Kelebihan Surah Al-Mulk Selamatkan Dari Azab Kubur


Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

Perkuburan Baqi
2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir."


6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."


11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."

Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

Ibnu Arabi Yang Luar Biasa



Salah seorang ahli sufi besar dan berpengaruh dalam sejarah perkembangan tasauf dalam dunia Islam ialah Ibnu Arabi.Nama lengkapnya ialah Muhiddin Abu Abdullah Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah Hatimi al-Ta'i.

Beliau juga dikenali dengan gelaran Muhy ad-Din (Penghidup Agama) dan Sheikh al-Akbar(Guru Terbesar). Ibnu Arabi terkenal dengan doktrinnya tentang Wahdah al-wujud (kesatuan wujud) yang mengakibatkan beliau dikritik dan dikafirkan oleh ulama. Setelah berkelana ke pelbagai tempat, beliau menetap di Damsyik, Syria sampai akhir hayatnya. Di sana beliau merasakan peringkat terakhir perjalanannya yang juga merupakan peringkat kematangan kerohanian dan intelektualnya sebagai seorang ahli sufi.

Ibu Arabi terkenal dengan Fahaman Wahdah-al-Wujud. Menurutnya tidak ada sesuatu pun yang wujud kecuali Tuhan. Hanya ada satu kewujudan hakiki, iaitu Tuhan.

Segala yang ada selain Tuhan hanyalah tampakan lahiriah daripada-Nya. Kewujudan makhluk bergantung kepada kewujudan Tuhan, atau berasal daripada kewujudan Tuhan. Manusia yang sempurna (insan kamil) merupakan pusat tampakan diri Tuhan yang paling sempurna. Oleh sebab konsepnya ini, Ibnu Arabi dianggap kafir oleh ulama lain. Pengaruh Ibnu Arabi terhadap perkembangan tasauf, khususnya tasauf falsafah sangat luar biasa. Gagasan kesufian Ibnu Arabi tersebar ke seluruh dunia Islam dan mendapat pengikut yang tidak terhitung jumlahnya.



Di Indonesia, pemikiran Ibnu Arabi juga tersebar luas. Hal ini terbukti dengan banyaknya ulama yang membawa fahaman Wahdah al-wujud, seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumatrani, dan Abdus Samad al-Palimbani.

Ada sekitar 300 judul buku yang dihasilkan oleh Ibnu Arabi. Sebahagian besar ditulis semasa berkelana untuk menuntut ilmu. Antara karyanya yang terkenal ialah Futuhat al Makkiyyah (Penaklukan Makkah).Dalam karyanya itu, Ibnu Arabi menulis bahawa Allah SWT melalui malaikat yang menyampaikan ilham kepadanya. Kitab ini mengandungi huraian tentang prinsip metafizik, ilmu keagamaan dan pengalaman kerohanian Ibnu Arabi sendiri.



Fusus al-Hikam (Permata Hikmah) ialah karya Ibnu Arabi yang ditulis 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Menurut pengakuan Ibnu Arabi, karya ini diterimanya daripada Nabi Muhammad SAW dalam mimpinya, yang menyuruh beliau menyebarkannya kepada seluruh umat manusia agar mereka dapat mengambil manfaat daripada karya itu.

Kitab tersebut bertujuan memaparkan aspek tertentu kebijaksanaan Ilahi dalam konteks kehidupan 25 orang nabi dan rasul.





PERINGATAN

Kerja-kerja dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri dan Mufti Malaysia.

Sila hubungi 03-26933049,26915184 @ 019-3376159 (Rahmat Mahdan) untuk mengetahui kadar caj perkhidmatan terkini.

Firman Allah s.w.t
“Syaitan menjanjikan kemiskinan kepada kamu
(bersedekah amal jariah) dan menyuruh kamu berbuat kejahatan, dan
Allah menjanjikan kepadamu ampunan dan kurnia-Nya.
Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui”
Al-Baqarah : 268

Kerjasama anda kami hargai.

Bersamalah kita menjaga kesucian AL-QURAN.

Buku Pelawat


ShoutMix chat widget