Asas Halal Haram Dalam Islam | Makanan Siri 1


 

Asas Halal Haram Dalam Islam | Makanan Siri 1

Al-ath’imah adalah bentuk jama’ dan kata tha’aam, maknanya adalah sesuatu yang dimakan dan dicerna, sama ada ia berupa makanan asas atau yang selainnya.
Secara dasarnya semua makanan adalah halal, melainkan yang telah dijelaskan melalui nash/dalil bahawa makanan tersebut haram. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi makanan yang halal lagi baik…” (Surah al-Baqarah, 2: 168)
Dalam ayat lain Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Katakanlah, “Tidaklah aku temui dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, melainkan sekiranya makanan itu adalah bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi (kerana sesungguhnya semua itu kotor) atau binatang yang disembelih untuk selain Allah…”’ (Surah al-An’aam, 6: 145)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Mengapa kamu tidak mahu memakan (binatang-binatang yang halal) yang disebut Nama Allah ketika menyembelihnya, padahal sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan ke atasmu, melainkan apa yang kamu terpaksa memakannya…”(Surah al-An’aam, 6: 119)
Dengan ini, ia bermaksud:
1 – Makanan yang telah dijelaskan di dalam nash akan kehalalannya, maka ianya adalah halal.
2 – Makanan yang sama sekali tidak disentuh secara langsung oleh nash/dalil, maka ianya juga adalah halal.
3 – Makanan yang telah dijelaskan oleh nash bahawa ianya haram, maka ianya adalah haram.
Secara umumnya, semua makanan adalah halal, melainkan ada nash/dalil yang mengharamkannya.
“Katakanlah, “Terangkanlah kepadaku tentang rezeki yang diturunkan oleh Allah kepadamu, lalu kamu jadikan sebahagiannya haram dan (sehahagiannya) halal.” Katakanlah, “Adakah Allah telah memberikan izin kepadamu (dalam persoalan mengaharamkan dan menghalalkan) atau kamu hanya mengada-adakan sesuatu terhadap Allah?” (Surah Yunus, 10: 59)
Ketentuan awal di dalam pemisahan oleh syara’ di antara yang haram dan mubah (harus) dalam segala perkara, sama ada makanan, minuman atau yang selainnya adalah berdasarkan pemisahan di antara yang baik dan buruk.
Ini bermakna, segala perkara yang baik adalah halal hukumnya dan segala sesuatu yang buruk adalah haram hukumnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“… dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk…” (Surah al-A’raaf, 7: 157)
Di dalam ayat yang lain, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Supaya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dan yang baik dan menjadikan (golongan) yang buruk itu sebahagiannya di atas sebahagian yang lain…” (Surah al-Anfal, 8: 37)
Dengan ini, setiap mereka yang benar-benar memahami segala sesuatu yang diharamkan oleh Allah, niscaya dia akan mengetahui bahawa setiap yang diharamkan oleh Allah pasti memiliki kesan negatif terhadap badan atau akal, atau merupakan najis dan sesuatu yang dianggap buruk, atau memiliki hikmah yang lain yang sesuai dengan apa yang telah ditentukan oleh al-Khaliq (sang pencipta).

Tiada ulasan:

PERINGATAN

Kerja-kerja dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri dan Mufti Malaysia.

Sila hubungi 03-26933049,26915184 @ 019-3376159 (Rahmat Mahdan) untuk mengetahui kadar caj perkhidmatan terkini.

Firman Allah s.w.t
“Syaitan menjanjikan kemiskinan kepada kamu
(bersedekah amal jariah) dan menyuruh kamu berbuat kejahatan, dan
Allah menjanjikan kepadamu ampunan dan kurnia-Nya.
Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui”
Al-Baqarah : 268

Kerjasama anda kami hargai.

Bersamalah kita menjaga kesucian AL-QURAN.

Buku Pelawat


ShoutMix chat widget