FATWA : Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Hukum Syarak



Pemakaian inai seringkali digunakan kepada mereka yang ingin menuju ke alam rumahtangga. Ada dikalangannya membuat pelbagai jenis corak dan ukiran di tangan dan di kaki.

Mari kita renungkan bersama hadis ini...

Dari Ibnu Umar ra katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu"..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim). 

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz : " inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari". Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya.. wallahu'alam... * Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur.




Adakah ia hanya semata-mata fesyen @ mengikut adat resam...?

Apa Hukumnya...mengikut fatwa?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1.  Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2.  Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3.  Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum
     membencinya.

4.  Orang lelaki yang melarikan diri.

5.  Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6.  Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7.  Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8.  Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9.  Orang-orang yang suka makan riba'.

10.  Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan
        yang keji dan mungkar."


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Wakaf Al-Quran akan ke Indochina

Dalam usaha untuk membantu komuniti etnik Melayu Cam di Indochina, khususnya di Kemboja dan Vietnam, mahasiswa UTM Skudai ingin mempelawa mana-mana badan kerajaan dan swasta serta individu yang prihatin untuk turut sama menderma dan menghulurkan sumbangan  bagi melaksanakan hasrat murni ini.

Kumpulan minoriti di negara Indochina itu yang majoritiya adalah penganut agama islam, kebanyakan mereka kurang didedahkan dengan ajaran islam, manakala murid di sekolah kebangsaan pula tidak diajar mata pelajaran Pendidikan Islam. Pengajian agama hanya diajarkan di madrasah/surau-surau kampung dengan bekalan elektrik, kitab mengaji dan al-Quran serta peralatan alat tulis yang sangat terhad.

Sehubungan itu, mahasiswa Kolej Tun Dr Ismail UTM Skudai dengan nasihat PM Dr Firdausi (pengetua kolej), telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program khidmat masyarakat di kawasan komuniti yang berkenaan (Kemboja-Vietnam). Program ini dirancang berjalan selama sepuluh hari bermula 5 Disember tahun ini.

Antara aktiviti yang akan dijalankan termasuklah ibadah aqiqah di beberapa buah kampung, membaik pulih prasarana di Maahad Muhammadiah Beng Broul seperti pembinaan tandas dan generator serta berkhatan.

Pengarah program, saudara Muaz Zakaria berkata, hasil sumbangan para dermawan yang disalurkan oleh masyarakat Malaysia melalui Kembara Kasih’10 akan diagihkan kepada penduduk di sekitar Kg Cham dan Kg Beng Broul di Kemboja, manakala di Vietnam adalah di sekitar Chau Doc.

Sumbangan kitab agama dalam bahasa Cam, Al-Quran, peralatan solat seperti telekung, kain pelekat, sejadah dan baju-baju sangat diperlukan oleh mereka.

Bagi yang berhajat untuk menyumbang/mewakafkan Al-Quran boleh lah disalurkan kepada Percetakan Saufi di alamat:

Lot 6213 batu 9 3/4 cheras,
jalan cheras kajang, selangor.
(bersebelahan masjid batu10, jalan cheras kajang) atau hubungi Y.Bhg Tuan Hj. Rahmat Mahdan (Pengerusi Percetakan Saufi).

UTM Skudai menyokong usaha Syarikat Penerbitan Al-Quran Mushaf Uthmani, Percetakan Saufi yang selain mencetak naskhah Al-Quran baru, turut menjalankan pelupusan ayat Al-Quran dalam apa juga bentuk seperti buku teks, Yasin, risalah, akhbar lama hingga kepada cebisan kertas mengandungi ayat Al-Quran secara mengikut tertib..

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan dalam pelbagai bentuk boleh mengirimkan kepada:

Pengetua Kolej Tun Dr Ismail, Kembara Kasih 2010, 
Kemboja-Vietnam, Kolej Tun Dr Ismail,
UTM Skudai,
81310 Skudai Johor Bahru.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pengarah program Kembara Kasih 2010 di talian- 019-7091 079.

PERINGATAN

Kerja-kerja dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri dan Mufti Malaysia.

Sila hubungi 03-26933049,26915184 @ 019-3376159 (Rahmat Mahdan) untuk mengetahui kadar caj perkhidmatan terkini.

Firman Allah s.w.t
“Syaitan menjanjikan kemiskinan kepada kamu
(bersedekah amal jariah) dan menyuruh kamu berbuat kejahatan, dan
Allah menjanjikan kepadamu ampunan dan kurnia-Nya.
Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui”
Al-Baqarah : 268

Kerjasama anda kami hargai.

Bersamalah kita menjaga kesucian AL-QURAN.

Buku Pelawat


ShoutMix chat widget