Nasihat Emas Kerohanian - Syeikh Mahmud Majzub al-Kedahi | Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat


Syeikh Mahmud al-Majzub al-Kedahi
Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat

NASIHAT EMAS - PENGUBAT KEROHANIAN

Dipetik dari kata-kata Syeikh Mahmud al-Majzub al-Kedahi didalam kitab Ruhul zikri :-

1- Perkara kerohanian tidak boleh difaham dengan aqal, nafsu dan ilmu. Jika boleh dengan ilmu, sudah tentulah Imam Ghazali tidak mengaji dengan Yusuf Nasaji dan Sheikh Abdul Wahab Sya’rani tidak mengaji dengan Ali Khawas. Cukuplah mereka ini menjadi contoh.

2- Belajar kereta perlu ada guru, nak kenal Allah tak perlu guru. Ini awal-awal lagi syaitan tipu.

3- Duka dan suka di dalamnya makrifah lebih manis daripada madu, lebih putih daripada susu. Duka dan suka di dalamnya kekufuran dan kesyirikkan lebih pahit daripada hempedu dan lebih busuk daripada budu.

4- Kalau nak berjalan (di dalam perjalanan Ahlullah). Mengaku kita ni tak terpakai (tak berguna dan banyak dosa), lebih senang, mudah-mudahan Allah S.W.T. ampun dosa kita.

5- Orang yang diberi mudah (untuk menjalani jalan kesufian) apabila ada darah (keturunan) kesufian. Tiada dosa besar. Tiada amalan kejinnan (khadam). Banyakkan selawat, istighfar, zikir dan baik adab dengan Allah S.W.T., zuhud, tinggalkan makhluk, bersungguh-sungguh dengan Allah S.W.T., istiqomah, tegas, tiada tujuan dunia dan akhirat.

6- Kalau tak senang dengan sesuatu – DIAM!

7- Cakap salah tak cakap salah, cakaplah kerana Allah S.W.T. Semoga jadi hamba Allah S.W.T.

8- Kerja dunia boleh tangguh-tangguh, kerja akhirat tak boleh tangguh-tangguh.

9- Saya berdoa kepada Allah S.W.T. nak jadi hamba Allah S.W.T., bukan nak jadi wali.

10- Buat ibadat nak jadi wali – syirik!

11- Orang yang sebenar cinta Allah S.W.T. tidak takut menghadapi cabaran hidup dunia.


12- Saya tak ajar kamu melampau (berani dan semangat yang tak ketahuan). Saya tak ajar kamu menjadi pengecut. Saya ajar kamu jadi hamba Allah S.W.T. yang bertaqwa.

13- Saya hamba Allah S.W.T. macam kamu juga. Saya tidak tahu melainkan apa yang Allah S.W.T. bagi tahu. Kalau Dia tak bagi tahu, saya pun tak tahu.

14- Dia Tuhan! kita hamba. Jangan campur urusan Tuhan. Manusia jenis apa ini? Dia nak atur Tuhan. Dia suruh Tuhan ikut dia. Nauzubillah min zalik..

15- Hidup atas dunia tak mahu ikut nabi, aulia atau orang soleh. Bila mati nak duduk sekali dengan orang soleh, ini cerita kartun.

16- Waktu hidup ikut Firaun, Qarun dan Haman. Bila mati nak masuk Syurga, dengan nabi Musa a.s. dan Harun a.s. Logik tak? fikir-fikirlah..

17- Manusia, banyak tak dapat taufik hidayah sebab ikut nafsu amarah kemudian berdoa dengan Tuhan. Sepatutnya kena tinggalkan nafsu dulu. Allah S.W.T. jadikan nafsu Amarah supaya kita tinggalkan bukan untuk ikut.

18- Cara cuci hati. Banyakkan baca Al-Quran, ingat mati dan hadir majlis zikir. Bila hati suci, barulah ada tauhid.

19- Ilmu (kesufian) ini bukan boleh diwarisi. Kalau boleh tentulah saya bagi anak isteri saya dulu, tetapi ia adalah anugerah Tuhan.

20- Saya mengaji (ilmu perjalanan Ahlullah) dengan air mata (banyak menangis).

21- Penyatuan orang mukmin dengan air mata (menangis kerana mengenangkan keagungan Tuhan). Penyatuan orang yang tak mukmin dengan gelak ketawa. Macam kera maka jadilah kera.

22- Saya mengajar ilmu para wali bukannya tok sami!

23- Saya hanya boleh nasihat, saya tak boleh memberi manfaat dan mudharat. Buat ibadat nak fadhilat, nanti berkulat. Buat nak berkat nanti melekat.

24- Kesufian bukan boleh di dapati dengan seminar dan pena. Kesufian boleh di dapati dengan zuhud dan yakin.

25- Jangan buat ibadat pura-pura, nanti jadi kura-kura.

26- Nabi Yunus a.s., duduk dalam perut ikan tapi, tak jadi tahi, sebab baginda membaca “Laila hailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin”. Oleh itu supaya kita, tidak menjadi tahi dunia, maka banyakkanlah membaca “Laila hailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin”.

27- Perjalanan saya muafakat dengan perjalanan Maulana Ilyas r.a. (Pengasas Jemaah Tabligh, Ahli Zaman Abad 14 hijrah) dari segi menghancur hati kepada Allah S.W.T. cuma caranya berbeza tetapi matlamatnya sama. Seperti nelayan nak menjadi jutawan, tauke kilang nak jadi jutawan, peladang nak jadi jutawan. Walaupun caranya berbeza tetapi matlamat mereka sama, nak jadi jutawan!

28- Kamu boleh paksa anak kamu untuk dunia, tak cukup dengan sekolah pergi tusyen lagi. Tapi kenapa dengan halqah zikir kamu tak boleh buat?
Air mata takut Allah S.W.T. tak sama dengan air mata lembu. Macamana air mata lembu? Bila dia lapar dia menangis, bila dia sakit dia menangis, bila anak dia mati dia menangis. Macam itulah air mata orang tidak takut Allah S.W.T.

29- Menurut hadis, setitik air mata orang yang takut Allah S.W.T. boleh memadamkan api neraka. Apatah lagi api dunia dan bom atom, bom nuklear – kalau dibandingkan dengan api neraka! Sebab itulah Iblis dan konco-konconya mencari jalan untuk memupuskan jalan-jalan orang yang takut Allah.

30- Hari ini ramai orang membicarakan karomah para aulia, karomah Sultan ‘Aulia Sheikh Abdul Qadir Al Jilani tetapi kenapa tidak mengkaji cara-cara dan punca-punca hendak mendapat karomah.

31- Saya menceritakan perjalanan muqarrabin. Oleh itu janganlah kamu menghukum (membuat andaian) di atas pandangan orang-orang hasanah. Kerana kebaikkan orang-orang hasanah adalah kekejian bagi orang muqarrabin.

32- Kamu, kereta boleh beli tetapi jam loceng untuk mengejut waktu tahajud tak boleh beli.

33- Berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan Sunnah Rasullallah.

34- Orang kafir yang makan ular, bisa ular tidak menjejaskan mereka kerana dalam badan mereka ada sel-sel darah ular. Kita orang Islam tak makan ular, kemudian kita tak buat perkara yang lebih bisa dari bisa ular (zikir, istighfar dan selawat).


35- Bila (iman) kita lemah, maka orang-orang yang lebih lemah daripada kita akan mengambil kesempatan daripada kelemahan kita. Jalan penyelesaiannya, dengan kita memperbaikki diri kita.

36- Allah S.W.T. tak terima doa orang yang mengikut nafsu Ammarah.

37- Maafkan segala kesalahan orang-orang yang membuat kesalahan dengan kita walaupun mereka tidak memohon maaf.

38- Orang yang tak berani menghadapi ujian, itu orang bodoh. Kalau tak ada ombak yang besar macam mana orang yang main luncur ombak hendak rasa keseronokkan bermain ombak.

39- Kalaulah binatang buas boleh di latih sebagaimana harimau, gajah dan beruk sarkes dilatih untuk membuat pertunjukkan (boleh dijinakkan), apatah lagi manusia kerana Allah berfirman “Walhal mereka seindah-indah makhluk Allah”
(Surah Tin Ayat 4).

40- Jadilah hamba Allah, buatlah kerana Allah, MasyaAllah!

41- Jikalau kulit saya kamu salin ke tubuh kamu, darah saya kamu tukar ke dalam jasad kamu, daging dan tulang saya kamu pakai sekalipun! Kamu tak akan dapat sebagaimana saya dapat sekiranya kamu tak bersungguh – sebagaimana saya bersungguh-sungguh dengan Allah.

42- Bukan nak (zikir dengan suara) kuat, bukan perlahan. Matlamat kita hancur hati dengan Allah tetapi kebiasaanya nak hancurkan batu gunung untuk buat jalan kena gunakan bahan letupan. Kemudian batu tadi di masukkan di dalam masing penghancur, tentulah proses ini mengeluarkan bunyi yang kuat. Apatah hati manusia lebih keras dari batu.

43- Fahaman Wahabi ialah fahaman yang berpegang kuat dengan zhahir syariat. Mereka tidak terbuka rahsia syariat. Jika kita berpegang kuat denga syariat dan hakikat, mereka tak boleh makan kita.

44- Kalaulah anjing yang mengikut pemuda Ashabul Kahfi, Allah masukkan ke dalam syurga. Apatah manusia yang bersungguh-sungguh mengikuti perjalanan Ahlullah. Ada orang yang menulis nama-nama mereka (Ashabul Kahfi) untuk dibuat azimat sahaja. Ini saya tak setuju, sepatutnya kita kena ikut langkah mereka untuk menyelamatkan iman. Kita pun akan sama dapat kekuatan macam mana yang Allah anugerahkan kepada mereka.

45- Kamu tentang makan, kamu pandai. Untuk menyedapkan sesuatu makanan berbagai ramuan digunakan, tetapi kenapa untuk mendapat kemanisan di dalam ibadah – kamu tak pandai?

46- Duduklah tang manapun, di parit longkang, di dalam istana, di atas, di bawah, di tepi, di tengah, di laut atau di darat. Matlamat kita ialah kehambaan.

47- Pohonlah kepada Allah untuk berjumpa dengan guru yang boleh membimbing kamu ke jalan Allah.

48- Di dalam perjalanan Ahlullah, baka keturunan adalah salah satu perkara yang sangat penting. Sebab itulah Rasullullah S.A.W. suruh memilih perempuan yang beragama untuk dijadikan isteri.

49- Untuk menyucikan darah-darah keturunan yang tak terpakai, darah kejinnan, darah kekufuran dan kesyirikan. Hendaklah menghabiskan selawat sebanyak 5.6 juta.

50- Kalau kita tak larat nak berjalan, jadilah tangga untuk orang-orang yang nak berjalan.

51- Sesetengah orang seronok membaca dan mendengar keromah Syaikh Abdul Kadir Al Jilani. Nasihat Syaikh Abdul Kadir Al Jilani dia tak baca! Bacalah nasihat Syaikh Abdul Kadir Al Jilani, Fathul Ghaib dan Fathur Rabbani.

52- Allah S.W.T membimbing mereka melalui syariat, tarikat, hakikat dan makrifat. Pancaran nur kalimah ‘La ila haillallah’ yang di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W sentiasa dikawal dan diperlihara oleh para aulia supaya memancar dan bersinar.

53- Bilal bin Rabbah r.a seorang hamba abdi. Orang yang dipandang hina oleh masyarakat tetapi berhubung dengan keimanan dan tauhid, dia seorang yang mulia dan cerdik. Beliau tidak tunduk kepada kekufuran dan kesyirikkan walaupun jasadnya disiksa. Di hari ini, kita ada ramai golongan cerdik pandai, ada pensyarah, ada jurutera, ada doktor, ada ulama; tetapi berhubung dengan keimanan dan tauhid, kita jauh ke belakang dan lebih bodoh daripada Bilal r.a..

54- Kalau kereta rosak ada tukang yang akan baikinya. Kalau orang rosak siapa yang nak baiki?

55- Jadilah hamba Allah sehamba-hambanya. Kalau orang bertanya siapa yang paling banyak dosa? Angkatlah tangan!

56- Perkara yang kita tak tahu tidak semestinya perkara tersebut tak betul.

57- Orang yang loyar buruk dengan ALLAH ialah orang yang loyar buruk dengan Aulia Allah.

58- Bala yang Allah kenakan kepada kita adalah setimpal dengan amal perbuatan kita.

59- Benda dan perkara yang dah berlaku, jangan kata “Silap!” Tuhan buat “Tak silap”. Yang silapnya pasal kita “Ikut hawa nafsu!”

60- Pakai baju, dulukan tangan kanan, buka baju dulukan tangan kiri. Pakai kain dulukan kaki kanan, tanggalkan kain, dulukan kaki kiri, pakai seluar duduk dulu dan mulakan dengan kaki kanan kemudian barulah berdiri, buka seluar dulukan kaki kiri. Nak pakai kasut/selipar dulukan kaki kanan nak buka, dulukan kaki kiri. Pakai kain tindihkan kanan di atas pihak kiri. Ni kamu tidak! pakai ikut “DAN!”. Tak ikut sunnah, ikut syaitan, tak ada zikrullah. Zikrullah tak masuk dalam badan lagi. Kamu ingat perkara ni kecik! Kalau perkara kecik tidak boleh nak jaga, macam mana nak jaga perkara yang lebih BESAR?...

2010-2012 - Koleksi Berita Pelupusan Al-Quran

Assalamualaikum...

Bermula pada pertengahan 2008, Pusat Pelupusan Al-Quran telah diwujudkan buat pertama kali di Malaysia,  yang diuruskan oleh Percetakan Saufi. Pusat Pelupusan Al-Quran ini dibina atas dasar untuk menjaga kitab suci yang tertera cetakan ayat-ayat al-Quran. Pada mulanya perkhidmatan ini diberi percuma. Disebabkan kos operasi semakin meningkat, keadaan kewangan tidak mencukupi bagi menyelenggara perkhidmatan ini. Pihak kami telah meminta bantuan daripada BAITUMAL, JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, dan juga Menteri Besar Selangor, untuk tampil bagi membantu serba sedikit kos pembiayaan  bulanan. Akhirnya menghampakan. Perkhidmatan bergerak dengan sendiri mencari dana kewangan dengan sumbangan WAKAF AL-QURAN. Sedikit demi sedikit tempat penyimpanan al-Quran telah dinaik taraf. Perkhidmatan ini TIDAK MENDAPAT PEMBIAYAAN oleh mana-mana AGENSI KERAJAAN @ SWASTA @ NGO @ JABATAN AGAMA ISLAM @ BAITUMAL. Pembiayaan perkhidmatan ini hanya bergantung daripada SUMBANGAN IKHLAS ORANG RAMAI.

Pada 2010 hingga 2011, perkhidmatan ini mula terbit di akhbar-akhbar tempatan.



AKHBAR KOSMO!LUPUS AL-QURAN LAMA


LUPUS...Rahmat menunjukkan antara kitab al-Quran yang akan dilupuskan kerana mengandungi kesilapan.

AKHBAR HARIAN METROHINA TANPA SEDAR










Keperitan yang dilalui amat menyedihkan. Ada dikalangan umat Islam mengambil kesempatan untuk menjatuhkan khidmat ini dan ada juga MELETAKAN NASKAH AL-QURAN DIHADAPAN MUKA PINTU PEJABAT, DAN STOR seperti "SAMPAH" untuk mengelak ianya diminta bayaran. Tidak lupa juga mereka yang telah berjanji untuk membayar kos perkhidmatan dan akhirnya mendiamkan diri. Ada dikalangan orang Islam mengganggap perkhidmatan ini untuk mengaut keuntungan.

Diharap kepada sesiapa yang ingin menggunakan khidmat ini hendaklah memberi sedikit sumbangan bagi kos operasi berjalan dengan lancar dan juga untuk menaik taraf tempat penyimpanan al-Quran yang lebih baik.

Sumbangan minima setiap 5kilo = RM30.00


Kami memohon bantuan bagi menaik taraf tempat penyimpanan al-Quran agar lebih baik. 

"Sanggupkah anda melihat al-Quran diletakan di bawah khemah...? Sedangkan anda berada di tempat berhawa dingin..." FIKIR-FIKIRKAN....

Asas Halal Haram Dalam Islam | Makanan Siri 2


 

Asas Halal Haram Dalam Islam | Makanan Siri 2

Selepas kita memahami konsep kehalalan dan keharaman sesuatu makanan maka kali ini kita akan lihat kriteria atau bentuk-bentuk makanan yang diharamkan oleh Nash:
1. Bangkai haiwan:
Bangkai adalah semua haiwan yang mati tanpa disembelih dengan betul.
Contohnya:
1 - Al-munkhaniqah: Haiwan yang mati tercekik.
2 - Al-mauqudzah: Haiwan yang mati kerana dipukul (cth: dengan kayu, batang besi, atau seumpamanya)
3 - Al-mutaraddiyah: Haiwan yang mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi (mati terhempas).
4 – An-nathihah: Haiwan yang mati serta ditanduk oleh yang lainnya (mati kerana bergaduh sesama sendiri atau disebabkan haiwan yang lain).
5 – Haiwan yang diterkam, iaitu haiwan yang mati kerana diserang atau dicederakan oleh binatang buas. Tetapi sekiranya haiwan yang terluka/cedera itu ditemui sebelum mati lalu sempat disembelih, maka haiwan tesebut adalah halal.
Ciri-ciri di atas telah disebutkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam firmannya (bermaksud):
“Diharamkan ke atas kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh (terhempas), yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, melainkan yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu,) yang disembelih untuk berhala.” (Surah al-Ma’idah, 5: 3)
Termasuk di dalam kategori bangkai yang haram dimakan adalah semua bahagian haiwan yang dipotong darinya, padahal haiwan tersebut masih hidup.
Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
“Sesuatu yang dipotong dari binatang yang masih hidup adalah bangkai.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2841)
Walau pun begitu, di sana terdapat dua bangkai yang dikecualikan dari hukum di atas, iaitu bangkai ikan (hidupan air) dan belalang. Bangkai keduanya halal dimakan. Ini adalah berdasarkan hadis Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Dihalalkan bagi kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Dan dua jenis bangkai itu adalah bangkai ikan dan belalang. Manakala dua jenis darah itu pula adalah hati dan limpa.” (Hadis Riwayat Ahmad (no.5690). Lihat: Silsilah Hadis ash-Shahihah, no. 1118, Syaikh al-Albani)
2. Darah Yang Mengalir:
“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah…” (Surah al-Ma’idah, 5: 3)
Akan tetapi, adalah dimaafkan darah yang sedikit yang biasa ada pada badan haiwan sembelihan yang tidak dapat dihilangkan darinya.
Darah yang halal dimakan pula adalah:
Hati dan Limpa kerana ia tidak termasuk darah yang mengalir dan telah dijelaskan melalui hadis berikut:
“Dihalalkan bagi kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Dan dua jenis bangkai itu adalah bangkai ikan dan belalang. Manakala dua jenis darah itu pula adalah hati dan limpa.” (Hadis Riwayat Ahmad (no.5690). Lihat: Silsilah Hadis ash-Shahihah, no. 1118, Syaikh al-Albani)
3. Babi
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Diharamkan bagimu (memakan) ban gkai, darah, daging babi…” (Surah al-Ma’idah, 5: 3)
Para ulama telah bersepakat bahawa setiap bahagian dari babi adalah haram. Dan tujuan disebutkan (di dalam al-Qur’an) kata daging bahawa babi adalah haiwan yang biasa disembelih dengan tujuan diambil dagingnya.” (Ahkaamul Qur’aan, karya Ibnul ‘Arabi)
Demikian pula tidak ada perbezaan pendapat di antara para ulama bahawa lemak dan kulitnya juga adalah haram.
4. Haiwan yang disembelih atas nama selain Nama Allah
Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“.. (Daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Nama Allah.” (Surah al-Ma’idah, 5: 3)
Oleh karena itu, haram hukumnya memakan haiwan yang disembelih oleh seorang musyrik, Majusi dan orang yang murtad. Adapun sembelihan orang Nasrani dan Yahudi (Ahlul Kitab), maka halal dimakan selama mana tidak diketahui bahawa mereka menyebut selain Nama Allah.
Ini telah dijelaskan sebagaimana di dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’ala berikut:
“Dan makanan orang-orang yang diberi al-Kitab (ahlul Kitab) itu halal bagi-

mu…” (Surah al-Ma’idah, 5: 5)

lbnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata, “Makna makanan mereka di dalam

ayat ini adalah merujuk kepada sembelihan mereka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Ibnu Katsir rahimahullah pula menjelaskan di dalam tafsirnya:
“Ibnu ‘Abbas, Abu Umamah, Mujahid, Sa’id bin Jubair, ‘Ikrimah, ‘Atha’, al-Hasan, Makhul, Ibrahim an-Nakha’i, as-Suddi, dan Muqatil bin Hayyan mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Ahli Kitab ialah sembelihan mereka.”
5. Daging Keldai Yang Dipelihara
Sebagaimana dijelaskan di dalam hadis Anas radhiyallahu ‘anhu:
“…lalu seseorang berseru, “Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya melarang kamu memakan daging keldai peliharaan kerana keldai peliharaan tersebut najis”, maka panci-panci (periuk) ditumpahkan (untuk dibersihkan), kerana panci tersebut biasa mendidih dengan dagingnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5528)
Maka, dengan ini juga, ia turut menjelaskan bahawa:
Keldai liar adalah halal dimakan berdasarkan ijma’ para ulama.
Dari Abu Qatadah bahawasanya beliau bersama orang-orang yang sedang ihram, sementara dia tidak. Kemudian keldai liar mendatangi mereka, maka Abu Qatadah memburunya (membunuhnya) kemudian menyembelih seekor keldai betina dan sekelompok keldai itu. Maka mereka pun memakannya… (di dalam hadis tersebut dijelaskan bahawa para Sahabat bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa Sallam, lalu Nabi berkata kepada mereka, “Adakah kamu ada membawa sebahagian darinya?” “Kami membawa kakinya”, jawab mereka. (Abu Qatadah) berkata, “Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun mengambil dan memakannya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2854)
Ada pun berkenaan daging kuda, maka ianya adalah halal.
Daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, “Pada peristiwa Khaibar kami memakan daging kuda dan keldai liar manakala Nabi melarang kami memakan keldai peliharaan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 4219)
6. Daging haiwan dan burung yang buas
Daripada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
“Rasulullah melarang (memakan) setiap binatang buas yang memiliki taring dan burung yang memiliki kuku tajam.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1934)
Dan daripada Abuz Zubair, beliau berkata, “Aku bertanya kepada Jabir tentang wang (hasil penjualan) anjing dan kucing. Maka dia berkata, “Nabi melarangnya”.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1569)
7. Haiwan Jallalah (haiwan yang memakan kotor-kotoran)
Jallalah adalah semua jenis haiwan yang memakan najis, tidak kira sama ada ianya unta, lembu, kambing, ayam atau yang serupa dengannya.
Daripada Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, “Rasulullah melarang memakan daging jallalah serta susunya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no.3767. Disahihkan oleh al-Albani)
Namun, haiwan jallalah yang pada dasarnya halal, ia masih boleh dimakan dengan beberapa kaedah.
Jika haiwan jallalah dikurung selama tiga hari dan diberi makan dengan sesuatu yang baik, maka haiwan tersebut halal untuk disembelih dan dimakan.
Daripada Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu bahawasanya ia mengurung ayam yang biasa memakan sesuatu yang najis selama tiga hari.” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah, no.4660/8847, hadis ini sahih sebagaimana dijelaskan di dalam al-Irwaa’ al-Ghalil, no. 2504, Syaikh al-Albani)
8. Semua jenis haiwan yang diperintahkan syari’at untuk dibunuh
Segala jenis haiwan yang diperintahkan syari’at untuk dibunuh maka haram dimakan dengan kesepakatan seluruh ulama, di antaranya adalah gagak, burung helang, tikus, cicak padang pasir, ular, kala jengking, dan anjing liar (anjing yang tidak liar juga haram dimakan berdasarkan faktor yang lain).
Daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Ada lima binatang berbahaya yang dianjurkan untuk dibunuh di Tanah Haram, (iaitu) tikus, kala jengking, burung helang, burung gagak, dan anjing liar.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3314)
Daripada Sa’ad bin Abi Waqqas radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata,
“Nabi memerintahkan untuk membunuh cicak dan menamakannya fuwaisiqa.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 3238)
Daripada Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, “Dahulu kami pernah bersama Nabi di dalam sebuah gua dan telah turun kepada beliau surah al-Mursalaat dan kami mengambilnya dari mulut beliau yang masih basah, tiba-tiba keluar seekor ular menghampiri kami, lalu beliau berkata, “Bunuhlah ular itu…” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1830)
9. Semua jenis binatang yang dilarang syari’at untuk dibunuh
Semua jenis binatang yang dilarang syari’at untuk dibunuh, maka tidak halal untuk dimakan, di antaranya adalah semua jenis binatang yang disebutkan di dalam hadis Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu di mana dia berkata:
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang kami membunuh empat jenis binatang, (iaitu) semut, lebah, burung hud-hud dan burung shurad.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i, 5/189, dan Ahmad, 6/83, dengan sanad yang sahih)
Demikian juga dengan haiwan yang disebutkan di dalam hadis ‘Abdurrahman bin ‘Utsman, beliau berkata:
“Seorang tabib menyenaraikan ubat untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan menyebutkan katak sebagai ubatnya, lalu Rasulullah melarang untuk membunuh katak.” (Hadis Riwayat Ahmad, 3/453)
10. Semua jenis haiwan khabitsaat
Haiwan Khabisaat adalah haiwan yang berbahaya seperti memiliki bisa/racun, atau bahan kimia tertentu yang memudharatkan.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi makanan yang halal lagi baik…” (Surah al-Baqarah, 2: 168)
“… dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk…” (Surah al-A’raaf, 7: 157)

 

Asas Halal Haram Dalam Islam | Makanan Siri 2

PERINGATAN

Kerja-kerja dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri dan Mufti Malaysia.

Sila hubungi 03-26933049,26915184 @ 019-3376159 (Rahmat Mahdan) untuk mengetahui kadar caj perkhidmatan terkini.

Firman Allah s.w.t
“Syaitan menjanjikan kemiskinan kepada kamu
(bersedekah amal jariah) dan menyuruh kamu berbuat kejahatan, dan
Allah menjanjikan kepadamu ampunan dan kurnia-Nya.
Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui”
Al-Baqarah : 268

Kerjasama anda kami hargai.

Bersamalah kita menjaga kesucian AL-QURAN.

Buku Pelawat


ShoutMix chat widget