Asas Halal Haram Dalam Islam | Makanan Siri 1


 

Asas Halal Haram Dalam Islam | Makanan Siri 1

Al-ath’imah adalah bentuk jama’ dan kata tha’aam, maknanya adalah sesuatu yang dimakan dan dicerna, sama ada ia berupa makanan asas atau yang selainnya.
Secara dasarnya semua makanan adalah halal, melainkan yang telah dijelaskan melalui nash/dalil bahawa makanan tersebut haram. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi makanan yang halal lagi baik…” (Surah al-Baqarah, 2: 168)
Dalam ayat lain Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Katakanlah, “Tidaklah aku temui dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, melainkan sekiranya makanan itu adalah bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi (kerana sesungguhnya semua itu kotor) atau binatang yang disembelih untuk selain Allah…”’ (Surah al-An’aam, 6: 145)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Mengapa kamu tidak mahu memakan (binatang-binatang yang halal) yang disebut Nama Allah ketika menyembelihnya, padahal sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan ke atasmu, melainkan apa yang kamu terpaksa memakannya…”(Surah al-An’aam, 6: 119)
Dengan ini, ia bermaksud:
1 – Makanan yang telah dijelaskan di dalam nash akan kehalalannya, maka ianya adalah halal.
2 – Makanan yang sama sekali tidak disentuh secara langsung oleh nash/dalil, maka ianya juga adalah halal.
3 – Makanan yang telah dijelaskan oleh nash bahawa ianya haram, maka ianya adalah haram.
Secara umumnya, semua makanan adalah halal, melainkan ada nash/dalil yang mengharamkannya.
“Katakanlah, “Terangkanlah kepadaku tentang rezeki yang diturunkan oleh Allah kepadamu, lalu kamu jadikan sebahagiannya haram dan (sehahagiannya) halal.” Katakanlah, “Adakah Allah telah memberikan izin kepadamu (dalam persoalan mengaharamkan dan menghalalkan) atau kamu hanya mengada-adakan sesuatu terhadap Allah?” (Surah Yunus, 10: 59)
Ketentuan awal di dalam pemisahan oleh syara’ di antara yang haram dan mubah (harus) dalam segala perkara, sama ada makanan, minuman atau yang selainnya adalah berdasarkan pemisahan di antara yang baik dan buruk.
Ini bermakna, segala perkara yang baik adalah halal hukumnya dan segala sesuatu yang buruk adalah haram hukumnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“… dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk…” (Surah al-A’raaf, 7: 157)
Di dalam ayat yang lain, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Supaya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dan yang baik dan menjadikan (golongan) yang buruk itu sebahagiannya di atas sebahagian yang lain…” (Surah al-Anfal, 8: 37)
Dengan ini, setiap mereka yang benar-benar memahami segala sesuatu yang diharamkan oleh Allah, niscaya dia akan mengetahui bahawa setiap yang diharamkan oleh Allah pasti memiliki kesan negatif terhadap badan atau akal, atau merupakan najis dan sesuatu yang dianggap buruk, atau memiliki hikmah yang lain yang sesuai dengan apa yang telah ditentukan oleh al-Khaliq (sang pencipta).

Selawat Fatih



الصّلاَةُ ْالفاتحِ

اَللَّهُمَّ صَلِّّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ 
وَاْلخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ وَالنَّاصِرِ اْلحَقِّ بِالْحَقِّ وَاْلهَادِي إِلَى صِرَاتِكَ اْلمُسْتَقِيْمِ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ ْالعَظِيْمِ 

Ya Allah, Limpahkanlah Rahmat Ta`dzim, Salam sejahtera, dan Keberkatan atas baginda kami Nabi Muhammad s.a.w. Pembuka sesuatu yang terkunci dan Penutup sesuatu yang terdahulu, dan Penolong Kebenaran dengan kebenaran, dan Penunjuk ke jalanMu yang lurus, Mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepadanya Baginda Dan salam sejahtera Allah, dan kepada keluarga baginda dan para sahabatnya, dengan haq kedudukannya serta kadarnya yang terbesar.


Kuasa Allah : Al-Quran dan RM2000 tidak hangus dalam satu kebakaran rumah di Kuching Sarawak

KUCHING 5 Mac - Hanya wang tunai sebanyak RM2,000 milik pekerja Indonesia yang diletakkan di dalam Al-Quran sempat diselamatkan, manakala sekurang-kurangnya tujuh keluarga lain tinggal sehelai sepinggang apabila kuarters pekerja sebuah kilang memproses arang di kawasan perindustrian Demak Laut di sini, ranap dijilat api tengah hari semalam.


Kebakaran sekitar jam 12:05 tengah hari disedari oleh pekerja tempatan yang tinggal tidak jauh dari kuarters tersebut yang seterusnya menghubungi para penghuni kuarters terjejas yang sedang bersiar-siar di bandar ketika itu.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Sarudu, 25, antara mangsa pertama sampai di tempat kejadian, memberitahu dia bergegas pulang selepas dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

Melihat keadaan rumah kayu sepanjang tujuh pintu itu yang hampir musnah, dia seterusnya cuba memasuki rumah tersebut dengan harapan dapat menyelamatkan beberapa dokumen penting termasuk wang tunai sebanyak RM2,000 yang diselitkan di dalam Al-Quran dalam almari.

Bomba yang sempat menghalang Sarudu daripada memasuki kawasan itu atas faktor keselamatan, bagaimanapun membantunya untuk mendapatkan Al-Quran tersebut. "Walaupun gagal menyelamatkan harta benda dan dokumen penting yang lain, tetapi saya bersyukur kerana wang sebanyak RM2,000 bersama Al-Quran ini berjaya diselamatkan," katanya.

Pada mulanya, katanya, dia menyangka wang itu tidak dapat diselamatkan berdasarkan keadaan luaran kitab suci itu yang agak terjejas oleh kebakaran.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Tabuan Jaya Tawan Lingem memberitahu, dua buah jentera dari balai bomba tersebut dan Padungan berserta 17 anggota dikerahkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12:15 tengah hari.

"Ketika kita tiba di tempat kejadian, keadaan rumah pekerja tersebut sudah 80 peratus musnah dan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 12:30 tengah hari," jelasnya.

Menurutnya, angka sebenar penghuni kuarters kediaman itu tidak dapat dipastikan memandangkan semua penghuni berada diluar ketika kejadian.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan - Sumber berita serta gambar 100% dari Utusan Borneo Online

PERINGATAN

Kerja-kerja dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri dan Mufti Malaysia.

Sila hubungi 03-26933049,26915184 @ 019-3376159 (Rahmat Mahdan) untuk mengetahui kadar caj perkhidmatan terkini.

Firman Allah s.w.t
“Syaitan menjanjikan kemiskinan kepada kamu
(bersedekah amal jariah) dan menyuruh kamu berbuat kejahatan, dan
Allah menjanjikan kepadamu ampunan dan kurnia-Nya.
Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui”
Al-Baqarah : 268

Kerjasama anda kami hargai.

Bersamalah kita menjaga kesucian AL-QURAN.

Buku Pelawat


ShoutMix chat widget