PUSAT PELUPUSAN DI KUNJUNGI LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

Pusat pelupusan dan pembakaran al-Quran serta ayat-ayat suci, telah dikunjungi oleh LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA pada 14 Oktober 2010. Seramai 9 orang pegawai telah hadir. Seawal jam 9.30 pagi pegawai-pegawai berkenaan tiba di sini cheras batu 10 jalan cheras-kajang. Hampir 4jam lawatan kerja dilakukan. Sejak perkhidmatan ini di war-warkan oleh pihak media, pegawai dari LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA, telah tertarik dengan usaha Percetakan Saufi lakukan. Pihak kami telah mendapat panggilan dari jabatan berkenaan yang ini melihat sendiri proses pengumpulan,pembakaran dan pengebumian ayat-ayat suci secara lebih dekat lagi.






Kedatangan pegawai LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA di Pusat Pengumpulan dan Pelupusan disambut oleh Tn. Hj. Rahmat Mahdan. Sejurus tiba, pegawai berkenaan tidak sabar untuk melihat cara pemprosesan terbabit. Tn. Hj. Rahmat Mahdan memberikan sedikit taklimat kepada mereka semua.


Taklimat diberikan oleh Tn. Hj. Rahmat Mahdan, mendapat perhatian oleh pegawai-pegawai tersebut. Daripada proses pengumpulan, proses pengasingan, proses racik, proses pembakaran, dan proses pengebumian.


Mereka semua teruja melihat mesin pencarik yang begitu senyap tanpa bunyi bising. Dengan ketahan dan kekuatan mesin tersebut, salah seorang pegawai, ingin melihat dan mencuba. Mesin pencarik buatan anak tempatan yang menggunakan teknologi dari jerman mempunyai kapisiti untuk meleraikan kertas setebal 20 keping helaian kertas. Lebih kurang 30 saat meracik kertas sebanyak 10kg. Ini bermakna ketahan mesin tersebut tidak dapat dinafikan lagi.



Proses membakar pula, mereka semua dapat lihat mesin insinerator dengan lebih dekat lagi. Mereka tertarik dengan keunikan mesin tersebut. Satu kebanggaan buat mereka apabila mendapat tahu orang islam anak tempatan bumiputera dapat memiliki mesin tersebut. Mereka cuba bertanyakan kepada Tn. Hj. Rahmat Mahdan "berapa harga mesin ni...?" kata salah seorang pegawai tersebut. "Harganya saya tidak boleh beri tahu. Cuma saya ingin usaha ini, mendapat sambutan daripada orang ramai bagi memelihara kesucian kalam Allah" Tn. Hj. Rahmat Mahdan berkata. "Mesin Insinerator ini direka khas untuk melupuskan bahan yang bercetak kalimah Allah sahaja" Katanya lagi.


Hampir 30minit pegawai berkenaan melihat mesin insinerator ini. Selepas itu, proses mengambil abu yang telah dibakar dimasukkan kedalam sebuah bekas khas untuk memandikannya. Abu yang telah dimandikan akan, dimasukkan kedalam bekas dan dibawa ke sebuah lubang yang digali sedalam lebih kurang 10meter untuk disemadikan.


Terjawablah sudah segala persoalan yang difikirkan oleh mereka semua berkenaan proses pelupusan dan pembakaran ayat-ayat suci. Mereka semua mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat melihat cara pemprosesan terbabit.






Tiada ulasan:

PERINGATAN

Kerja-kerja dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri dan Mufti Malaysia.

Sila hubungi 03-26933049,26915184 @ 019-3376159 (Rahmat Mahdan) untuk mengetahui kadar caj perkhidmatan terkini.

Firman Allah s.w.t
“Syaitan menjanjikan kemiskinan kepada kamu
(bersedekah amal jariah) dan menyuruh kamu berbuat kejahatan, dan
Allah menjanjikan kepadamu ampunan dan kurnia-Nya.
Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui”
Al-Baqarah : 268

Kerjasama anda kami hargai.

Bersamalah kita menjaga kesucian AL-QURAN.

Buku Pelawat


ShoutMix chat widget