17 perkara mengundang azab kubur



Disebutkan oleh  Imam Ibn al-Qayyim Allah bahawa orang-orang dari kubur sedang disiksa kerana kejahilan  mereka tentang Allah  dan tidak melaksanakan perintah Allah SWT serta melakukan  dosa, Sesungguhnya azab kubur adalah  sebahgian daripada azab di negeri akhirat, kesan dari murka Allah SWT dan dosa hambanya, Azab Allah SWT berlaku mungkin disebabkan  dosa hati, mata, telinga, mulut, lidah, perut, kemaluan , tangan dan seluruh tubuh, Allah SWT murka keranan mati tanpa bertaubat. Maka azab kubur bergantung kepada dosa dan kemurkaan Allah SWT terhadap seseorang hambanya. Terdapat juga dosa yang akan ditambah azabnya atau dosa yang akan dikurangkan azabnya . Mereka yang  berkata benar atau yang berbohong semuanya mendapat balasan daripada Allah SWT.


Amaran Allah SWT terhadap dosa-dosa tersebut terlalu banyak diantaranya ialah :

1 – Mengumpat  dan memfitnah.
2 – Tidak beristbra’ semasa membuang air kecil.
3 – Solat tanpa membersihkan diri dengan sempurna.
4 – berbohong.
5 – Meninggal solat dan meremeh-remehkannya.
6 – Tidak membayar zakat.
7 – Berzina.
8 – Mencuri (pencurian).
9 -Khianat.
10 – mencari perselisihan di kalangan umat Islam atau menabur fitnah.
11 – Makan harta RIBA/ INTERES . ( fenomena berbahaya ini sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita)
12 – Tidak  membela  mereka yang  tertindas.
13 – Minum arak.
14 – Melabuhkan pakaian melebihi paras buku lali.
15 – Membunuh.
16 – Menghina  atau mencaci para sahabat.
17 – Mati semasa melakukan perkara bid’ah.

JAKIM TV: Dakwah Baru Cara Moden



SUATU ketika dahulu orang rasa jelik dengan karaoke. Tetapi kini siapa sangka dengan aktiviti karaoke, ia boleh menyatukan sebuah keluarga hanya dengan bersama-sama mendendangkan lagu-lagu ketuhanan yang dinyanyikan indah oleh artis Maher Zain.

Begitu juga beberapa tahun lalu, kita melihat anak-anak muda menggunakan walkman sambil mendengar lagu-lagu artis-artis kegemaran mereka. Jangan terkejut pula apabila ada di kalangan anak-anak muda zaman ini yang memakai pemain MP3 tetapi sebenarnya sedang i'adah(mengulang) al-Quran.

Malahan mengimbas kembali detik permulaan penggunaan Internet suatu masa dahulu, ia pada asalnya digunakan oleh ibu pejabat Jabatan Keselamatan Amerika Syarikat (AS), Pentagon. Tujuannya untuk berperang, tetapi kemudian ia digunakan dan menyelusup serta membudaya dalam semua aspek kehidupan masyarakat moden sekarang.

Begitu juga kerajaan Jerman yang mencipta kenderaan perang yang tidak menggunakan air kerana pada ketika itu mereka berperang di padang pasir. Namun apabila tamatnya peperangan, Jerman mencipta jenama kenderaan Volkswagen yang kini adalah antara kenderaan berprestij dan terunggul di dunia.

Hakikatnya, industri hiburan dan dunia pendidikan telah lama menggunakan gajet multimedia atau apa sahaja aplikasi terkini untuk mencapai matlamat masing-masing. Mungkin tidak mustahil ia boleh digunakan dengan lebih meluas sehingga kepada satu kaedah atau medium terkini dalam penyampaian mesej dakwah.
Pokoknya, apa juga cara yang dipilih, ia bergantung kepada cara kita memanfaatkan teknologi dan media baru ini. Lantaran itu, tepat dengan masanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil inisiatif memperkenalkan siaran televisyennya ke seluruh dunia melalui saluran Internet yang diberi nama Jakim.TV.

Aplikasi moden ini adalah sebahagian dari kemudahan MyAIM (Malaysian Authoritative Islamic Media). MyAIM adalah usaha Jakim menyediakan maklumat dan panduan tentang Islam dalam pelbagai media seperti media audio/video dan media cetak melalui Internet.

Ini juga selaras dengan usaha-usaha kerajaan menyediakan sebanyak mungkin kandungan tempatan yang berkualiti dari segala aspek, sebagai persediaan untuk mengimbangi kandungan luar yang negatif susulan dari penyediaan jalur lebar ke seluruh negara.

Buat permulaan, kebanyakan kandungannya adalah berbentuk video on demand (VoD), hasil produksi Bahagian Media Jakim dan video koleksi dan arkib rancangan RTM khususnya yang berkaitan dengan Islam.

Jakim.TV dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada 11 Januari 2011, sempena Majlis Perhimpunan Agensi-Agensi di bawah Menteri di JPM di Putrajaya.

Menurut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, kewujudan Jakim.TV ini juga dilihat sebagai satu lagi usaha terkini Jakim dalam mengisi seberapa banyak ruang yang ada untuk misi dakwahnya.

Apatah lagi, dakwah sebagaimana yang dikiaskan oleh tokoh terkenal dari Mesir iaitu Sheikh Mohammad Mutta'awali al Syakrawi: "Dakwah ini umpama air dari langit. Yang mana sifatnya suci bersih, apabila ia turun ke bumi ia akan menyelinap ke setiap ruang tanpa terkecuali."

Secara umumnya, kata beliau, Jakim tidak mahu ketinggalan dalam memanfaatkan media baru itu, lebih-lebih lagi menerusi Jakim.TV yang turut mensasarkan kepada satu lagi kelompok baru dan tidak sahaja golongan remaja tetapi juga golongan pesara.

"Ini kerana telah nampak trend di mana kumpulan ini semakin leka dengan perkembangan industri teknologi maklumat (IT). malah tidak terkejut sekiranya golongan yang sebelum ini buta IT kini semakin celik sehingga ada yang ketagih dengan apa yang ditawarkan oleh perkembangan drastik dunia ICT masa kini. Sekali gus mengubah persepsi orang ramai yang menganggap apa sahaja yang berkaitan aplikasi teknologi moden adalah untuk golongan muda," katanya.

Tambah Wan Mohamad, Jakim.TV juga bagaikan ensiklopedia pada skrin. Kalau sebelum ini untuk memperoleh maklumat kita terpaksa mengikut abjad, melalui Jakim.TV, banyak bahan popular semua agensi di bawah Menteri di JPM turut boleh dimuatkan.

Contohnya, Tabung Haji ada mengeluarkan pelbagai alat bantuan latihan untuk jemaah haji. Kadang-kadang, ada antaranya boleh digunakan semula sebagai proses pengukuhan. Jadi, televisyen Internet boleh menjadi alat pengukuhan tersebut.

Selain itu, penonton turut berpeluang berhubung secara interaktif. Ini bermaksud ketika menonton, seandainya ada sesuatu isu atau fakta yang perlu dicari, maka pada masa sama, penonton dilengkapkan dengan ciri-ciri interaktif, capaian dan carian kepada kandungan lain yang berkaitan seperti artikel, fatwa dan sebagainya. uniknya lagi, ia berlaku secara maya.

"Pendek kata, apabila seseorang itu melayari laman web Jakim, pada masa sama dia juga berpeluang mendapatkan semua maklumat pada satu tempat sahaja. Ia seolah-olah seperti sebuah perpustakaan, penyiaran televisyen dan akhbar dipusatkan di situ.

"Di samping itu, banyak juga yang kita dengar di mana orang bukan sahaja menonton televisyen tetapi lebih kepada mendengar televisyen.
"Justeru Jakim.TV juga boleh dijadikan alat untuk mendengar tanpa perlu menonton. Ia sebenarnya begitu mesra pengguna. Umpamanya, tugas surirumah yang sibuk. Sambil mereka sibuk di dapur, mereka juga berkesempatan untuk mendengar tanpa perlu menonton," kata beliau.

HARI JUMAAT : Sejarah, Fadhilat dan Kelebihan


JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.Antara peristiwa itu ialah:

1. Perkahwinan Nabi Adam dan Hawa
2. Nabi Yusuf dengan Zulaiha
3. Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib
4. Rasulullah saw dengan Khadijah
5. Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar
6. Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga."

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.

“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”


Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).

Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.


Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:

* Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.

* Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.

* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

* Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.

* Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.

* Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.

PERINGATAN

Kerja-kerja dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri dan Mufti Malaysia.

Sila hubungi 03-26933049,26915184 @ 019-3376159 (Rahmat Mahdan) untuk mengetahui kadar caj perkhidmatan terkini.

Firman Allah s.w.t
“Syaitan menjanjikan kemiskinan kepada kamu
(bersedekah amal jariah) dan menyuruh kamu berbuat kejahatan, dan
Allah menjanjikan kepadamu ampunan dan kurnia-Nya.
Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui”
Al-Baqarah : 268

Kerjasama anda kami hargai.

Bersamalah kita menjaga kesucian AL-QURAN.

Buku Pelawat


ShoutMix chat widget