chat widget