IBADAH WAKAF
ALLAH mencipta Manusia dengan sebaik ciptaan. Manusia diberi  akal dan fikiran untuk merancang kehidupan seharian. Kelebihan ini dianugerahkan  oleh Allah tanpa mengira agama dan bangsa. Dengan kelebihan itu manusia diberti  tugas untuk mentadbirkan dan memakmurkan dunia. Hanya dengan ilmu, akal yang  diasaskan kepada iman menentukan bentuk amalan yang dilakukan oleh manusia.  Justeru ilmu telah meningkatkan darjat dan martabat manusia lebih tinggi dari  malaikat. Peristiwa Nabi Adam dengan malaikat seperti yang termaktub dalam  al-Quran membuktikan demikian. Marilah kita mensyukuri dan menginsafi akan  kelebihan yang telah Tuhan kurniakan ini dengan menambah dan meningkatkan lagi  ketaqwaan kita kepada Allah yang mencipta alam seluruhnya. Dialah yang memberi  rezeki, memberi kesihatan tubuh badan, melanjutkan usia umur, mengurniakan  kekayaan, kenikmatan hidup dunia dan sebagainya. Tanpa rahmat yang dilimpahkan,  kehidupan manusia di dunia tidak akan sempurna. 
Langgan:
Ulasan (Atom)
PERINGATAN
Kerja-kerja dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri dan Mufti Malaysia.
Sila hubungi 03-26933049,26915184 @ 019-3376159 (Rahmat Mahdan) untuk mengetahui kadar caj perkhidmatan terkini.
Firman Allah s.w.t
“Syaitan menjanjikan kemiskinan kepada kamu 
(bersedekah amal jariah) dan menyuruh kamu berbuat kejahatan, dan 
Allah menjanjikan kepadamu ampunan dan kurnia-Nya. 
Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui”
Al-Baqarah : 268
Kerjasama anda kami hargai.
Bersamalah kita menjaga kesucian AL-QURAN.


