Asas Halal Haram Dalam Islam | Makanan Siri 2


 

Asas Halal Haram Dalam Islam | Makanan Siri 2

Selepas kita memahami konsep kehalalan dan keharaman sesuatu makanan maka kali ini kita akan lihat kriteria atau bentuk-bentuk makanan yang diharamkan oleh Nash:
1. Bangkai haiwan:
Bangkai adalah semua haiwan yang mati tanpa disembelih dengan betul.
Contohnya:
1 - Al-munkhaniqah: Haiwan yang mati tercekik.
2 - Al-mauqudzah: Haiwan yang mati kerana dipukul (cth: dengan kayu, batang besi, atau seumpamanya)
3 - Al-mutaraddiyah: Haiwan yang mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi (mati terhempas).
4 – An-nathihah: Haiwan yang mati serta ditanduk oleh yang lainnya (mati kerana bergaduh sesama sendiri atau disebabkan haiwan yang lain).
5 – Haiwan yang diterkam, iaitu haiwan yang mati kerana diserang atau dicederakan oleh binatang buas. Tetapi sekiranya haiwan yang terluka/cedera itu ditemui sebelum mati lalu sempat disembelih, maka haiwan tesebut adalah halal.
Ciri-ciri di atas telah disebutkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam firmannya (bermaksud):
“Diharamkan ke atas kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh (terhempas), yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, melainkan yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu,) yang disembelih untuk berhala.” (Surah al-Ma’idah, 5: 3)
Termasuk di dalam kategori bangkai yang haram dimakan adalah semua bahagian haiwan yang dipotong darinya, padahal haiwan tersebut masih hidup.
Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
“Sesuatu yang dipotong dari binatang yang masih hidup adalah bangkai.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2841)
Walau pun begitu, di sana terdapat dua bangkai yang dikecualikan dari hukum di atas, iaitu bangkai ikan (hidupan air) dan belalang. Bangkai keduanya halal dimakan. Ini adalah berdasarkan hadis Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Dihalalkan bagi kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Dan dua jenis bangkai itu adalah bangkai ikan dan belalang. Manakala dua jenis darah itu pula adalah hati dan limpa.” (Hadis Riwayat Ahmad (no.5690). Lihat: Silsilah Hadis ash-Shahihah, no. 1118, Syaikh al-Albani)
2. Darah Yang Mengalir:
“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah…” (Surah al-Ma’idah, 5: 3)
Akan tetapi, adalah dimaafkan darah yang sedikit yang biasa ada pada badan haiwan sembelihan yang tidak dapat dihilangkan darinya.
Darah yang halal dimakan pula adalah:
Hati dan Limpa kerana ia tidak termasuk darah yang mengalir dan telah dijelaskan melalui hadis berikut:
“Dihalalkan bagi kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Dan dua jenis bangkai itu adalah bangkai ikan dan belalang. Manakala dua jenis darah itu pula adalah hati dan limpa.” (Hadis Riwayat Ahmad (no.5690). Lihat: Silsilah Hadis ash-Shahihah, no. 1118, Syaikh al-Albani)
3. Babi
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Diharamkan bagimu (memakan) ban gkai, darah, daging babi…” (Surah al-Ma’idah, 5: 3)
Para ulama telah bersepakat bahawa setiap bahagian dari babi adalah haram. Dan tujuan disebutkan (di dalam al-Qur’an) kata daging bahawa babi adalah haiwan yang biasa disembelih dengan tujuan diambil dagingnya.” (Ahkaamul Qur’aan, karya Ibnul ‘Arabi)
Demikian pula tidak ada perbezaan pendapat di antara para ulama bahawa lemak dan kulitnya juga adalah haram.
4. Haiwan yang disembelih atas nama selain Nama Allah
Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“.. (Daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Nama Allah.” (Surah al-Ma’idah, 5: 3)
Oleh karena itu, haram hukumnya memakan haiwan yang disembelih oleh seorang musyrik, Majusi dan orang yang murtad. Adapun sembelihan orang Nasrani dan Yahudi (Ahlul Kitab), maka halal dimakan selama mana tidak diketahui bahawa mereka menyebut selain Nama Allah.
Ini telah dijelaskan sebagaimana di dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’ala berikut:
“Dan makanan orang-orang yang diberi al-Kitab (ahlul Kitab) itu halal bagi-

mu…” (Surah al-Ma’idah, 5: 5)

lbnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata, “Makna makanan mereka di dalam

ayat ini adalah merujuk kepada sembelihan mereka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Ibnu Katsir rahimahullah pula menjelaskan di dalam tafsirnya:
“Ibnu ‘Abbas, Abu Umamah, Mujahid, Sa’id bin Jubair, ‘Ikrimah, ‘Atha’, al-Hasan, Makhul, Ibrahim an-Nakha’i, as-Suddi, dan Muqatil bin Hayyan mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Ahli Kitab ialah sembelihan mereka.”
5. Daging Keldai Yang Dipelihara
Sebagaimana dijelaskan di dalam hadis Anas radhiyallahu ‘anhu:
“…lalu seseorang berseru, “Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya melarang kamu memakan daging keldai peliharaan kerana keldai peliharaan tersebut najis”, maka panci-panci (periuk) ditumpahkan (untuk dibersihkan), kerana panci tersebut biasa mendidih dengan dagingnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5528)
Maka, dengan ini juga, ia turut menjelaskan bahawa:
Keldai liar adalah halal dimakan berdasarkan ijma’ para ulama.
Dari Abu Qatadah bahawasanya beliau bersama orang-orang yang sedang ihram, sementara dia tidak. Kemudian keldai liar mendatangi mereka, maka Abu Qatadah memburunya (membunuhnya) kemudian menyembelih seekor keldai betina dan sekelompok keldai itu. Maka mereka pun memakannya… (di dalam hadis tersebut dijelaskan bahawa para Sahabat bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa Sallam, lalu Nabi berkata kepada mereka, “Adakah kamu ada membawa sebahagian darinya?” “Kami membawa kakinya”, jawab mereka. (Abu Qatadah) berkata, “Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun mengambil dan memakannya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2854)
Ada pun berkenaan daging kuda, maka ianya adalah halal.
Daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, “Pada peristiwa Khaibar kami memakan daging kuda dan keldai liar manakala Nabi melarang kami memakan keldai peliharaan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 4219)
6. Daging haiwan dan burung yang buas
Daripada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
“Rasulullah melarang (memakan) setiap binatang buas yang memiliki taring dan burung yang memiliki kuku tajam.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1934)
Dan daripada Abuz Zubair, beliau berkata, “Aku bertanya kepada Jabir tentang wang (hasil penjualan) anjing dan kucing. Maka dia berkata, “Nabi melarangnya”.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1569)
7. Haiwan Jallalah (haiwan yang memakan kotor-kotoran)
Jallalah adalah semua jenis haiwan yang memakan najis, tidak kira sama ada ianya unta, lembu, kambing, ayam atau yang serupa dengannya.
Daripada Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, “Rasulullah melarang memakan daging jallalah serta susunya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no.3767. Disahihkan oleh al-Albani)
Namun, haiwan jallalah yang pada dasarnya halal, ia masih boleh dimakan dengan beberapa kaedah.
Jika haiwan jallalah dikurung selama tiga hari dan diberi makan dengan sesuatu yang baik, maka haiwan tersebut halal untuk disembelih dan dimakan.
Daripada Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu bahawasanya ia mengurung ayam yang biasa memakan sesuatu yang najis selama tiga hari.” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah, no.4660/8847, hadis ini sahih sebagaimana dijelaskan di dalam al-Irwaa’ al-Ghalil, no. 2504, Syaikh al-Albani)
8. Semua jenis haiwan yang diperintahkan syari’at untuk dibunuh
Segala jenis haiwan yang diperintahkan syari’at untuk dibunuh maka haram dimakan dengan kesepakatan seluruh ulama, di antaranya adalah gagak, burung helang, tikus, cicak padang pasir, ular, kala jengking, dan anjing liar (anjing yang tidak liar juga haram dimakan berdasarkan faktor yang lain).
Daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Ada lima binatang berbahaya yang dianjurkan untuk dibunuh di Tanah Haram, (iaitu) tikus, kala jengking, burung helang, burung gagak, dan anjing liar.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3314)
Daripada Sa’ad bin Abi Waqqas radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata,
“Nabi memerintahkan untuk membunuh cicak dan menamakannya fuwaisiqa.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 3238)
Daripada Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, “Dahulu kami pernah bersama Nabi di dalam sebuah gua dan telah turun kepada beliau surah al-Mursalaat dan kami mengambilnya dari mulut beliau yang masih basah, tiba-tiba keluar seekor ular menghampiri kami, lalu beliau berkata, “Bunuhlah ular itu…” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1830)
9. Semua jenis binatang yang dilarang syari’at untuk dibunuh
Semua jenis binatang yang dilarang syari’at untuk dibunuh, maka tidak halal untuk dimakan, di antaranya adalah semua jenis binatang yang disebutkan di dalam hadis Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu di mana dia berkata:
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang kami membunuh empat jenis binatang, (iaitu) semut, lebah, burung hud-hud dan burung shurad.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i, 5/189, dan Ahmad, 6/83, dengan sanad yang sahih)
Demikian juga dengan haiwan yang disebutkan di dalam hadis ‘Abdurrahman bin ‘Utsman, beliau berkata:
“Seorang tabib menyenaraikan ubat untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan menyebutkan katak sebagai ubatnya, lalu Rasulullah melarang untuk membunuh katak.” (Hadis Riwayat Ahmad, 3/453)
10. Semua jenis haiwan khabitsaat
Haiwan Khabisaat adalah haiwan yang berbahaya seperti memiliki bisa/racun, atau bahan kimia tertentu yang memudharatkan.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi makanan yang halal lagi baik…” (Surah al-Baqarah, 2: 168)
“… dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk…” (Surah al-A’raaf, 7: 157)

 

Asas Halal Haram Dalam Islam | Makanan Siri 2

Asas Halal Haram Dalam Islam | Makanan Siri 1


 

Asas Halal Haram Dalam Islam | Makanan Siri 1

Al-ath’imah adalah bentuk jama’ dan kata tha’aam, maknanya adalah sesuatu yang dimakan dan dicerna, sama ada ia berupa makanan asas atau yang selainnya.
Secara dasarnya semua makanan adalah halal, melainkan yang telah dijelaskan melalui nash/dalil bahawa makanan tersebut haram. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi makanan yang halal lagi baik…” (Surah al-Baqarah, 2: 168)
Dalam ayat lain Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Katakanlah, “Tidaklah aku temui dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, melainkan sekiranya makanan itu adalah bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi (kerana sesungguhnya semua itu kotor) atau binatang yang disembelih untuk selain Allah…”’ (Surah al-An’aam, 6: 145)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Mengapa kamu tidak mahu memakan (binatang-binatang yang halal) yang disebut Nama Allah ketika menyembelihnya, padahal sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan ke atasmu, melainkan apa yang kamu terpaksa memakannya…”(Surah al-An’aam, 6: 119)
Dengan ini, ia bermaksud:
1 – Makanan yang telah dijelaskan di dalam nash akan kehalalannya, maka ianya adalah halal.
2 – Makanan yang sama sekali tidak disentuh secara langsung oleh nash/dalil, maka ianya juga adalah halal.
3 – Makanan yang telah dijelaskan oleh nash bahawa ianya haram, maka ianya adalah haram.
Secara umumnya, semua makanan adalah halal, melainkan ada nash/dalil yang mengharamkannya.
“Katakanlah, “Terangkanlah kepadaku tentang rezeki yang diturunkan oleh Allah kepadamu, lalu kamu jadikan sebahagiannya haram dan (sehahagiannya) halal.” Katakanlah, “Adakah Allah telah memberikan izin kepadamu (dalam persoalan mengaharamkan dan menghalalkan) atau kamu hanya mengada-adakan sesuatu terhadap Allah?” (Surah Yunus, 10: 59)
Ketentuan awal di dalam pemisahan oleh syara’ di antara yang haram dan mubah (harus) dalam segala perkara, sama ada makanan, minuman atau yang selainnya adalah berdasarkan pemisahan di antara yang baik dan buruk.
Ini bermakna, segala perkara yang baik adalah halal hukumnya dan segala sesuatu yang buruk adalah haram hukumnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“… dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk…” (Surah al-A’raaf, 7: 157)
Di dalam ayat yang lain, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Supaya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dan yang baik dan menjadikan (golongan) yang buruk itu sebahagiannya di atas sebahagian yang lain…” (Surah al-Anfal, 8: 37)
Dengan ini, setiap mereka yang benar-benar memahami segala sesuatu yang diharamkan oleh Allah, niscaya dia akan mengetahui bahawa setiap yang diharamkan oleh Allah pasti memiliki kesan negatif terhadap badan atau akal, atau merupakan najis dan sesuatu yang dianggap buruk, atau memiliki hikmah yang lain yang sesuai dengan apa yang telah ditentukan oleh al-Khaliq (sang pencipta).

Selawat Fatih



الصّلاَةُ ْالفاتحِ

اَللَّهُمَّ صَلِّّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ 
وَاْلخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ وَالنَّاصِرِ اْلحَقِّ بِالْحَقِّ وَاْلهَادِي إِلَى صِرَاتِكَ اْلمُسْتَقِيْمِ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ ْالعَظِيْمِ 

Ya Allah, Limpahkanlah Rahmat Ta`dzim, Salam sejahtera, dan Keberkatan atas baginda kami Nabi Muhammad s.a.w. Pembuka sesuatu yang terkunci dan Penutup sesuatu yang terdahulu, dan Penolong Kebenaran dengan kebenaran, dan Penunjuk ke jalanMu yang lurus, Mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepadanya Baginda Dan salam sejahtera Allah, dan kepada keluarga baginda dan para sahabatnya, dengan haq kedudukannya serta kadarnya yang terbesar.


Kuasa Allah : Al-Quran dan RM2000 tidak hangus dalam satu kebakaran rumah di Kuching Sarawak

KUCHING 5 Mac - Hanya wang tunai sebanyak RM2,000 milik pekerja Indonesia yang diletakkan di dalam Al-Quran sempat diselamatkan, manakala sekurang-kurangnya tujuh keluarga lain tinggal sehelai sepinggang apabila kuarters pekerja sebuah kilang memproses arang di kawasan perindustrian Demak Laut di sini, ranap dijilat api tengah hari semalam.


Kebakaran sekitar jam 12:05 tengah hari disedari oleh pekerja tempatan yang tinggal tidak jauh dari kuarters tersebut yang seterusnya menghubungi para penghuni kuarters terjejas yang sedang bersiar-siar di bandar ketika itu.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Sarudu, 25, antara mangsa pertama sampai di tempat kejadian, memberitahu dia bergegas pulang selepas dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

Melihat keadaan rumah kayu sepanjang tujuh pintu itu yang hampir musnah, dia seterusnya cuba memasuki rumah tersebut dengan harapan dapat menyelamatkan beberapa dokumen penting termasuk wang tunai sebanyak RM2,000 yang diselitkan di dalam Al-Quran dalam almari.

Bomba yang sempat menghalang Sarudu daripada memasuki kawasan itu atas faktor keselamatan, bagaimanapun membantunya untuk mendapatkan Al-Quran tersebut. "Walaupun gagal menyelamatkan harta benda dan dokumen penting yang lain, tetapi saya bersyukur kerana wang sebanyak RM2,000 bersama Al-Quran ini berjaya diselamatkan," katanya.

Pada mulanya, katanya, dia menyangka wang itu tidak dapat diselamatkan berdasarkan keadaan luaran kitab suci itu yang agak terjejas oleh kebakaran.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Tabuan Jaya Tawan Lingem memberitahu, dua buah jentera dari balai bomba tersebut dan Padungan berserta 17 anggota dikerahkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12:15 tengah hari.

"Ketika kita tiba di tempat kejadian, keadaan rumah pekerja tersebut sudah 80 peratus musnah dan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 12:30 tengah hari," jelasnya.

Menurutnya, angka sebenar penghuni kuarters kediaman itu tidak dapat dipastikan memandangkan semua penghuni berada diluar ketika kejadian.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan - Sumber berita serta gambar 100% dari Utusan Borneo Online

Yang Mati Lebih Tajam Pendengarannya daripada yang Hidup

KETAJAMAN PENDENGARAN YANG TELAH MATI



Tanya :
"Apakah orang-orang yang di alam kubur mampu mendengar ucapan salam orang yang berziarah kepada mereka padahal dalam al Quran (Ar Rum: 52) “Maka sesungguhnya kamu tidak akan sanggup menjadikan orang-orang yang mati itu dapat mendengar….”


Jawab :
Dari penjelasan di dalam kitab Tafsir Ahkam, Imam Al Qurtubi menghuraikan bahwa ayat “Fainnaka laa tusmi’ul mautaa…” (maka sesungguhnya kamu tidak akan sanggup menjadikan orang-orang yang mati itu dapat mendengar….” ianya berkaitan dengan peristiwa pertanyaan sahabat Umar bin Khattab saat Rasulullah saw memanggil tiga orang pemimpin kafir Quraiys dalam perang Badar yang telah meninggal bebarapa hari.
Saat itu Rasulullah saw ditanya oleh Umar bin Khattab ra:


يا رسول الله تناديهم بعد ثلاث وهل يسمعون ؟ يقول الله إنك لا تسمع الموتى فقال : والذي نفسي بيده ما أنتم بأسمع منهم ولكنهم لا يطيقون أن يجيبوا


Ya Rasulullah, apakah engkau memanggil-manggil mereka yang telah meninggal tiga hari boleh mendengarkan panggilanmu. Bukankah Allah SWT telah berfirman dalam al quran: Innaka laa tusmi’ul mauta?

Lalu dijawab oleh Rasulullah saw : “Demi Dzat yang jiwaku ada dalam kekuasaan-Nya, tidaklah engkau sanggup mendengar mereka, mereka lebih mendengar daripada kamu hanya saja mereka tidak mampu menjawab.” (HR. Muslim dari Imam Anas ra)

Menurut hadits Shohihaini (Bukhari Muslim) Dari sanad yang berbeza-beza, Rasulullah saw pernah berbicara kepada orang-orang kafir yang gugur dalam perang badar saat mereka dibuang di sumur Quleb kemudian Rasulullah saw berdiri dan memanggil nama-nama mereka (ya fulan bin fulan 2x) “Apakah engkau telah mendapatkan janji dari Tuhanmu dengan benar, sedangkan saya telah mendapatkan janji yang benar pula dari Tuhanku.”



Dalam penjelasan kitab Tafsir Ibnu Katsir bahawa yang dipanggil oleh Rasulullah saw itu adalah: Abu Jahal bin Hisyam, Utbah bin Robi’ah dan Syaibah bin Robi’ah. Ketiganya itu adalah tokoh kafir Quraisy.

Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Anas bin Malik. Dalam riwayat lain menyebutkan bahawa orang yang mati apalabila sudah dikuburkan dan orang yang menguburkan itu kembali pulang, dia mampu mendengar gesekan suaranya.

Menurut Imam Al Qurtubi, orang yang sudah meninggal itu bukan bererti mereka tidak lenyap sama sekali juga tidak pula rosak hubungan dengan orang yang masih hidup. Tetapi yang meninggal itu hanya terputus hubungan antara roh dan badan dan hanya berpindah dari alam dunia ke alam kubur. (Tafsir ahkam Juz 7: hal 326).

Dengan demikian apakah orang yang meninggal itu boleh mendengar orang yang masih hidup saat bersalam atau lainya cukup jelas keterangan ayat dan hadits pada peristiwa perang Badar.

Untuk lebih jelasnya lagi, kita boleh mengkaji Kitab Ar Ruh karangan Ibnu Qoyyim Al Jauzi (Juz I halaman 5) yang menulis riwayat Ibnu Abdil Bar yang menerangkan kepada ketetapan sabda Rasulullah saw:

ما من مسلم يمر على قبر أخيه كان يعرفه في الدنيا فيسلم عليه إلا رد الله عليه روحه حتى يرد عليه السلام


“Orang-orang muslim yang melewati kuburan saudaranya yang dikenal saat hidupnya kemudian mengucapkan salam, maka Allah mengembalikan roh saudaranya yang meninggal itu untuk menjawab salam temannya.”

Bahkan menurut Ulama Salaf mereka telah ijma’ (sepakat) bahawa masalah orang yang mati mampu mengenal yang hidup pada saat ziarah bahkan mereka gembira atas dengan menziarahinya. Hal ini, kata Ibnu Qoyyim, merupakan riwayat atsar yang mutawatir Selengkapnya kata-kata Ibnu Qoyyim itu sebagai berikut:

والسلف مجمعون على هذا وقد تواترت الآثار عنهم بأن الميت يعرف زيارة الحي له ويستبشر به


Ibnu Qoyyim mengutip ungkapan Abu Bakar Abdullah bin Muhammad bin Abid biin Abidunya dalam kitab Kubur pada bab ma’rifatul mauta biziyaratil ahya. Menyebut hadits sebagai berikut:

عن عائشة رضى الله تعالى عنها قالت قال رسول الله ما من رجل يزور قبر أخيه ويجلس عنده إلا استأنس به ورد عليه حتى يقوم


Arti bebasnya: Dari Aisyah ra berkata: Rasulullah saw bersabda: “Siapa saja yang ziarah kubur saudaranya, kemudian duduk di sisi kuburnya maka menjadi tenanglah si mayat itu, dan Allah akan mengembalikan roh saudaranya yang meninggal itu untuk menemaninya sampai selesai ziarah.”

Mayat menjawab salam siapa saja orang yang meninggal dunia, akan menjawab salam baik yang dikenal mahupun yang tidak dikenalinya sebagaimana dalam sebuah riwayat hadits berikut:

عن أبى هريرة رضى الله تعالى عنه قال إذا مر الرجل بقبر أخيه يعرفه فسلم عليه رد عليه السلام وعرفه وإذا مر بقبر لا يعرفه فسلم عليه رد عليه السلام


Dari Abi Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda: “Apabila orang yang melawat kubur saudaranya kemudian memberi salam, maka akan dibalas salam itu, dan dia mengenal siapa yang menyalaminya. Demikian juga mereka (mayat lain) akan menjawab salamnya orang-orang yang tidak kenal.”

Waktu Ziarah yang baik



Satu ketika, Seorang lelaki dari Keluarga ‘Ashim Al Jahdari bercerita bahwa dia melihat Ashim al Jahdari dalam mimpinya setelah beliau meninggal dua tahun. Lalu lelaki itu bertanya:

“Bukankah Anda sudah meninggal?”

“Betul!”

“Lalu dimana sekarang?”

“Demi Allah, saya ada di dalam taman Syurga. Saya juga bersama sahabat-sahabatku berkumpul setiap malam Jumaat hingga pagi harinya di tempat (kubur) Bakar bin Abdullah al Muzanni. Kemudian kami saling bercerita.”

“Apakah yang bertemu itu jasadnya saja atau rohnya saja?”

“Kalau jasad kami sudah hancur, jadi kami berkumpul dalam roh”

“Apakah Anda sekalian mengenali kalau kami itu berziarah kepada kamu?”

“Benar!, kami mengetahui setiap petang Jumaat dan hari Sabtu hingga terbit matahari”

“Kalau hari lainnya?”

“Itulah fadilahnya hari Jumaat dan kemuliannya” (Cerita itu menurut Ibnu Qoyim bersumber dari Muhammad bin Husein dari Yahya bin Bustom Al Ashghor dari Masma’ dari keluarga Asyim Al Jahdari) Bahkan bukan petang Jumaat dan hari Sabtu saja, menurut riwayat Muhammad bin Husein dari Bakar bin Muhammad dari Hasan Al Qoshob berkata bahwa orang-orang yang meninggal para penziarah pada hari Jumaat dan hari sebelum dan setelahnya (Hari Kamis dan Sabtu).

Bentuk Salam

Ucapan salam yang disampaikan saat melewati makbaroh atau berziarah biasanya seperti yang banyak ditulis dalam kitab hadits yang sangat banyak adalah dengan ungkapan:

ألسلام عليكم دار قوم مؤمنين وإنا ان شاء الله تعالى بكم لاحقون


“Semoga keselamatan atas kamu wahai kaum mukminin yang ada di alam kubur, Insya Allah kami akan menyusul.”

Kesimpulan:Orang yang meninggal dengan izin Allah akan mendengar salam orang yang masih hidup dan mampu menjawabnya. Bahkan pendengaran mereka lebih peka daripada yang hidup.

Orang yang memberi salam kepada ahli kubur baik yang dikenal maupun tidak dikenal, merekapun akan menjawab salam kita.

Para ahli kubur akan merasa tenang apabila ada saudaranya yang menziarahi.

Orang yang berziarah, elok dilakukan pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Ucapan salam kepada ahli kubur yang tenang adalah ucapan: Assalamu ‘alaikum daara qoumin mu’mininina, wainna insya Allahu ta’alaa bikum laahikuum.

PERINGATAN

Kerja-kerja dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri dan Mufti Malaysia.

Sila hubungi 03-26933049,26915184 @ 019-3376159 (Rahmat Mahdan) untuk mengetahui kadar caj perkhidmatan terkini.

Firman Allah s.w.t
“Syaitan menjanjikan kemiskinan kepada kamu
(bersedekah amal jariah) dan menyuruh kamu berbuat kejahatan, dan
Allah menjanjikan kepadamu ampunan dan kurnia-Nya.
Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui”
Al-Baqarah : 268

Kerjasama anda kami hargai.

Bersamalah kita menjaga kesucian AL-QURAN.

Buku Pelawat


ShoutMix chat widget