Sebut sahaja Madinah, Mekah, Umrah, Haji, pasti merindui teramat sangat kepada mereka yang telah pergi ke sana untuk menunaikan ibadah. Jika di Mekah, mereka hanya rindu melakukan umrah dan haji. Di madinah pula, mereka rindukan MAKAM BAGINDA RASULULLAH. Ade yang rindu nak membeli belah di Madinah. Tetapi ade sesetengah mereka tidak tahu sejarah disekitar bandar Madinah. Jom, kita intai sejarah yang berada di madinah. Pasti lepas ni anda akan simpan duit untuk pergi kesana.Ingatlah....kepada mereka yang belum pergi kesana, jangan sia-siakan hidup anda kerana tidak dapat menziarahi RASULULLAH. Ziarahilah Baginda jika anda telah cukup duit.
Saya dengan keluarga telah pergi beberapa kali menunaikan umrah dan haji. Tempat-tempat ziarah di Madinah memang banyak yang perlu dilawat. Kalau duduk di Madinah 2 minggu, baru puas ziarah. Disini saya ingin kongsi menceritakan diantara tempat-tempat yang paling penting kita ziarahi.
Jom...! kita lawat Madinah..
