Memaparkan catatan dengan label harta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label harta. Papar semua catatan

57 Anugerah : Allah S.W.T akan beri kepada mereka yang "Bersedekah dan Berzakat"



ونظراً لحاجة الأمة والمجتمعات والشعوب للبذل والعطاء والإنفاق ومد يد العون والمساعدة، أحببنا أن نذكّر في هذه العجالة بفوائد الزكاة والصدقات، لعل ذلك يكون دافعاً لمزيد من البذل والعطاء.. فمن فوائد الزكاة والصدقات:
1 – امتثال أمر الله تعالى ورسوله .
Sebagai melaksanakan perintah Allah SWT dan Rasulnya.
2 – التنزه عن صفة البخل المهلك.
Menyucikan sifat Bakhil Yang Membinasakan.
3 – التعاون على البر والتقوى.
Sebagai Tanda memberi sokongan kepada perbuatan kebaikan dan bertaqwa.
4 – الصدقة برهان على إيمان صاحبها.
Sedekah sebagai tanda atau bukti bahawa Pemberi Sedekah Telah mendapat Sinaran Cahaya Iman.
5 – الزكاة والصدقات تطهّر النفس وتزكيها.
Sedekah dan zakat adalah penyuci kepada jiwa.
6 – مضاعفة الحسنات.
Bersedekah pasti mendapat anugerah yang berlimpah daripada Allah SWT.
7 – الزكاة والصدقات دليل على شكر نعمة المال.
Sedekah dan zakat bukti kita mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT.
8 – مغفرة الذنوب وتكفير السيئات وإطفاء نار الخطايا.
Sedekah dan zakat adalah pengampunan daripada dosa, menimbus segala kejahatan dan memadam api kesalahan.
9 – السلامة من وبال المال في الآخرة.
Mendapat Kesejahteraan dan menenangkan jiwa di Akhirat.
10 – نيل درجة البر. قا تعالى:  لَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ  [آل عمران:92].
Mencapai pingat daripada Allah SWT yang membawa Gelaran ” Perwira Kebajikan “.
11 – الإنفاق من صفات المتقين.
Berderma adalah diantara sifat orang-orang Muttaqin.
12 – تنمية الأخلاق الحسنة والأعمال الصالحة.
Menyuburkan Akhlak Mulia dan Amalan-amalan Soleh.
13 – الأمان من الخوف يوم الفزع الأكبر.
Tidak akan merasa takut dikala manusia menghadapi Hari Yang Maha Dahsyat.
14 – تحصين المال وحفظه وزيادته.
Membenteng harta , memelihara harta dan menguntungkan harta.
15 – الصدقة دواء لكثير من الأمراض.
Adalah Penawar kepada sebahagian penyakit yang Allah SWT ujikan.
16 – وهي سبب لدفع البلايا وجميع الأسقام.
Penolak bala-bencana yang Allah SWT akan turunkan.
17 – وهي سبب لجلب المودة بين الناس.
Punca mendapat Kasih-Sayang dikalangan manusia.
18 – وصاحب الزكاة والإنفاق موعود بالخلف والتوفية:  وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لاَ تُظْلَمُونَ  [الأنفال:60].
Allah akan memberi Taufiq setelah membelanjakan harta pemberian Allah SWT.
19 – وهو أيضاً موعود بالزيادة على ما أنفق  يَمْحَقُ اللّهُ الْرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ  [البقرة:276].
Allah melipat gandakan pahala diatas sedekah dan zakat.
20 – والزكاة والصدقات سبب لإضعاف مادة الحسد والحقد والبغضاء بين الناس.
Zakat dan Sedekah mengurangkan sifat dengki dan marah kepada manusia.
21 – وبالصدقة والإنفاق يتصف العبد بأوصاف الكرماء وأهل الفضل، ويتخلص من الأوصاف والأسماء الرذيلة كالشحيح والبخيل والمقتر…
Sedekah yang dapat memberi infaq kepada jalan kebajikan akan mendapat anugerah Allah SWT dengan gelaran : Pemilik Kemuliaan Dan Pemilik  Kelebihan.
22 – والزكاة والصدقات سبب لنزول القطر، ومنع الزكاة سبب لمنع القطر.
Derma dan Zakat akan mengundang Hujan daripada Allah SWT untuk menurunkan hujan.Jika  ada penghalang daripada membayar zakat maka Allah juga menghalang malaikat daripada menurunkan hujan.
23 – الفوز بالجنة والنجاة من النار.
Bersedekah adalah punca Mendapat Syurga  dan punca akan terlepas aab neraka.
24 – النجاة من عذاب القبر.
Terselamat daripada seksaan Kubur.
25 – الاستظلال بظل الله وظل الصدقة يوم القيامة.
Akan berada dibawah bayangan Allah SWT dan bayangan SEDEKAH pada hari Qiamat.
26 – استحقاق الثناء من الله.
Layak mendapat pujian daripada Allah SWT.
27 – والصدقة سبب في زيادة الأعمار.
Sedekah akan menambah kepanjangkan umur kita.
28 – وهي سبب في دفع ميتة السوء.
Adalah penawar kepada mati secara jahat.
29 – وهي سبب في التواضع وذهاب الكبر والفخر والرياء.
Punca kepada  Tawaduk , menghapuskan sifat Takabbur, kemegahan, bangga diri dan raiya’,
30 – وهي تطفئ غضب الرب.
Memadam api kemarahan Allah  SWT.
31 – وهي سبب لمحبة الله عز وجل.
Punca Allah  menyayangi kita semua.
32 – وهي سبب للسلامة من كفر نعمة الله.
Punca keselamatan  disebabkan  kekufuran nikmat Allah SWT.
33 – وهي تفك صاحبها من النار.
Membenteng atau menghalang  penderma daripada Api Neraka.
34 – وهي تسدُ سبعين باباً من السوء.
Menutup 70  daripada pintu api Neraka,
35 – وهي سبب لدعاء الملائكة للمتصدق.
Punca mendapat doa daripada Para Malaikat.
36 – وهي سبب في استجابة الدعاء وكشف الكربة.
Punca doa dimakbulkan dan Allah menghalang daripada kesusahan.
37 – وهي سبب لسعة الرزق.
Punca rezeki diberi melimpah ruah.
38 – وهي سبب للنصر على الأعداء.
Punca mencapai kemenangan ke atas musuh.
39 – وهي سبب للفرج بعد الشدة.
Punca terlepas daripada kesusahan.
40 – وهي سبب للخيرية كما قال { اليد العُليا خير من اليد السُفلى } [متفق عليه].
Sedekah dan zakat punca kepada segala kebaikkan.
41 – وللمتصدق على المجاهدين في سبيل الله أجر المجاهد.
Penderma kepada Mujahidin akan mendapat pahala seperti pahala mujahidin.
42 – والصدقة في إعانة المتصدق على الطاعة وتيسيره لليسرى.
Sedekah dapat  memudahkan ke jalan ketaaatan dan memudahkan urusan yang susah.
43 – وإخراج الزكاة سبب في النجاة من الهلاك العام والابتلاء بالسنين.
Zakat dapat melepaskan pemberinya daripada kemusnahan dan bala sepanjang tahun.
44 – وإخراج الزكاة والصدقات سبب في حصول البركة في مال المتصدق وعمره وذريته.
Mengeluarkan zakat dan derma  punca rezeki mendapat keberkatan kepada umurnya dan zuriatnya.
45 – المتصدق على الأيتام بكفالتهم يفوز بمجاورة النبي  في الجنة.
Penderma kepada anak yatim akan mendiami Syurga bersama Rasulullah SAW.
46 – أن الصدقة سبب في إطعام الله للمتصدق وسقيه وكسائه.
Sedekah akan mendapat layanan Allah SWT untuk makan dan minum di dalam Syurga.
47 – أن ثواب الصدقة الجارية يبقى للعبد بعد موته.
Sedekah jariah akan berterusan pahala walaupun selepas kematian.
48 – أن الصدقة في بناء المساجد سبب في بناء بيت للمتصدق في الجنة.
Derma masjid dunia akan mendapat Mahligai di dalam Syurga.
49 – أن الصدقة من أسباب سكنى الغرفات في الجنة.
Sedekah adalah akan mendapat tempahan bilik didalam Syurga.
50 – أن أجر الصدقة ثابت ولو كان على البهائم والطيور.
Segala sedekah akan tetap kekal pahala, segala pemberian sedekah Allah akan menjaganya dengan baik.
51 – أن التصدق من خير ما يُهدى للميت.
Akan menjadi petunjuk disaat menghadapi mati.
52 – أن الزكاة والصدقة من أسباب حل الأزمات الاقتصادية، ومن أسباب ترابط الأمة الإسلامية.
Memulihkan ekonomi dan menyatukan kesatuan umat Islam.
53 – أنها علاج لقسوة القلب.
Penawar kepada hati keras.
54 – أن الزكاة تنجي العبد من الشجاع الأقرع يوم القيامة، والشجاع الأقرع ثعبان قوي.
Melapaskan daripada belitan Ular Yang Allah ciptakan untuk menyeksa ahli neraka.
55 – أنها تنجي العبد من الاتصاف بصفات المنافقين.
Melepas seseorang hamba daripada bersifat dengan sifat Munafiq.
56 – أن إخراج الزكاة والصدقات يؤلم الشيطان ويغيظه ويكيده.
Mengeluarkan zakat dan sedekah akan menyakitkan syaitan.
57 – أنها سبب لمعيّة الله عز وجل:  إِنَّ اللّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَواْ وَّالَّذِينَ هُم مُّحْسِنُونَ  [النحل:128].
Mereka akan hidup di sisi Allah SWT.
وصلى الله وسلم على محمد وآله وصحبه وسلم

HARI JUMAAT : Sejarah, Fadhilat dan Kelebihan


JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.Antara peristiwa itu ialah:

1. Perkahwinan Nabi Adam dan Hawa
2. Nabi Yusuf dengan Zulaiha
3. Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib
4. Rasulullah saw dengan Khadijah
5. Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar
6. Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga."

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.

“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”


Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).

Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.


Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:

* Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.

* Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.

* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

* Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.

* Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.

* Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.

FARAID : Pengurusan Wasiat Harta Pusaka - Siri 1

FARAID: MANIFESTASI KESYUMULAN PENGURUSAN HARTA DALAM ISLAM


Undang-undang Pusaka Islam (faraid) telah disyariatkan oleh Allah s.w.t secara berhikmat dan 
berperingkat-peringkat supaya ianya sesuai dengan falsafah perundangan dan tabiat semulajadi manusia yang agak sukar untuk mengubah adat kelaziman mereka masing-masing. Pada peringkat awal, agama  Islam mengekalkan sistem pusaka Jahiliah, sistem sementara berdasarkan persaudaraan dan Hijrah. Kemudian sistem itu telah dibatalkan dan diganti dengan sistem pembahagian pusaka secara wasiat kepada dua ibu bapa dan kaum kerabat berdasarkan pada Surah Al- Baqarah, ayat 180 bermaksud : "Diwajibkan diatas kamu, apabila maut hendak menjemput seseorang diantara kamu, jika dia meninggalkan harta,berwasiat untuk kedua orang tua dan rakan karib kerabat dengan cara yang baik, (sebagai) kewajipan bagi orang-orang yang bertakwa".

Peringkat akhir, semua sistem tersebut telah dimansuhkan dan Undang-undang Pusaka Islam yang ada sekarang adalah merupakan ketetapan Allah s.w.t. berdasarkan ayat mawarith , iaitu ayat 11, 12 dan 176, surah Al-Nisa.Undang-undang Pusaka Islam adalah satu sietem pusaka yang lengkap dan menyeluruh (syumul) dengan memberi jaminan terhadap ahli ahli waris yang berhak, kadar bahagian mereka dan ahli ahli waris yang tidak berhak terhadap harta pusaka dengan menggunakan kaedah atau doktrin al-Hajb.

Allah s.w.t. telah menentukan hukum dan cara pembahagian dalam harta pusaka dikalangan ahli warisahli waris, dengan tujuan untuk memberi keadilan kepada semua peringkat ahli ahli waris dan mengelak pergaduhan dikalangan mereka. 

 Pada akhir ayat 11, 12 dan 176, surah al-Nisa, Allah s.w.t telah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana“ , “ (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dai Allah. Dan (ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyabar“ dan “Allah menerangkan hukum itu kepada kamu supaya tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.




SUMBER UNDANG-UNDANG PUSAKA ISLAM DAN HUKUM MEMPELAJARINYA

Undang-undang Pusaka Islam (faraid) bersumberkan kepada al-Quran, al-Sunnah, Ijmak sahabat dan ijtihad mereka dalam masalah tertentu. Di dalam al-Quran terdapat dua bentuk ayat yang berkaitan dengan pusaka iaitu ayat  mujmal dan ayat  mufassal. Ayat-ayat kategori pertama menjelaskan hak-hak ahli waris secara umum tanpa menentukan bahagian mereka secara terperinci.Manakala ayat-ayat kategori kedua iaitu ayat al-mawarith, Allah s.w.t telah menjelaskan secara terperinci ahli-ahli waris dan kadar bahagian atau saham mereka masing-masing.

Di antara ayat berbentuk mujmal, Firman Allah s.w.t  yang bermaksud:
“Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah)” (al-Quran,  al-Nisa’ 4:7).

”Dalam pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang lain menurut (hukum) Kitab Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (al-Quran, al-Anfal 8:75).

Dalam ayat  al-mawarith, Allah s.w.t telah menerangkan secara terperinci mengenai ahli waris-ahli waris dan bahagian mereka masing-masing dalam pusaka iaitu firman Allah s.w.t yang bermaksud:

 (i) “Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah 2/3 dari harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah 1/2 (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati) tiap-tiap seorang dari keduanya 1/6 dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedangkan yang mewarisinya hanyalah4kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah 1/3. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik beradik), maka bahagian ibunya ialah 1/6. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayar hutang. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa yang di antaranya lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu, (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing sepertiditerangkan ialah) ketetapan dari Allah, sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”  (alQuran, al-Nisa’ 4: 11).

(ii) “Dan bagi kamu (suami) 1/2 dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu mendapat 1/4 dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayar hutangnya. Dan bagi kamu (isteri-isteri) pula 1/4 dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi jika kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah 1/8 dari harta kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayar hutang kamu. Dan jika si mati yang diahli warisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu), maka bagi tiaptiap seorang dari keduanya ialah 1/6. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka berkongsi pada 1/3 (dengan mendapat sama banyak lelaki dan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarhutangnya; wasiat-wasiat tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada ahli waris-ahli waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar “ (al-Quran, al-Nisa’ 4: 12).

 (iii) “Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad), mengenai masalah kalalah. Katakanlah: ‘‘Allah memberi fatwa kepadamu dalam perkara  kalalah itu, iaitu jika seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu 1/2 dariharta yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula (saudarasaudara lelaki itu) meahli warisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. Kalau pula saudara perempuannnya itu dua orang, maka keduanya mendapat 2/3 dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan sekiranya mereka (saudarasaudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orangperempuan“. Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (al-Quran, al-Nisa’ 4:176).


Berdasarkan ketiga-tiga ayat di atas, dapat dirumuskan beberapa hukum berikut.

1. Dasar pembahagian pusaka dalam Islam adalah bahagian ahli waris lelaki menyamai dua bahagian ahli waris perempuan. Dasar ini dilaksanakan dalam 6kebanyakan kes pusaka, terutamanya dalam kes asabah bi al-ghayr. Pembahagian pusaka dalam kes seumpama ini hendaklah berdasarkan kaedah bahagian ahli waris lelaki menyamai dua bahagian ahli waris perempuan.

2. Ahli waris ashab al-furud dan asabah bi al-ghayr telah ditentukan dengan jelas dan cara pewarisan mereka masing-masing. Di antara ahli waris  ashab al-furud yang disebut dalam ayat tersebut ialah anak perempuan, ibu, bapa, suami, isteri, saudara lelaki seibu, saudara perempuan seibu,  saudara perempuan seibu sebapa dan saudara perempuan sebapa.

3. Pembahagian harta pusaka kepada ahli-ahli warishendaklah dibuat selepas ditunaikan hutang-hutang si mati sama ada hutang Allah s.w.t (seperti zakat, kaffarah dan sebagainya), atau hutang sesama manusia dan sesudahdiselesaikan wasiat yang dibuat oleh si mati (jika ada) atas kadar 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta pusakanya.  Selain daripada nas al-Quran, terdapat hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang menerangkan dan memperincikanmaksud Al-Quran tentang ahli-ahli waris dan bahagian mereka masing-masing; antaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Bagi seorang anak perempuan 1/2, seorang anak perempuan kepada anak lelaki (cucu perempuan) 1/6 untuk melengkapkan 2/3 dan baki (asabah) untuk seorang saudara perempuan“ (Hadis riwayat al-Bukhari).

“Berikanlah harta pusaka kepada orang-orang yangberhak, sesudah itu bakinya adalah untuk ahli waris lelaki yang lebih utama” (Hadis riwayat Muslim).



Di samping nas al-Quran dan al-Sunnah, ijmak para sahabat dan tabi’in juga telah berlaku dalam pembahagian pusaka, iaitu seorang nenek atau dua orang nenek (ibu kepada ibu dan ibu kepada bapa) mereka sama-sama berkongsi dalam 1/6 bahagian.Demikian juga para sahabat telah melakukan ijtihad mereka dalam beberapa masalah pusaka , seperti dalam kes  alUmariyyatain,al-Musyarakah, pewarisan datuk ketika bersama saudara (lelaki atau perempuan) seibu sebapa atau sebapa, pewarisan dhawi al-arham, dan sebagainya.

Berdasarkan nas-nas di atas dapat dirumuskan bahawa hukum mempelajari faraid adalah fardu kifayah kepada seluruh umat Islam dan ia akan gugur dengan sebahagian umat Islam lain yang telah melakukannya, tetapi hukum sunat mempelajarinya masih berkekalan. Demikian juga hukum melaksanakan pembahagian pusaka secara faraid adalah wajib.



PERINGATAN

Kerja-kerja dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri dan Mufti Malaysia.

Sila hubungi 03-26933049,26915184 @ 019-3376159 (Rahmat Mahdan) untuk mengetahui kadar caj perkhidmatan terkini.

Firman Allah s.w.t
“Syaitan menjanjikan kemiskinan kepada kamu
(bersedekah amal jariah) dan menyuruh kamu berbuat kejahatan, dan
Allah menjanjikan kepadamu ampunan dan kurnia-Nya.
Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui”
Al-Baqarah : 268

Kerjasama anda kami hargai.

Bersamalah kita menjaga kesucian AL-QURAN.

Buku Pelawat


ShoutMix chat widget