PUSAT PELUPUSAN DI KUNJUNGI LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

Pusat pelupusan dan pembakaran al-Quran serta ayat-ayat suci, telah dikunjungi oleh LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA pada 14 Oktober 2010. Seramai 9 orang pegawai telah hadir. Seawal jam 9.30 pagi pegawai-pegawai berkenaan tiba di sini cheras batu 10 jalan cheras-kajang. Hampir 4jam lawatan kerja dilakukan. Sejak perkhidmatan ini di war-warkan oleh pihak media, pegawai dari LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA, telah tertarik dengan usaha Percetakan Saufi lakukan. Pihak kami telah mendapat panggilan dari jabatan berkenaan yang ini melihat sendiri proses pengumpulan,pembakaran dan pengebumian ayat-ayat suci secara lebih dekat lagi.




RM60,120.00 BERJAYA DIKUTIP OLEH KOPERASI MASJID NEGERI PERAK

Pada 13 Okotober 2010, Pihak PERCETAKAN SAUFI telah menghantar Al-Quran yang telah diwakafkan di IPOH,PERAK. Sebanyak RM60,120.00 berjaya dikutip melalui sumbangan orang ramai di negeri ini. Program Wakaf Al-Quran ini, anjuran bersama Percetakan Saufi dengan badan KOPERASI MASJID NEGERI PERAK. Jumlah naskah yang telah dihantar sebanyak 2004 naskah. Jutaan Terima Kasih kepada para penyumbang. Diharap, ianya akan mendapat sambutan yang lagi di negeri PERAK. Bersama-sama kita jayakannya.


Rencana Akhbar KOSMO! : 'Diracik, dimandi dan dikebumi'

Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada akhbar kosmo keluaran 18 Oktober 2010 bahagian RENCANA, memaparkan kaedah yang sempurna penuh dengan tertib cara melupuskan al-Quran lama serta bahan cetakan yang tertera kalimah Allah. Semenjak perkhidmatan ini di siarkan di akhbar dan di kaca televisyen pada pertengahan september, sambutan orang islam, semakin memberangsangkan. Lihat laporan Kosmo! dibawah.....

KOSMO! ONLINE



PERINGATAN

Kerja-kerja dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri dan Mufti Malaysia.

Sila hubungi 03-26933049,26915184 @ 019-3376159 (Rahmat Mahdan) untuk mengetahui kadar caj perkhidmatan terkini.

Firman Allah s.w.t
“Syaitan menjanjikan kemiskinan kepada kamu
(bersedekah amal jariah) dan menyuruh kamu berbuat kejahatan, dan
Allah menjanjikan kepadamu ampunan dan kurnia-Nya.
Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui”
Al-Baqarah : 268

Kerjasama anda kami hargai.

Bersamalah kita menjaga kesucian AL-QURAN.

Buku Pelawat


ShoutMix chat widget