Peringkat akhir, semua sistem tersebut telah dimansuhkan dan Undang-undang Pusaka Islam yang ada sekarang adalah merupakan ketetapan Allah s.w.t. berdasarkan ayat mawarith , iaitu ayat 11, 12 dan 176, surah Al-Nisa.Undang-undang Pusaka Islam adalah satu sietem pusaka yang lengkap dan menyeluruh (syumul) dengan memberi jaminan terhadap ahli ahli waris yang berhak, kadar bahagian mereka dan ahli ahli waris yang tidak berhak terhadap harta pusaka dengan menggunakan kaedah atau doktrin al-Hajb.
Allah s.w.t. telah menentukan hukum dan cara pembahagian dalam harta pusaka dikalangan ahli warisahli waris, dengan tujuan untuk memberi keadilan kepada semua peringkat ahli ahli waris dan mengelak pergaduhan dikalangan mereka.
Pada akhir ayat 11, 12 dan 176, surah al-Nisa, Allah s.w.t telah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana“ , “ (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dai Allah. Dan (ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyabar“ dan “Allah menerangkan hukum itu kepada kamu supaya tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.
SUMBER UNDANG-UNDANG PUSAKA ISLAM DAN HUKUM MEMPELAJARINYA
Undang-undang Pusaka Islam (faraid) bersumberkan kepada al-Quran, al-Sunnah, Ijmak sahabat dan ijtihad mereka dalam masalah tertentu. Di dalam al-Quran terdapat dua bentuk ayat yang berkaitan dengan pusaka iaitu ayat mujmal dan ayat mufassal. Ayat-ayat kategori pertama menjelaskan hak-hak ahli waris secara umum tanpa menentukan bahagian mereka secara terperinci.Manakala ayat-ayat kategori kedua iaitu ayat al-mawarith, Allah s.w.t telah menjelaskan secara terperinci ahli-ahli waris dan kadar bahagian atau saham mereka masing-masing.
Di antara ayat berbentuk mujmal, Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah)” (al-Quran, al-Nisa’ 4:7).
”Dalam pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang lain menurut (hukum) Kitab Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (al-Quran, al-Anfal 8:75).
Dalam ayat al-mawarith, Allah s.w.t telah menerangkan secara terperinci mengenai ahli waris-ahli waris dan bahagian mereka masing-masing dalam pusaka iaitu firman Allah s.w.t yang bermaksud:
(i) “Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah 2/3 dari harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah 1/2 (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati) tiap-tiap seorang dari keduanya 1/6 dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedangkan yang mewarisinya hanyalah4kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah 1/3. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik beradik), maka bahagian ibunya ialah 1/6. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayar hutang. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa yang di antaranya lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu, (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing sepertiditerangkan ialah) ketetapan dari Allah, sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana” (alQuran, al-Nisa’ 4: 11).
(ii) “Dan bagi kamu (suami) 1/2 dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu mendapat 1/4 dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayar hutangnya. Dan bagi kamu (isteri-isteri) pula 1/4 dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi jika kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah 1/8 dari harta kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayar hutang kamu. Dan jika si mati yang diahli warisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu), maka bagi tiaptiap seorang dari keduanya ialah 1/6. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka berkongsi pada 1/3 (dengan mendapat sama banyak lelaki dan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarhutangnya; wasiat-wasiat tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada ahli waris-ahli waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar “ (al-Quran, al-Nisa’ 4: 12).
(iii) “Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad), mengenai masalah kalalah. Katakanlah: ‘‘Allah memberi fatwa kepadamu dalam perkara kalalah itu, iaitu jika seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu 1/2 dariharta yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula (saudarasaudara lelaki itu) meahli warisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. Kalau pula saudara perempuannnya itu dua orang, maka keduanya mendapat 2/3 dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan sekiranya mereka (saudarasaudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orangperempuan“. Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (al-Quran, al-Nisa’ 4:176).
Berdasarkan ketiga-tiga ayat di atas, dapat dirumuskan beberapa hukum berikut.
1. Dasar pembahagian pusaka dalam Islam adalah bahagian ahli waris lelaki menyamai dua bahagian ahli waris perempuan. Dasar ini dilaksanakan dalam 6kebanyakan kes pusaka, terutamanya dalam kes asabah bi al-ghayr. Pembahagian pusaka dalam kes seumpama ini hendaklah berdasarkan kaedah bahagian ahli waris lelaki menyamai dua bahagian ahli waris perempuan.
2. Ahli waris ashab al-furud dan asabah bi al-ghayr telah ditentukan dengan jelas dan cara pewarisan mereka masing-masing. Di antara ahli waris ashab al-furud yang disebut dalam ayat tersebut ialah anak perempuan, ibu, bapa, suami, isteri, saudara lelaki seibu, saudara perempuan seibu, saudara perempuan seibu sebapa dan saudara perempuan sebapa.
3. Pembahagian harta pusaka kepada ahli-ahli warishendaklah dibuat selepas ditunaikan hutang-hutang si mati sama ada hutang Allah s.w.t (seperti zakat, kaffarah dan sebagainya), atau hutang sesama manusia dan sesudahdiselesaikan wasiat yang dibuat oleh si mati (jika ada) atas kadar 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta pusakanya. Selain daripada nas al-Quran, terdapat hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang menerangkan dan memperincikanmaksud Al-Quran tentang ahli-ahli waris dan bahagian mereka masing-masing; antaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Bagi seorang anak perempuan 1/2, seorang anak perempuan kepada anak lelaki (cucu perempuan) 1/6 untuk melengkapkan 2/3 dan baki (asabah) untuk seorang saudara perempuan“ (Hadis riwayat al-Bukhari).
“Berikanlah harta pusaka kepada orang-orang yangberhak, sesudah itu bakinya adalah untuk ahli waris lelaki yang lebih utama” (Hadis riwayat Muslim).
Di samping nas al-Quran dan al-Sunnah, ijmak para sahabat dan tabi’in juga telah berlaku dalam pembahagian pusaka, iaitu seorang nenek atau dua orang nenek (ibu kepada ibu dan ibu kepada bapa) mereka sama-sama berkongsi dalam 1/6 bahagian.Demikian juga para sahabat telah melakukan ijtihad mereka dalam beberapa masalah pusaka , seperti dalam kes alUmariyyatain,al-Musyarakah, pewarisan datuk ketika bersama saudara (lelaki atau perempuan) seibu sebapa atau sebapa, pewarisan dhawi al-arham, dan sebagainya.
Berdasarkan nas-nas di atas dapat dirumuskan bahawa hukum mempelajari faraid adalah fardu kifayah kepada seluruh umat Islam dan ia akan gugur dengan sebahagian umat Islam lain yang telah melakukannya, tetapi hukum sunat mempelajarinya masih berkekalan. Demikian juga hukum melaksanakan pembahagian pusaka secara faraid adalah wajib.